BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid & tempat ibadat Islam.

Peristiwa Israq Mi'raj baginda Rasulullah S.A.W. adalah satu peristiwa yang merupakan mikjizat. Jibrail telah membawa baginda dari Masjidil Haram menaiki Buraq (sejenis burung tidak terdapat di dunia ini) ke Masjidil Aqsa di Jurusalem. Di sana baginda menunaikan solah. Ketika Jibrail hendak membawa baginda Rasul naik ke langit menemui Allah, sebuah batu mahu mengikut baginda dan Jibrail. Tetapi tidaklah dibenarkan. Hingga kini batu itu terapung tidak menyentuh bumi. Batu ini berada di Masjid Kubah Batu (Dome of the Rock)berhampiran Masjidil Aqsa.

[/

[URL=http://imageshack.us]


Gambar Dome of The Rock di Jurusalem
 
Lagi gambar Dome of the Rock (Qubbat Al-Sakhrah)



Ada masjid cantik dan mahal belanja membinanya. Macam terapung di atas air. Nyamannya beribadat di sana. Semoga amal ibadat kita diterima Allah. Aamiin.



Masjid di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
 
Assalamualaikum,

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak perlu disiapkan kenderaan kecuali buat mengunjungi tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram, masjidku ini dan Masjidil Aqsa”.
Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

Fadilat yang paling besar ialah bagi pengunjung Masjidil Haram, jadi jika kita ada duit why not bersiap untuk membuat umrah jika tidak buat haji lagi. Biasanya bila pergi umrah, pakejnya memang termasuk mengunjungi masjid Nabawi (Masjid Nabi) di Madinah, ada juga yang buat pakej sampai ke Masjidil Aqsa di Jurusalem.

Mudah-mudahan dengan niat yang ikhlas dan hati yang kudus kita semua akan dimurahkan rezeki oleh Allah semoga satu hari nanti akan dapat mengunjungi ketiga tempat yang amat suci dalam agama Islam ini.

Buatlah mega mosque kat mana pun atas muka bumi ini tidak akan sama seperti 3 buah masjid ini yang telah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. fadilatnya dengan izin Allah S.W.T jua.



Cuba tuan-tuan lihat pemandangan dari udara Masjidil Haram ini, bentuknya seperti huruf mim pada nama Muhammad Rasulullah s.a.w. Bukanlah tujuan saya hendak menimbulkan apa-apa persoalan tetapi itulah rupabentuk masjid mega yang dicadang dibina di London. Huruf mim ini juga melambangkan bentuk serban haji yang dipakai oleh setengah jemaah haji kita. Tapi apalah ada pada rupa, yang utama ialah hati kita.

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasaya Nabi s.a.w. telah bersabda:

Allah telah berfirman:
Mafhumnya:

“Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepadaKu, niscayalah Aku penuhi dadamu kekayaan, dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika engkau tidak buat, maka akan Aku penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu.”Riwayat Termizi dan Baihaqi.
 


Mimbar di Masjid Tripoli, di Libya

Siapa tuhan kamu?Apa tuhan kamu makan? Apa pula tuhan kamu minum? Tuhan kamu itu diperbuat dari apa? Emas? Perak? Tembaga? Batu? Berapa ramai tuhan kamu? Bagaimana rupa tuhan kamu?

Ketika zaman jahiliah dahulu belum ada lagi binaan masjid, yang ada hanya Ka’bah, itu pun dipenuhi dan dikelilingi oleh patung-patung berhala. Bagaimana mereka hendak meninggalkan cara hidup nenek moyang mereka? Mereka dah ketagih menyembah patung, macam orang ketagih dadah, ketagih rokok, ketagih arak, ketagih zina, bukan senang hendak membuang atau meninggalkan amalan buruk tersebut.

Mereka datang bertanya Rasulullah bertalu-talu tentang tuhan. Rasulullah amat marah dengan pertanyaan sedemikian.

Allah mengutuskan Jibril, “Sabarkanlah hatimu ya Muhammad” kata Jibril serta ia turunkan wahyu Allah.

Wahyu Allah iaitu surah Al-Ikhlas.
Firman Allah:
Mafhumnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Surah Al- Ikhlas

Surah Al-Ikhlas ini fadhilat membacanya ialah menyamai 1/3 Al-Quran. Oleh itu perbanyakkanlah mengamalkan membaca Surah Al-Ikhlas. Jika dibaca 3 kali sudah menyamai seperti membaca seluruh Al-Quran.

La haula wala quwata illabillah.
 


Masjid Balkh, Afghanistan.



Masjid Jeddah dibina ditepi laut Merah
 


Masjid Raudatul Mukminin, Sungai Pinang, Kelang



Masjid Sultan Qaboos, Oman
 
Back
Top
Log in Register