BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Masukkan ikan ke dalam sotong taktik baharu tambah berat

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
14254353926598549-405599.jpg

14254353926598549-405600.jpg


Masukkan ikan ke dalam sotong taktik baharu tambah berat


PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna media sosial yang mendakwa menemui dua ekor ikan di dalam setiap sotong dibelinya di sebuah pasar mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Hantaran yang dimuat naik oleh @Haiiiiyaa2025 di laman Threads, mendakwa menemui dua ekor ikan basung di dalam setiap sotong yang dibelinya di Pasar Besar Kota Kinabalu, Sabah.

Menurutnya, dia membeli satu kilogram sotong pada minggu lalu sebelum mendapati setiap ekor sotong mengandungi dua ekor ikan basung yang hampir sama saiz sehingga menimbulkan keraguan.

“Saya berpendapat terdapat kemungkinan ikan tersebut dimasukkan ke dalam badan sotong bagi menambah berat timbangannya sekali gus menyebabkan pelanggan membayar lebih mahal,” katanya.

Di ruangan komen, seorang pengguna, @Wapaasy, mendakwa ibunya yang membeli sotong di sebuah pasar lain di Semenanjung Malaysia turut menemui satu hingga dua ekor ikan di dalam setiap sotong dibersihkan untuk dimasak.

“Daripada enam ekor sotong yang dibeli, setiap satunya mengandungi antara satu hingga dua ekor ikan yang sama. Jika benar ada unsur penipuan, perbuatan itu amat tidak wajar kerana melibatkan soal kejujuran dalam perniagaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @Atiqi86, berpandangan keadaan tersebut sukar berlaku secara semula jadi.

“Agak mustahil untuk seekor sotong menyimpan dua ekor ikan yang bersaiz besar dalam perutnya pada masa yang sama. Sebab itu saya percaya ikan tersebut sengaja dimasukkan,” katanya.


“Ketika mula mendapatkan bekalan makanan laut dahulu, saya juga pernah berdepan situasi sama sebelum akhirnya berjaya menemui pembekal yang lebih dipercayai,” katanya.

Artikel Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register