BTC USD 83,033.1 Gold USD 4,191.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Mat Kilau (2022)

. .

307288321_582746966921839_171663986951224710_n.jpg
 
dulik laaa org tak percaya 100juta.. bukan masuk kat mereka kihkihkih....
 
bila hotstar nak ambil? ambil laaaa tayang kat hotstar pula.. kita tengok apa kata penggemar hotstar ... hehehehhee
 
Br lepas tngk mat kilau....not bad la mantap jgk...tp mcm biasa la ada jgk yg perlu di perbaiki
 

Nami Cob Nobbler​

·

Kau jangan tak tau, sejak Melayu attack 'Israel koyak' tahun lepas, orang Yahudi kat sana mula nak mengkaji perangai Melayu. Hari tu viral silat dah mula dipelajari orang kat sana. Ni Mat Kilau pulak masuk top 4 kat Israel.
Tapi mungkin boleh jadi jugak orang Palestin yang duduk kawasan Israel yang tengok Netflix. Ni teori je lah kahkahkah

1663912524548.png
 
Raih tempat kelima dengan jumlah tontonan 3.97 juta per jam bagi filem bukan berbahasa Inggeris dari tempoh 12 hingga 18 September.
#AWANInews #AWANI745

Mat Kilau masuk senarai 'Top 10' di lebih 15 buah negara, tangga keempat di Israel​

Astro Awani
September 23, 2022 19:30 MYT
Mat Kilau masuk senarai 'Top 10' di lebih 15 buah negara, tangga keempat di Israel

Filem Mat Kilau kini menduduki carta top 10 di hampir 20 buah negara setakat semalam.

KUALA LUMPUR: Filem Mat Kilau yang dikritik penonton tempatan selepas mula ditayangkan di platform penstriman Netflix sejak minggu lalu, menerima sambutan baik penonton di negara luar.

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh portal FlixPatrol, filem terlaris dalam sejarah industri perfileman Malaysia itu kini menduduki carta Top 10 di hampir 20 buah negara setakat semalam, antaranya Singapura, Korea Selatan, Sweden, Romania, Arab Saudi, Oman, Filipina, Finland dan Greece.





Lebih mengejutkan, ia menduduki tempat keempat di Israel.

Dalam carta global Top 10 filem bukan berbahasa Inggeris dari tempoh 12 hingga 18 September 2022 pula, Mat Kilau meraih tempat kelima dengan jumlah tontonan 3.97 juta per jam.

Dalam reaksinya, pengarah Mat Kilau, Syamsul Yusof, memberitahu portal Harian Metro, pendekatan agama Islam yang ditonjolkan berjaya menarik perhatian penonton.

"Saya tak sangka filem ini berjaya sehingga ke tahap ini apabila sewaktu tayangan di Malaysia juga sudah tular, kemudian di platform Netflix juga menjadi bualan ramai. Bukan saja di Malaysia, malah di luar negara.

"Sehingga hari ini saya tidak henti dapat mesej peribadi di Instagram daripada penonton luar negara. Ada yang dari Australia, Jerman dan ramai lagi yang menghantar mesej tapi saya tidak sempat membalasnya," katanya kepada portal berkenaan.

Mat Kilau yang mengutip RM97 juta selepas ditayangkan di pawagam Jun lalu, menjadi filem dengan kutipan tertinggi di negara ini, mengatasi Avengers: End Game sebanyak RM87 juta.

Filem ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As'ari, Datuk Rahim Razali dan Datuk Jalaluddin Hassan.
 
Back
Top
Log in Register