BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masyarakat Semakin Cakna, Teliti Spesifikasi Jalur Gemilang - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Masyarakat Semakin Cakna, Teliti Spesifikasi Jalur Gemilang - Fahmi​

6c751bbbff485831586c733e7cfc643e6a818d628cb5d

Datuk Seri Fahmi Fadzil

Masyarakat kini dilihat semakin cakna dan teliti terhadap spesifikasi Jalur Gemilang termasuk aspek bilangan jalur serta susunan warna pada bendera kebangsaan itu, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu menunjukkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan menghormati Jalur Gemilang semakin meningkat, khususnya pada Bulan Kebangsaan.

"Setakat ini (aduan) tidak ada yang terbaharu dan saya juga melihat dalam kalangan orang ramai lebih prihatin, lebih mengambil maklum, dan saya lihat sekarang ramai apabila mereka melihat Jalur Gemilang, mereka akan mula kira ada berapa jalur? Jalur yang terakhir itu putih ke tidak?

"Jadi, sudah jadi satu kebiasaan untuk kita perbetulkan dan ambil sikap untuk menasihati," katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih di sini hari ini.

Fahmi berkata beliau turut mengambil maklum mengenai insiden membabitkan Jalur Gemilang yang didakwa tidak lengkap di Batu Buruk, Terengganu, namun menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana ia sedang disiasat.

Beliau turut menarik perhatian mengenai trend baharu pemilik kenderaan yang kini lebih gemar menggunakan pelekat bermagnet Jalur Gemilang berbanding bendera fizikal bagi mengelakkan kerosakan pada cat atau badan kenderaan.

"Satu trend yang mungkin sedikit berbeza tahun ini apabila ramai juga yang mula memasang (stiker) magnet. Mereka tidak melekatkan bendera pada kenderaan tetapi meletakkan (stiker) magnet. Jadi ini juga satu perkara yang agak baik, agak positif, dan mungkin menyenangkan untuk pemilik kenderaan," katanya.

Mengenai persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Fahmi memaklumkan segalanya berjalan lancar merangkumi persiapan kontinjen, pengurusan grafik manusia oleh Kementerian Pendidikan (KPM) serta aspek logistik di Putrajaya.

Beliau berkata satu mesyuarat penyelarasan sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan esok manakala mesyuarat berkaitan sambutan Hari Malaysia dijadualkan pada 24 Ogos ini secara dalam talian.

 
Back
Top
Log in Register