BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid, Surau Di Nibong Tebal Terima Sumbangan RM105,000 Sempena Ramadan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
03429fff3709cb8bcbbeeb3dd02bdbb0698dd32855a31

493d58280b9fe61c0d4b55e0ffdf5b55698dd33b6be16

Kredit : Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal

Masjid dan surau dalam Parlimen Nibong Tebal menerima sumbangan berjumlah RM105,000 bagi mengimarahkan sambutan Ramadan.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek berkata sumbangan itu melibatkan 21 masjid dan 63 surau.

Beliau berkata setiap masjid menerima RM2,000 manakala RM1,000 untuk surau bagi menyokong penganjuran pelbagai aktiviti ibadah dan kebajikan sepanjang Ramadan.

“Usaha ini sebahagian daripada komitmen berterusan untuk meningkatkan syiar Islam di Nibong Tebal,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Iftar MADANI di Masjid As-Solihin, Kampung Kepala Gajah di sini hari ini.

Fadhlina berkata sebanyak RM750,000 diperuntukkan sepanjang 2025 bagi kerja naik taraf masjid dan surau di seluruh Parlimen Nibong Tebal termasuk pemasangan karpet baharu serta penambahbaikan ruang solat dan tandas.

Beliau berkata surau sementara di tapak pembinaan masjid Taman Halaman Indah, iaitu Surau Al-Munauwwarah telah siap sepenuhnya dan sedia digunakan penduduk pada Ramadan ini.

 
Back
Top
Log in Register