BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid Al-Azhar, Antara Masjid Terpenting Di Mesir & Dunia Peradaban Islam

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
1000511893.jpg


#SatuHariSatuMasjid

Berada di Kaherah, Mesir?

Masjid Al-Azhar, yang dibina antara 359 - 361 Hijrah (970 - 972 Masihi), adalah salah satu masjid terpenting di Mesir dan dunia peradaban Islam. Ia berfungsi sebagai masjid dan pusat pendidikan Islam selama lebih seribu tahun.

Masjid ini diasaskan oleh Jawhar As-Siqilli, panglima kepada Khalifah Al-Mu‘izz li-Dinillah dari Dinasti Fatimid. Selepas Kaherah diasaskan, Al-Azhar menjadi masjid pertama didirikan, dengan solat Jumaat pertama berlangsung pada 7 Ramadan 361H / 972M.

Ia cukup dikenali sebagai monumen tertua dari dinasti Fatimid di Mesir. Nama “Al-Azhar” dipercayai diambil sempena Fatimah Az-Zahra’, puteri Nabi Muhammad SAW.

Pada era Mamluk, Al-Azhar menikmati zaman keemasan, menerima banyak dana sumbangan dalam bentuk pembangunan masjid dan kebajikan pelajarnya. Namun, ketika era Uthmaniyyah, walaupun dihormati, masjid ini kurang menerima bantuan kewangan dan pemuliharaan.

Pada 1961, Al-Azhar secara rasmi menjadi universiti. Pusat ini berjaya melahirkan ramai tokoh ilmuwan Islam terkenal seperti Ibn Khaldun, Ibn Hajar Al-‘Asqalani, As-Sakhawi, dan Al-Qalqashandi.

Sehingga hari ini, Masjid Al-Azhar terus berdiri megah dengan menara-menara indahnya, memainkan peranan sebagai pusat keilmuan yang mempertahankan prinsip Islam sejagat.

Sumber: azhar.eg
 
Back
Top
Log in Register