BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati pucuk petanda mati awal

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
koalksid_1535951513.jpg

Pakar Runding Urology Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Prof. Dr George Lee Eng Geap. FOTO - Owee Ah chun









BAGI lelaki, kejantanannya akan tercabar dan keegoannya menebal apabila berbincang mengenai Disfungsi Erektil (ED) atau mati pucuk, lantas pelbagai perkara bersarang di minda.

Topik ini dianggap pantang dibincangkan kepada umum, walhal mati pucuk umumnya antara masalah kesihatan seks lelaki yang perlu segera dirawat.

Kajian bebas oleh Pfizer ‘Mengenai Disfungsi Erektil’ mendapati seorang daripada lima lelaki di Malaysia mengalami masalah mati pucuk dan semakin ketara dalam kalangan berusia lebih muda.

Mengejutnya, kajian mendapati kira-kira 30 peratus golongan muda diramalkan mengalami mati pucuk belum lagi didiagnos oleh pakar sakit tuan.

Semuanya kerana gara-gara gaya hidup di bandar yang mementingkan kerjaya terutama membabitkan gajet berteknologi, komputer, kurang bersenam, pengambilan alkohol, merokok dan suka mengambil makanan secara berlebihan.

Pakar Runding Urologi Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Prof Dr George Lee Eng Geap, berkata peningkatan golongan muda itu antaranya lain berpunca daripada amalan gaya hidup kurang sihat seperti mengabaikan penjagaan kesihatan.

Katanya, akibatnya ia mempengaruhi fungsi seks, mati pucuk dan seharusnya memerlukan perhatian dan rawatan.

“Walaupun ramai yang melihat mati pucuk sebagai masalah kesihatan seks semata-mata.

“Mati pucuk sering dikaitkan dengan penyakit lain berlaku secara serentak termasuk penyakit kardiovaskular, hipertensi, diabetes, simptom saluran kencing lebih rendah (LUTS) dan kemurungan, yang kebanyakan mempunyai beberapa faktor risiko vaskular yang sama.

“Kajian membuktikan mati pucuk ialah petanda penting kematian awal kerana penghidap penyakit ini mempunyai risiko kematian awal sebanyak 70 peratus lebih tinggi.

“Sebab itu lelaki perlu tampil mendapatkan diagnosis dan rawatan awal,” katanya yang menjadi ahli panel dalam kempen “H4RD TALK: In Bed with Dr Jason Leong” (Bicara Ketegangan: Di atas Katil bersama Dr Jason Leong), baru-baru ini.

Hadir sama adalah Pakar seksologi klinikal dan pengasas Eros Coaching, Dr Martha Tara Lee.

Dr George Lee berkata, lelaki muda hari ini perlu memahami mati pucuk fenomena biasa dan bukan sebahagian daripada proses penuaan semula jadi hingga menimbulkan kerisauan mereka yang tinggal di bandar.

“Walaupun mati pucuk meningkat seiring usia, ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau dengan menukar gaya hidup mereka yang lebih sihat.

“Mati pucuk tidak menandakan azab bagi lelaki, pasangan mereka atau hubungan mereka.”

“Penghidap harus mengelak rawatan sendiri dengan ubat yang tidak sah atau bergantung pada maklumat daripada internet kerana malu bertemu dengan profesional penjagaan kesihatan.

“Ini sesuatu yang berbahaya kerana bukan semua maklumat dibaca boleh dipercayai dan ubat pula didapati daripada sumber kurang sahih mungkin mengandungi bahan aktif berbahaya atau tidak sah,” katanya.

Dr Martha berkata, bercakap isu berkenaan dianggap mencabar kelelakian, cuma jangan mengabaikan ketika berbincang dengan pasangan intim.

“Berbincang dengan isteri atau pasangan mengenai isu ini mungkin kekok pada awalnya, tetapi kemungkinan besar mereka tidak terkejut dengan perkembangan ini.

“Lelaki sukar mengakui mereka tidak dapat mencapai ereksi tetapi keengganan membincangkan mungkin boleh menjejaskan hubungan,” katanya.

Keintiman penting untuk hubungan yang sihat dan seksual terutama lelaki yang kurang yakin keupayaan seks masing-masing disebabkan masalah ereksi mereka.

“Perubahan dalam tingkah laku seks sering disalah erti oleh wanita, lantas percaya pasangan ada hubungan lain atau tidak lagi tertarik mengadakan hubungan seks dengannya.

“Mereka perlu bersikap terbuka memastikan keintiman terus wujud dalam sesuatu hubungan sambil berusaha menangani masalah mati pucuk,” katanya.

Kempen H4RDNESS MATTERS (Ketegangan Amat Penting) menggunakan kaedah berasaskan lawak jenaka yang menghiburkan untuk menggalakkan lelaki agar bersikap lebih terbuka terhadap topik ‘kejantanan’ ini.

Inisiatif ini berusaha mengatasi tanggapan negatif sosial berhubung dengan kesihatan seks lelaki dengan menyediakan wadah perbualan terbuka bagi lelaki lebih muda bersama profesional penjagaan kesihatan mereka.









sumber: https://www.bharian.com.my/hujung-m.../469271/mati-pucuk-petanda-mati-awal#cxrecs_s






.
 
“Walaupun mati pucuk meningkat seiring usia, ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau dengan menukar gaya hidup mereka yang lebih sihat.

insyaallah boleh dirawat
 
Kalau dah mati pucuk, tidur peluk teddy bear sajalah.
 
baca betul-betul.
gajet berteknologi, komputer, kurang bersenam, pengambilan alkohol, merokok dan suka mengambil makanan secara berlebihan.

ni pun boleh menyebabkan mati pucuk.
 
mati pucuk = mati awal

seiringlah tu sebabnya bila mati pucuk, tahap kesihatan memang dah merosot.

:D
 
“Walaupun mati pucuk meningkat seiring usia, ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau dengan menukar gaya hidup mereka yang lebih sihat.

insyaallah boleh dirawat

Ubat hang juai ada kelulusan KKM dak abam daus??:-?
Ubat ubatan yg pakar ni maksudkan ialah ubat ubatan klinikal.
 
baca betul-betul.
gajet berteknologi, komputer, kurang bersenam, pengambilan alkohol, merokok dan suka mengambil makanan secara berlebihan.

ni pun boleh menyebabkan mati pucuk.

sebenarnya gaya hidup tu....

tapi statistik ni betul ke...

1 daripada 5 lelaki....

jadi bayangkan dari ramai2 forumer CG di sini....5 forumer lelaki sini...1 mati pucuk.....

tinggi ni statistik...di ambil dari mana....:-?:-?:-?

atau memang untuk something bisness offer :D
 
Azab juga kalau mati pucuk ne, takda meaning hidup hah

sebenarnya pati pucuk ni boleh je d rawat...

aku dah penah jumpa beberapa orang yang mati pucuk...dan mereka pulih sepenuhnya....

sbb tu aku kata ini lebih kepada advertising bussines...

sama seperti penghidap kanser...ada yang mampu sembuh...walau pun di diagnosis oleh doktor akan hidup beberapa bulan saja....

jika manusia terlalu meletakkan ilmu manusia itu terlalu ke depan...sehingga terlupa ada kuasa yang lebih kuat dari itu semua....mereka percaya....

sebenarnya mati itu bukan urusan manusia....

apa yang penting kepada manusia...teruskan berusaha....usaha dan usaha
 
Back
Top
Log in Register