oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai selepas menghidu asap arang di sebuah pangsapuri, di sini semalam.
Identiti mangsa disahkan sebagai Kendrick Sim Tee Chuan, 32, yang berasal dari Taman Wawasan, di Jalan Teku, Sibu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, berkata mangsa ditemui pengsan oleh orang awam sebelum menghubungi polis.
Katanya, anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba di tempat kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Beberapa nota turut dijumpai di tempat kejadian dan mangsa meninggal dunia disebabkan menghidu asap arang kayu yang dibakarnya,” katanya.
Bagaimanapun, Awang berkata, kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan tiada unsur-unsur jenayah ditemui.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke HUS untuk bedah siasat.
sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/578293/maut-hidu-asap-arang
.