RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Review:
Aku bukan pakar pengkritik filem sangat, nak cakap pasal colour grading apa bagai, sampai bab sound effect member aku siap geleng kepala bila aku tak tahu fungsi Atmos.
Tapi sebagai manusia yang boleh bagi pandangan dan pendapat, sila pandang gambar dekat post ni dan baca pendapatan aku. Aku akan lebih tekankan perihal plot jadi mungkin ada soft SPOILER sedikit.
Dari gerak cerita, pengenalan watak awal2 dah ditunjuk dengan baik. Kena pulak dengan ambil pelakon terkenal, lagi senang nak ingat peranan mereka walaupun nampak macam rushing sikit. Kira ok la, nak kejar pacing cerita.
Olahan cerita pun boleh faham, boleh nampak kenapa yang ketua diangkat jadi ketua, boleh nampak kenapa yang khianat jadi pengkhianat dan ada kesinambungan antara setiap babak. Pendek cerita, setiap babak berkait rapat.
Pada mulanya aku tak faham kenapa 3 'lembu' masa intro tak kena bunuh dengan kejam padahal mereka yang buat pasal, rupanya ada sebab kenapa dan ia main peranan yang sangat besar nak 'trigger' perjuangan Mat Kilau.
Dorang pun pandai main emosi nak tarik jiwa geng Melayu taksub dan geng Melayu woke untuk betul2 sedar yang kita hanya akan kuat bila kita bersatu. 1001 alasan yang kita beri untuk bersatu, mereka guna dalam filem, dan secara tak langsung bawa cerita tu ke depan. Ia tak duduk berpusing dalam 'flow' cerita yang sama je, pada aku ni menarik sebab kau boleh nampak arah hala tuju cerita ni macam mana tapi dorang tak tekankan sangat, tau-tau dah kiyok.
Dari segi pertempuran, aku bukanlah pakar kaji tempur tapi boleh dikatakan sangat nice dan tak dibuat-buat. Tak hairanlah kalau budak2 minat silat lepas tengok filem ni. Ini bukan setakat Mat Kilau dengan geng dorang buka bunga je, ini termasuk waktu mereka berperang dengan guna senjata api.
Cuma pada aku, kenapa si pemanah ni lambat beritahu sebab asal dia tak kasi Mat Kilau bunuh si penembak budak kecik sampai dah jadi fitnah dalam kalangan geng Mat Kilau baru nak tunjuk muka. Dah la 2 kali halang Mat Kilau tanpa sebarang penjelasan, tau la Melayu ni ramai tali barut tapi pada aku flow story jadi clunky sikit.
Babak akhir pun pada aku cukup nice, pandai mereka susun nak guna umpan tapi kepandaian strategi tu macam sangkut tengah jalan sebab mereka ambil masa lama giler nak 'diffuse' meriam. Tapi aku tak pelik sangat sebab perang style 'open-space' sambil berderet mati kena tembak ni benda yang biasa berlaku waktu zaman kolonial British. Aku sekadar anggap ni easter egg nak tunjuk yang pemberontakan Mat Kilau gagal dekat Pahang.
Konklusinya, plot cerita digarap dengan baik walaupun ada sedikit bahagian perlu diperkemas lagi tapi mesej sampai sesampainya. Lagipun ni filem Syamsul Yusuf, jadi kena hormat & faham gaya penceritaan dia + tak senang nak garap biografi tokoh negara.
Spoiler sekuel: Mat Kilau gagal pertahankan kampung dia tapi perjuangannya berjaya tiupkan api di negeri Terengganu (Tok Ku Paloh & Haji Abd Rahman Limbong) dan Kelantan (Tok Janggut). Mungkin kita boleh tengok karekter2 ni pula

kredit : Araduas Rasis Razali