BTC USD 83,975.5 Gold USD 4,151.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Mat Kilau (2022)

Klau nk nmpk cantik lg samsul kena masukkan elemen kipas nandung dlm seni mat kilat...tu br betul
 
#rap #bajet23 Syamsul berkata, dia amat gembira melihat kerajaan kali ini benar-benar mahu memberi sokongan padu kepada penggiat seni dan pengkarya filem yang ingin menghasilkan filem epik.
https://www.hmetro.com.my/.../bajet-2023-syamsul-yusof...

Bajet 2023: Syamsul Yusof syukur kerajaan 'buka mata'​



Syamsul Yusof
Syamsul Yusof


Kuala Lumpur: Syamsul Yusof, 38, bersyukur apabila kejayaan besar filem arahannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya membuka mata kerajaan untuk memandang industri filem ini bukan hanya hiburan semata-mata, tapi mampu menaikkan semangat patriotik cintakan negara.

Syamsul berkata, dia amat gembira melihat kerajaan kali ini benar-benar mahu memberi sokongan padu kepada penggiat seni dan pengkarya filem yang ingin menghasilkan filem epik.



Ia susulan pembentangan Bajet 2023 hari ini di mana kerajaan memperuntukan RM50 juta untuk industri seni kreatif dengan penyediaan Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (Dekan) bagi memperbanyakkan penghasilan filem berunsur warisan negara bagi di ketengahkan ke luar negara, selepas mengambil kira pada kejayaan dicatatkan filem Mat Kilau.





Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM102 juta untuk Dana Kandungan Digital (DKD) dan pengecualian cukai duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran.

"Syukur, kejayaan Mat Kilau di Malaysia hingga Brunei, termasuk ditayang di Netflix berjaya membuka mata kerajaan untuk memandang industri filem ini bukan hanya hiburan semata-mata. Saya lihat mereka benar-benar mahu memberi sokongan padu kepada penggiat seni dan pengkarya filem yang ingin menghasilkan filem epik.

"Insya-Allah, usaha ini akan dapat menaikkan semangat cintakan negara, patriotik tanah air. Jadi, saya rasa bukan saya seorang saja 'happy' (gembira), tapi pengarah lain juga pastinya berbesar hati dan berterima kasih kepada kerajaan kerana inisiatif ini," katanya kepada Harian Metro.

Syamsul berkata, sebelum perbentangan Bajet 2023 hari ini, dia juga sudah mendengar ura-ura pihak kerajaan menerusi beberapa menteri ingin membantu pengkarya filem dan sekarang ia nampak lebih jelas.

"Selain itu, pemotongan cukai juga sangat-sangat membantu penerbit dan pengkarya filem. Begitu juga peruntukan DKD sebanyak RM102 juta untuk memasarkan produk seni ke luar negara. Ia amat dialu-alukan sebagai memberi semangat dan suntikan baru kepada penggiat seni untuk menghasilkan karya lebih baik," katanya.

Syamsul berkata, kini seluruh dunia serba sedikit sudah mengetahui budaya Malaysia. Jadi, dia berharap usaha ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang dengan kerajaan memberi bantuan kepada pengkarya filem, sekali gus untuk meningkatkan kreativiti dalam menyampaikan naskhah filem epik yang baik kepada masyarakat di Malaysia dan juga dunia.

Sebelum ini, kejayaan luar biasa dan fenomena dicetuskan filem Mat Kilau yang berjaya melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman Melayu apabila karya epik itu berjaya mencatat kutipan 'box-office' melebihi RM96 juta untuk tayangan pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Jumlah kutipan itu juga, sekali gus membawa satu penanda aras baharu untuk filem Melayu di sini.
Disiarkan pada: Oktober 7, 2022 @ 10:31pm
 

Prekuel Mat Kilau tanpa Syamsul, Adi Putra & Beto​



BANDAR BARU BANGI: Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali, mengesahkan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak akan terbabit dalam pembikinan prekuel filem tersebut.

Bakal memulakan penggambaran sama ada akhir tahun ini atau awal 2023, Abdul Rahman berkata, dua pelakon utama Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy juga tidak terbabit dalam produksi tersebut.

“Ketiadaan Syamsul disebabkan kami ingin memberi peluang kepada pengarah lain untuk memberikan sentuhan. Kami mahu mereka berkarya bersama Studio Kembara untuk memeriahkan lagi industri.

“Filem itu juga tidak akan membabitkan watak yang dilakonkan Adi Putra dan Beto. Berdasarkan jalan cerita, karakter mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel ini. Hanya ada beberapa pelakon yang kami kekalkan. Hanya itu yang dapat saya cakap buat masa ini,” katanya.

Ditemui pada majlis apresiasi dan santai bersama media di sini, tengah hari tadi, Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Syamsul dan dua pelakon terbabit seperti yang disangka ramai.

“Saya tiada masalah dengan mereka, cuma masing-masing sudah lama tidak berkomunikasi disebabkan sibuk.

“Lagipun kami profesional. Benda tidak ada apa-apa, kenapa nak dijadikan isu? Kena ada kematangan dalam melihat perkara ini. Saya tiada masalah dan saya fikir, mereka juga begitu,” katanya.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mula ditayangkan pada 23 Jun lalu melakar sejarah tersendiri apabila meraih kutipan RM97 juta meliputi tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Pencapaian cemerlang itu sekali gus mengatasi semua filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Furious 7, Spiderman dan Transformers untuk kutipan tiket di Malaysia.
 
Back
Top
Log in Register