BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,468
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,468
Reaction score
279
Points
146
696aaa617357fec4bba45c0d0783217f68302238be944

Kredit : IPD Melaka Tengah

Seorang lelaki dan wanita warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) Tiang Dua berhampiran sebuah kilang ayam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian kira-kira 5.30 pagi itu menyebakan pemandu kereta, Abdulla Shaied, 47, yang merupakan lelaki warga Bangladesh dan penumpangnya Nguyen Thanh Loan, 46, wanita warga Vietnam meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata kedua-dua mangsa cedera parah di bahagian kaki, badan dan muka manakala pemandu lori berusia 48 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati lori itu dari arah Jasin menghala ke kilang ayam berhampiran lokasi kejadian manakala kereta jenis Nissan berkenaan pula dari arah Melaka menuju Jasin.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori itu telah membuat pusingan U memasuki laluan kereta menyebabkan pemandu kereta melanggar bahagian sisi lori,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata siasatan menemukan kesan brek sejauh 45 meter di permukaan jalan di laluan kereta berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.53 pagi dan dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dan BBP Merlimau digegaskan ke lokasi.

Beliau berkata sebaik tiba kira-kira 6.04 pagi, terdapat dua mangsa iaitu penumpang dan pemandu kereta tersepit di bawah lori.

"Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi," katanya.

 
Back
Top
Log in Register