BTC USD 83,682.6 Gold USD 4,129.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid & tempat ibadat Islam.

Junjungan kita Nabi Muhammad SAW telah membina sebuah masjid dengan tangan dan titik peluhnya sendiri. Masjid ini dibina di kawasan tanah lapang tempat Rasulullah SAW berhenti ketika permulan sampainya di Madinah.

Dengan izin tuan tanah, masjid ini dibina bertiangkan batang tamar, beratapkan pelepah dan daun2 tamar dan berdindingkan batu2pejal merah. Masjid ini ialah Masjid Quba’.

Nabi memilih membina masjid di sini kerana di sinilah tempat persinggahan baginda dan orang-orang Islam yang datang dari Mekah ke Madinah. Baginda menumpang tidur di rumah Sa’ad bin Khaisamah. Desa ini juga subur tanam-tanamannya dan banyak terdapat mata air yang jernih.

Ada hadis2 menyatakan fadilat bersembahyang di masjid ini.

1.Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:
Dari Sahal bin Hunaif r.a. katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang bersuci di rumahnya kemudian datang ke Masjid Quba’ dan sembahyang di dalamnya adalah baginya seperti satu Umrah”.
Riwayat Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah.


2. Hadis Rasulullah SAW:

Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berwuduk, dan mengelokkan wuduknya, kemudian masuk masjid Quba’ maka sembahyanglah empat rakkat adalah demikian itu seperti pahala memerdekakan seorang hamba.”

Riwayat Tabrani.

 
Ibadat Qurban

Bila tiba musim haji ramailah orang-orang Islam melakukan ibadat korban.

Umat Islam diperintahkan oleh Allah SWT melakukan korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau, kambing atau kibas yang disayangi.

(Bukan yang dah tua kerepot berpenyakit atau yang terlalu muda. Umur sekurang-kurangnya dua tahun ke tiga tahun. Yang masih cantik tidak cacat cela tempang atau seumpamanya. Ayam itik tidak masuk kira.)

Seekor lembu boleh dijadikan korban untuk 7 orang. Kambing untuk seorang sahaja.

Perintah Tuhan ini mengikut syariat Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s.

Firman Allah SWT:
Mafhumnya:

“Berkata Ibrahim kepadanya (Ismail): Hai anakku !
Sesungguhnya aku bermimpi dalam tidur bahawa aku menyembelih engkau, sebab itu lihatlah apakah fikiran engkau ?
Sahut anaknya: Hai bapaku, perbuatlah apa yang diperintahkan itu, engkau akan mendapatku berhati sabar, insyaAllah.
Tatkala keduanya patuh menurut perintah Allah, dan telah dibaringkan anaknya (ke tanah) atas pipinya, lalu dia Kami seru: Hai Ibrahim ! Sesungguhnya telah engkau turut mimpi itu, sesungguhnya begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini adalah
cubaan yang terang. Kami tebus anaknya itu dengan sembelihan yang besar (seekor kibas)”.


Surah Assaffat ayat 102 – 107.





Kedua2 gambar itu menunjukkan tempat penyembelihan ternakan unta dan lembu di Mina.
 
Masjid Qiblatain

Inilah gambar Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) seperti yang di beritahu terdahulu.

 
mudah mudahan satu ari nanti dapat la aku buat ibadat kat masjid2 tu nanti.amin ya rabbalalamin!
 
teringin nak solat kat masjidil al aqsa..doakan kemenangan islam di Palestin..:)
 
Doakan daku..rindu sangat

Kepada kawan2 kat sini yang nak pergi ke situ.... tolong doakan aku pergi sana sekali...:)
 
Mari kita makmurkan masjid kita juga..



Masjid BaiturRahman di Acheh.

Marilah kita memakmurkan masjid dengan memperbanyakkan ibadat di dalamnya.
Tidaklah ia tiggal kosong sepi, berkunci kerana tiada orang, seperti kubur, atau hanya dilawati seminggu sekali untuk berjumaat sahaja.

Sesungguhnya manusia ini terlalu banyak kesalahan dan kecuaiannya terhadap perintah Allah SWT.
Jika Tuhan hendak menurunkan bala bencana tiada siapa dapat menahanNya. Tetapi kerana masih ada orang yang pergi ke masjid untuk beribadat, membaca Al-Quran, berzikir dan menuntut ilmu agama di sana, maka Allah SWT telah mengalihkan kehendakNya untuk menimpakan siksa terhadap golongan tersebut.

Demikian pula orang2 yang sering bangun malam kerana beristigfar dan tahajjud kepada Allah SWT, mereka ini juga manusia yang menolong menyelamatkan yang lain dari menerima nasib seperti umat sebelum umat Muhammad SAW.

Oleh itu marilah kita mengubah sikap dari orang yang diselamatkan menjadi orang yang boleh menyelamatkan.

Hadis Qudsi:
Berkata Anas r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersabda:
Allah telah berfirman:
Mafhumnya:

“Sesungguhnya Aku hampir-hampir akan menimpakan siksa ke aras penghuni bumi, kemudian apabila Aku melihat kepada mereka yang memakmurkan rumah-rumahKu (masjid-masjidKu), dan juga kepada mereka yang beristighfar di waktu fajar, maka Aku pun mengalihkan siksaKu daripada mereka itu.”Riwayat Baihaqi.



Inilah contoh yang paling ketara bagaimana di sekeliling masjid telah menjadi padang jarak padang tekukur..Ya Allah kepada Mu lah aku menyembah dan kepada Mu lah aku memohon pertolongan.
LA HAWLA WALA QUWWATA ILLABILLA..
 



Masjid Terapung Tanjung Bungah, Penang.




Masjid Sultan, Singapura.
 
Back
Top
Log in Register