BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut akibat kereta buat pusingan U

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,660
Points
201
FB_IMG_1627906293137.jpg

Maut akibat kereta buat pusingan U

PASIR MAS – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di simpang tiga Kampung Lati, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Mat Zulfaiz Mat Zaid, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Kancil dipandu seorang warga emas dari arah Lati menghala ke arah Pasir Mas secara tiba-tiba telah membuat pusingan U.

“Mangsa yang menunggang motosikal dari arah sama tidak sempat brek sebelum merempuh bahagian kanan kereta tersebut.

“Insiden itu menyebabkan mangsa tercampak ke hadapan kereta berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, bagaimanapun warga emas yang memandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Oleh YATIMIN ABDULLAH
2 Ogos 2021, 7:06 pm
 
Tak guna betul.
Bawak kereta tak guna akal, orang lain jadi arwah.
Silap-silap lepas turun kereta, salahkan penunggang tu pulak.
 
pengalaman membawa kereta di KB dan sekitarnya agak mengerikan..melainkan lau kita ada kuasa membaca fikiran pemandu lain..diorg nak belok, diorg belok je.. setengah tu, belok dulu baru bagi signal..
no offense..
 
Mcm duke aritu la. Xdenya sempat nak elak
 
Warga emas ni paling bahaya kalau dia pegang stereng.
Budak budak muda ni pulak paling bahaya masa dia kat atas motosikal.
 
Warga emas ni paling bahaya kalau dia pegang stereng.
Budak budak muda ni pulak paling bahaya masa dia kat atas motosikal.
kalo kt area kampong pgg stereng ke pgg handle moto ke kalo warga emas kena jaga², xleh nk baca mane dia nk hala...
 
Back
Top
Log in Register