BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

maut terhempap SINKI....

BlackPepper

Active+ Member
Messages
4,906
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut akibat kehilangan banyak darah selepas pahanya dihempap mangkuk singki dalam bilik air rumahnya di Perumahan Rakyat Lembah Subang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa, Muhammad Rusydi Asyraaf Mohd Azrul Fahsha yang dipercayai tergelincir berpaut pada singki seramik berkenaan yang tiba-tiba terjatuh dan menghempap paha kanannya.

Ibu mangsa, Rosilah Alam, 28, berkata ketika kejadian, anaknya baru pulang dari sekolah dan seperti biasa terus ke bilik air untuk membersihkan diri.

“Ketika berada dalam bilik air, anak saya terkunci dari dalam sebelum saya terdengar bunyi dentuman kuat diikuti jeritan, mama...sakit, sakit...,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara di sini, semalam.

Menurutnya, dia cuba membuka pintu bilik air tetapi gagal sebelum memanggil jiran untuk membantu.

“Apabila pintu dibuka, saya melihat anak saya sudah tersandar di dinding dengan paha kanannya berlumuran darah manakala air masih memancut dari singki.

“Saya kemudian membawanya ke Klinik 1Malaysia di tingkat bawah rumah sebelum pihak klinik menghantar anak saya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans,” katanya.

Dia berkata, apa yang menyedihkan apabila terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menerima rawatan kecemasan di PPUM sedangkan keadaan anaknya parah dan kehilangan banyak darah.

Menurutnya, dia terkilan kerana pihak hospital lambat merawat anaknya.

“Selepas menunggu lebih dua jam, anak saya terus dimasukkan ke unit kecemasan kira-kira jam 5 petang dan menjalani pembedahan.

Doktor memaklumkan pembedahan itu berakhir kira-kira jam 8.30 malam dan berjaya mencantumkan semula urat saraf anak saya. Keadaan anak saya dilaporkan stabil.

“Apa yang mengejutkan, sejam kemudian kami diberitahu anak lelaki sulung saya itu sudah meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah,” katanya.

Rosilah berkata, anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang, Seksyen 14 di sini, tidak menunjukkan kelakuan pelik sebelum kejadian, malah dia seorang anak yang bertanggungjawab.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pun ketika itu dan saya cukup terkilan dengan apa yang terjadi,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga akan mendapatkan pandangan pihak tertentu sebelum memutuskan sama ada mahu menyaman PPUM atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan kematian anaknya.

Sementara itu, Pengarah PPUM, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail menolak dakwaan keluarga pesakit yang berlaku kecuaian ketika rawatan diberikan.

“Kami mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Ketika tiba di hospital jam 3 petang, mangsa sudah tenat dan dalam keadaan kritikal.

“Doktor yang memeriksa pesakit ketika ambulans tiba melaporkan denyutan nadinya sudah lemah dan kami sedaya-upaya cuba menstabilkannya.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 8.40 malam, pesakit disahkan meninggal dunia selepas kehilangan banyak darah menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu rendah,” katanya.
 
kecemasan da cam bukan kecemasan... 2jam terlalu lama utk pesakit yg tenat...
 
3 ptg smpi hospital...kul 5 baru dirawat?

apa kejadahnya 2 jam tu dibazirkan?

isi borang? ambik maklumat pesakit?

bukan ke semua tu blh buat semasa rawatan dijalankan?

tp...aku mmg dh pernah terkena ngan unit rawatan kecemasan hospital kerajaan ni....serik!!!

nama je unit kecemasan...tp x de pun ciri2 cemas nyer.....:-w
 
adui kesianya....septtnya diorang lbh cpt memberi rawatan kpd pesakit yg tgh tenat,yg ne smpi 2 jam..mmg hampeh..~X(
 
yupp.. b4 this den pun penah ke ppum ni.. daftar kul 10mlm... kul 2pg br masuk wad... 4jam tunggu cam nk putus nyawa.. dah la kene duduk kt wheelchair.. 4jm!!! rasa nk mintak katil je xlarat da duduk...
 
hospital kerajaan seperti hospital pakar serdang pun samo.3 hari ni comelcomot mato tercucuk besi,selaput kornea mata itam koyak 4 mm,pun kono tunggu lamo.sampai kul 9 pagi,kul 12.30 baru check..huh
 
kemungkinan fracture femur.
kena i.v normal saline secepat mungkin.
 
3 ptg smpi hospital...kul 5 baru dirawat?

apa kejadahnya 2 jam tu dibazirkan?

isi borang? ambik maklumat pesakit?

bukan ke semua tu blh buat semasa rawatan dijalankan?

tp...aku mmg dh pernah terkena ngan unit rawatan kecemasan hospital kerajaan ni....serik!!!

nama je unit kecemasan...tp x de pun ciri2 cemas nyer.....:-w

erm...xsemua service hospital kerajaan mcm tu kot..mcm ape yg sye pernah lalui, bulan lepas htr mak sye g hospital..coz tekanan drh dia tggi sgt..smpai jek..terus g dftar..dlm 5 minit terus masuk wad kecemasan..1 jam pas tue trus admit ward..
sampai kt ward..dlm 20 minit terus dokto bg rwtn lg..( pasal mase nie, ngam2 admit wad tue ader pesakit yg tgh nazak )
 
3 ptg smpi hospital...kul 5 baru dirawat?

apa kejadahnya 2 jam tu dibazirkan?

isi borang? ambik maklumat pesakit?

bukan ke semua tu blh buat semasa rawatan dijalankan?

tp...aku mmg dh pernah terkena ngan unit rawatan kecemasan hospital kerajaan ni....serik!!!

nama je unit kecemasan...tp x de pun ciri2 cemas nyer.....:-w

klai kedua bersalin kat PPUM,tgh sakit2 ni blh bertekak ngan doktor...doktor pompuan yg muda lagi bergetah...mmg kuang ajo dktr tu...bile dah bertekak ngan aku,dia suh plak nurse ngan budak2 pelatih yg sambut baby...:mad::mad::mad:
 
diorang neh procedure pun mcm salah jer....dari klinik 1Malaysia tu kat kota damansara ke hospital sungai buloh kan lagi dekat...lagi satu apasal laks pendarahan teruk gi hantar klinik....teroos lar gi hospital....dh tau klinik tu takde doktor...
 
Back
Top
Log in Register