BTC USD 81,681.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Mat Kilau (2022)

Muhamad Harris Nasril​

· 11j ·

Hahahahaha betul lah sangkaan saya Arif Atan siapa jurukamera

Politik Menganjing​

20j ·



Punca pening tengok cerita Mat Kilau
1f92d.png




Dia jugak ke yg jadi cameraman?
Patutlah teruk
lol
 
Bagus juga Mat Kilau ditayang di Netflix...boleh tengok sekali lagi kat rumah. Tengok kat panggung hari tu tak puas. Beza kat panggung boleh fokus dengan audio visual semua upgrade. Kat rumah fahamlah..kjp2 nak ke dapur ambik makanan..nak buang air...anak dok bersilat depan tv dgn adik-adiknya..
Kebetulan sound system dengan sub woofer cantik kat rumah. Puas hati la bila Mat Kilau belasah askar tu..dusyum2..kebabum..puas tengok.
Ank pun terikut dialog Mat Kilau..heii British penjajah'''...ok la kan dari ' lu gua sengat'....
 
Done promote Daniyal whatever
lol
Menarik baca komen orang yang berilmu begini. Dulu saya suka baca komentar dalam majalah seperti Fantasi. Cara berfikir yg mendalam, setiap isu dikupas dengan teliti..tp kadang-kadang sakit kepala jika terlampau berseni. Zaman muda bolehla kan bukan ada isu negara nak fikir. Duit pun mak ayah yg bagi..ha3
Sekarang bila dah kerja, tengok filem untuk relaks..kalau 10-15 minit awal tu tak menguap..kira boleh layan la. Tapi filem yg berat dan berseni......cerita keluarga mafia itali tu pun maleh aku nak tengok. Kalau filem aksi..ok layan.
 

يوسفاريزال يوسف​

2j ·

KRITIKAN SEORANG MARHAEN DAN ILMUWAN

Tidak susah mahu jadi pengkritik. Tidak perlu ilmu yang terlalu dalam, tidak perlu kajian yang terlalu luas. Asal saja nampak sedikit anomali dan kepincangan, kita rangkaikan kritikan. Tidak perlu terlalu berfakta, cukup sekadar luahan rasa.

Yang susahnya ialah menjadi ilmuwan. Menjadi seorang ahli dalam sesuatu bidang yang penuh kemahiran dan pengalaman. Usaha yang tekun dan berterusan sahaja yang mampu melahirkan ilmuwan.

Sebab itu ada beza kritikan seorang marhaen dan kritikan seorang ilmuwan. Kritikan marhaen adalah keras, tiada rasa dan bukan untuk membina. Sementelah kritikan seorang ilmuwan penuh hikmah, sarat ilmu dan bertujuan untuk memperbetulkan dan membina.

Ilmuwan menjadi sebegitu kerana mereka melalui pengalaman disiplin ilmu yang merendahkan diri. Mereka tahu ilmu itu milik Allah, dan mereka hanya mengetahui setitik cuma dari samudera khazanah. Sedangkan marhaen tidak melalui pengalaman itu, hanya membaca beberapa potong perenggan di tabloid FB, dan kemudian membuat kesimpulan.

Kalau dahulu ulama menegur kesilapan fatwa dengan membuat buku tentangnya. Hujah dibalas hujah, dengan dalil dan adab yang tinggi. Sebab itu imam-imam mazhab tidak pernah berantakan secara peribadi, saling hormat menghormati.

Hari ini, kita tonton Mat Kilau. Kita hambur kritikan. Konon “colour scheme” tidak cantik, “panning camera” tidak kemas, dialog seakan ceramah dan sebagainya. Walhal kita tiada sekelumit ilmu pun tentang filem dan kamera, apatah lagi memegang Arri Alexa. Pengalaman yang ada hanyalah memuat turun filem cetak rompak melalui Utorrent mengikut senarai IMDB. Itu sahaja.

Sedangkan ilmuwan-ilmuwan perfileman semuanya memberi sokongan. Tidak dengar yang mengkritik terbuka tentang kualiti penggambaran.

Bukan, bukan tidak boleh komen. Komenlah. Tapi berpadalah. Mat Kilau itu kan filem semangat setelah lama kita tandus semangat.

Tontonlah dengan hati terbuka. Jangan pula dibeza banding secara keterlaluan dengan filem-filem barat yang tiada “ceramah agama”. Atau langsung tiada nilai.

Benar juga kata Altimet, “baru 7 hari pergi usrah, sudah pandai tepis fatwa”.

Itulah kita.

YUSFARIZAL YUSSOFF

1663572053813.png
 
Menarik baca komen orang yang berilmu begini. Dulu saya suka baca komentar dalam majalah seperti Fantasi. Cara berfikir yg mendalam, setiap isu dikupas dengan teliti..tp kadang-kadang sakit kepala jika terlampau berseni. Zaman muda bolehla kan bukan ada isu negara nak fikir. Duit pun mak ayah yg bagi..ha3
Sekarang bila dah kerja, tengok filem untuk relaks..kalau 10-15 minit awal tu tak menguap..kira boleh layan la. Tapi filem yg berat dan berseni......cerita keluarga mafia itali tu pun maleh aku nak tengok. Kalau filem aksi..ok layan.

Penat dah sebenarnya
Politik pun sama.
hi3

Godfather tu ya?
Dah tgk dah tiga" tu dulu
Tapi takdelah nak tgk lagi sekali
 
Penat dah sebenarnya
Politik pun sama.
hi3

Godfather tu ya?
Dah tgk dah tiga" tu dulu
Tapi takdelah nak tgk lagi sekali
Ahh ye..Godfather..ada member serumah yg cukup obses dgn ala mafia ni..ha2.Dia suruh aku tengok..sampai ke sudah aku tak tengok..he2.
 
Back
Top
Log in Register