BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Janda Di Temui Dalam Selimut

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
12.09.2019 - Petaling Jaya, Seorang janda anak satu ditemui mati dalam keadaan mayatnya dibungkus dengan selimut tebal di Pangsapuri Rampai Idaman, Prima Damansara, di sini, petang tadi.

Kejadian yang menimpa Nor Hidayah Ahmad, 30, hanya disedari kira-kira pada jam 5.30 petang oleh bapanya yang mengunjungi rumah pangsa didiami wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata bapa mangsa mula mengesyaki sesuatu apabila terhidu bau busuk sebaik memasuki rumah sewa anaknya itu sebelum melaporkan kejadian kepada polis.

Katanya, mangsa yang bekerja kilang tinggal di rumah terbabit bersama anak lelakinya berusia enam tahun namun ketika kejadian kanak-kanak itu berada di pusat asuhan.

“Kita percaya mangsa meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Mayatnya dibungkus menggunakan selimut tebal dan timbunan bantal serta tilam.

“Justeru, polis sedang menjejaki bekas suami mangsa yang berasal dari Johol, Negeri Sembilan untuk membantu siasatan lanjut berhubung kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa sudah bercerai sejak dua hingga tiga bulan lalu.

Mohd Zani berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematiannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

JANDO11-O_BHfield_image_listing_featured.var_1568212558.jpg

81568259593_mayatberbungkus.jpg

Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/605995/mayat-wanita-dibungkus-selimut-tebal-ditemui
 
Suspek Bunuh Bekas Isteri Serah Diri

15.09.2019 - Petaling Jaya, Bekas suami kepada seorang wanita yang ditemui maut dalam bungkusan selimut tebal di rumahnya di Prima Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu menyerah diri awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek yang berusia 40 tahun hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, Negeri Sembilan pada pukul 1.35 pagi.

“Suspek akan direman hari ini kira-kira pada pukul 11 pagi di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, lelaki itu turut membuat laporan polis yang mendakwa dia tidak berada di lokasi kejadian ketika insiden terbabit.

“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan, misteri bau busuk dari sebuah rumah yang disewa seorang janda membongkar kes pembunuhan wanita itu yang mayatnya ditemui berbungkus selimut tebal di bawah timbunan bantal dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Prima Damansara.

Mayat Nor Hidayah Ahmad, 30, ditemui selepas bapa mangsa berusia 61 tahun datang untuk melawat anaknya itu kira-kira pukul 6 petang sebelum dia terhidu bau busuk dari sebuah bilik.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta tinggal di rumah tersebut bersama anak lelakinya yang berusia enam tahun.

image.jpg

Berita asal https://www.kosmo.com.my/negara/suspek-bunuh-bekas-isteri-serah-diri-1.970984

Wanita Di Bunuh Bekas Suami Kerana Enggan Rujuk Semula

13.09.2019 - Petaling Jaya, Mayat seorang wanita yang ditemui dalam timbunan bantal di rumahnya dipercayai dibunuh suspek kerana tidak mahu rujuk semula.

Mayat mangsa, Nor Hidayah Ahmad, 30, ditemui dibungkus dengan selimut dan ditutup dengan timbunan bantal sebelum ditemui oleh bapa mangsa.

Menurut sumber Harian Metro, suspek telah datang beberapa kali ke rumah untuk memujuk mangsa merujuk kembali hubungan mereka. Tetapi mangsa menolak dan berlaku pergaduhan di antara mereka menyebabkan mangsa dibunuh.

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat hentakan objek tumpul, tetapi tidak serius, selain beberapa kesan lebam di jari tangan kanan.

Mangsa disahkan meninggal dunia kerana lemas akibat saluran pernafasan ditutup atau asphyxiation due to smothering.

Polis kini sedang giat memburu bekas suami mangsa, Zulkifli Joned untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

1.jpg

Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/09/496150/tak-nak-rujuk-sampai-mati

Ok la dah tau sape pembunuhnya,tgu la ko kena kutip hanya masa dan waktu jer tak tau bila.kjp jer polis buat keje.
 
Suspek Bunuh Bekas Isteri Serah Diri

15.09.2019 - Petaling Jaya, Bekas suami kepada seorang wanita yang ditemui maut dalam bungkusan selimut tebal di rumahnya di Prima Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu menyerah diri awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek yang berusia 40 tahun hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, Negeri Sembilan pada pukul 1.35 pagi.

“Suspek akan direman hari ini kira-kira pada pukul 11 pagi di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, lelaki itu turut membuat laporan polis yang mendakwa dia tidak berada di lokasi kejadian ketika insiden terbabit.

“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan, misteri bau busuk dari sebuah rumah yang disewa seorang janda membongkar kes pembunuhan wanita itu yang mayatnya ditemui berbungkus selimut tebal di bawah timbunan bantal dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Prima Damansara.

Mayat Nor Hidayah Ahmad, 30, ditemui selepas bapa mangsa berusia 61 tahun datang untuk melawat anaknya itu kira-kira pukul 6 petang sebelum dia terhidu bau busuk dari sebuah bilik.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta tinggal di rumah tersebut bersama anak lelakinya yang berusia enam tahun.

image.jpg

Berita asal https://www.kosmo.com.my/negara/suspek-bunuh-bekas-isteri-serah-diri-1.970984
 
Mana kau nak lari kat msia kalau kes berat camni,tgujeelah hukuman gantung.
 
Reman suspek kes bunuh wanita dalam selimut disambung

Sabtu, 21 September 2019 | 6:10pm

selimut_reman219_1569060606.jpg

Suspek disambung reman enam hari lagi bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui berbungkus dalam selimut dalam pangsapuri di Prima Damansara, Petaling Jaya. - NSTP/Nik Hariff Hassan

Oleh Fazrik Kamarudin
[email protected]

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang disyaki terbabit kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui berbungkus dalam selimut dalam pangsapuri di Prima Damansara, Petaling Jaya, Rabu minggu lalu, disambung reman enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata suspek berusia 40 tahun itu disambung reman mulai esok sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Tempoh reman seorang suspek lelaki disambung lagi enam hari bagi membolehkan polis meneruskan siasatan kes berkenaan. Tahanan reman bermula esok hingga Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ahad lalu, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, Negeri Sembilan selepas menyerah diri pada jam 1.35 pagi, dia kemudian direman selama seminggu dan tamat hari ini.

Pada 11 September lalu, BH melaporkan seorang ibu tunggal anak satu ditemui mati dalam keadaan mayatnya dibungkus dengan selimut tebal di Pangsapuri Rampai Idaman, Prima Damansara, Petaling Jaya.

Kejadian yang menimpa wanita itu disedari oleh bapanya yang mula mengesyaki sesuatu apabila terhidu bau busuk, sebaik saja memasuki rumah sewa anaknya itu sebelum melaporkan kepada polis.

Hasil bedah siasat polis mendapati wanita itu dipercayai mati akibat sesak nafas dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Back
Top
Log in Register