Saya terpanggil untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh En Rhoma. Saya pernah menjadi Timb Komandan Pengurusan selama kurang lebih 3 tahun dari Dis 2004 hingga Sept 2008 dan melibatkan 2 kem.
Setiap kem diperuntukkan dengan 10 orang tentera untuk bahagian pentadbiran, 5xstaf awam untuk pentadbiran, dan 15-20 orang untuk JL Fizikal serta 10-15 untuk jurulatih ikut modul. hanya yang tetap di kem sepanjang latihan adalah anggota pentadbiran dan JL Fizikal sahaja, Jl yg lain akan di tugaskan berdasarkan modul mereka sahaja.
Kebiasaannya setiap kem akan diperuntukkan antara 400 ke 450 pelatih setiap siri, namum yang akan melapur adalah lebih kurang 380++ sahaja (itu urusan pelatih dengan pihak JLKN je la, pihak kem tak ambil tahu).
Masaalah Disiplin pelatih akan dipantau sebilang masa oleh JL Fizikal yang seramai 15-20 org... (cukup ke untuk seorang JL mengawal 19-23 orang pelatih?)
Pelatih2 yang melapor terdiri dari pelbagai ragam dan perangai. Bagi Siri Pertama, ianya agak mudah untuk mengawal disebabkan semua pelatih ni kebanyakkannya baru habis SPM, mereka2 di la bakal2 ke Matrikulasi/universiti. dengan kata lain, tindak-tanduk mereka masih belum lagi dicemari oleh persekitaran luar. tetapi golongan ini susah nak bangun pagi.. memang nak kena kejut dan selalu lewat semasa sesuatu program dijalankan.
Siri kedua terdiri dari bekas pelajar yang baru habis SPM juga. creteria lebih kurang dengan siri pertama
Siri Ketiga terdiri dari remaja yang dah lama behenti sekolah dan telah menempuh alam pekerja. kalau ada yang lepasan SPM pun memang dalam 30% sahaja. Golongan ini, agak nakal jika dibandingkan dengan siri terdahulu. Ada juga sesetengah mereka yang dah bekerja, dan jgn terkejut jika ada antara mereka ni pernah menganggotai kumpulan-kumpulan samseng, bagi yang pelatih wanita, ada juga yang pernah bekerja sebagai GRO. tapi mereka ni tak perlu JL kejut semasa bangun pagi dan masaalah lewat tidak timbul mungkin disebabkan oleh kebiasaan mereka semasa bekerja.
Sepanjang di Kem, terdapat berbagai modul untuk diterapkan ke pada para pelatih. apa yang menjadi halangan, ada antara pelatih yang hadir khususnya siri ketiga yang tidak tahu membaca dan menulis. dan bagi yang Islam, ada yang tidak tahu untuk mengucap kallimah syahadat, membaca Al-Quran apatah lagi.
Sepanjang pengalaman saya, ada la 4-5 family datang berterima kasih disebabkan dapat merubah altitud anak mereka. ada yang sebelum ni asyik dok maki mak bapak, tapi bila datang ke PLKN, perangai mereka berubah dan rajin menolong ibu bapa.
Tidak di nafikan, ada antara pelatih yang bercouple antara mereka, sedangkan disekolah yang bermula dari jam 0745-1330 pun ada yang bercouple, inikan pula dari 0530-2300 setiap hari selama 3 bulan dok bersama dalam satu pasukan..
Saya akan cuba menjawab persoalan yang diutarakan oleh En Rhoma seperti berikut:
Pros:
- Memberi peluang remaja untuk bergaul serta bersosial dalam keadaan "terkawal". Maksud "terkawal" ini akan dikupaskan dalam hujah tuan-tuan. Sejauh manakah "terkawal" itu dikawal?
Kebiasaan kem PLKN diasingkan penginapan antara pelatih lelaki dan perempuan. mereka akan bersama semasa di bilik kuliah atau pun di dewan makan. perkara ini di pantau oleh JL
- Memberi peluang pekerjaan kepada individu yang terlibat dengan setiap kem. Antara mereka adalah bekas-bekas askar, bekas-bekas polis, bekas-bekas bomba, askar, polis, ahli bomba, jururawat, doktor, pekerja am, kerani, pekerja yang terlibat dalam penyediaan makanan untuk pelatih, pengusaha bas dan pemandu bas.
bekas anggota tentera dan polis untuk JL Fizikal, Graduan mengganggur untuk modul lain
- Memberi ruang untuk memajukan perniagaan individu yang terlibat dengan penyediaan pakaian seragam pelatih, jurulatih serta komandan. Pengusaha bas, pembekal makanan, kontraktor yang membina kem dan tuan tanah untuk tapak kem tersebut didirikan.
diluar bidang kuasa pengurusan kem
Cons:
- Cukupkah masa 3 bulan untuk pelatih menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Kawan ada diberitahu pelatih hanya dapat maksimum 20% sahaja dari apa yang diajar sepanjang 3 bulan tersebut. Ke mana pergi lagi 80%. Setidak-tidaknya 70% pun pada kawan sudah cukup bagus.
dari mana dapat hanya 20%. kalau pelatih tu tak tahu membaca dan menulis pihak JLKN nak buat camana?
- Bagaimana kaedah pergaulan "terkawal" yang dimaksudkan? Bercampur gaul sesama lelaki dan perempuan. Bagaimanakah keadaan sebenar di dalam kem sepanjang sesi latihan berjalan?
Pihak pengurusan tidak boleh memisahkan antara jantina semasa aktiviti di jalankan. namum begitu JL sentiasa bersama setiap aktiviti dan dikhususkan JL wanita untuk pelatih wanita
- Di negara lain sebagai contoh negara jiran, tempoh National Service mereka adalah 3 tahun. Mereka diajar cara menggunakan senjata dengan betul sehingga mereka benar-benar "familiar" dengan senjata tersebut. Apa yang kawan difahamkan untuk pelatih PLKN mereka hanya diberi pendedahan hanya sekali untuk menggunakan senjata api M16. Hanya sekali dalam masa 3 bulan. Jika bernasib baik mungkin dapat merasa pegang M16 2 kali. Kawan jamin, 4 bulan selepas tamat tempoh PLKN, pelatih terbabit tidak akan mampu untuk mengguna senjata tersebut sebab dah lupa.
Pihak pengurusan dan JL tidak dibenarkan melatih pelatih sama seperti melatih TENTERA.
- Walapun dikatakan memberi peluang pekerjaan kepada segelintir rakyat, tetapi tidaklah bermaksud memberi pekerjaan dalam erti kata yang sebenarnya. Majoriti dari golongan askar, polis, bomba, jururawat serta doktor, mereka sebenarnya memegang satu jawatan dengan 2 gaji. Sebagai contoh seorang jururawat, dia asalnya bekerja di sebuah hospital. Kemudian dia diserapkan untuk memberi khidmat di dalam kem PLKN. Apabila dia diserapkan, jururawat tersebut akan beroleh gaji sebagai jururawat biasa dan juga gaji sebagai jururawat di dalam kem.
Askar, Polis dan Jururawat ditumpangkan ke kem berkenaan dan tiada sebarang gaji tambahan di beri. Kalau diberi pilihan saya pun tidak mahu bertugas di PLKN memandangkan kami perlu mengawasi pelatih 24 jam dan berjauhan dengan family.
- Bagi para usahawan pula, bukanlah sebarang orang yang akan dianugerahkan tender dan peluang yang tersedia ada. Boleh dikatakan majoriti kroni golongan tertentu yang membanjiri PLKN.
Ada bukti ke pakai KRONI. setiap tander dikeluarkan secara terbuka oleh pihak JLKN
- Berapakah perbelanjaan bulanan untuk setiap kem yang mampu memuatkan 500 orang pelatih. Kos makan untuk setiap pelatih adalah sebanyak RM10 sehari. Sebulan menjadi RM300. Untuk 500 orang pelatih pula akan menjadi RM150,000 sebulan. Jumlah ini hanya mewakili 1 kem sahaja. Jumlah kem yang ada di seluruh Malaysia adalah melebihi 80 buah kem kesemuanya.
Sila ensure terlebih dahulu semasa mengemukakan fakta. Benda ni boleh di bawa ketengah kalau salah
- Berapakah kos pengangkutan yang perlu kerajaan bayar untuk setiap kem. Kita ambil contoh lagi perbelanjaan kos pengangkutan pula. Kadar sewa setiap bas kepada pengusaha bas adalah sebanyak RM12,000 sebulan. Setiap kem mempunyai sekurang-kurangnya 5 biji bas. Tuan-tuan boleh congak sendiri berapa kos pengangkutan untuk kesemua lebih 80 kem PLKN.
Sistem sekarang saya tidak arif. semasa saya di sana dahulu, pembayaran bagi bas berdasarkan penggunaan
[/QUOTE]
Senang cerita di situ kita boleh kenal pasti bekas2 pelatih yang boleh mengorak langkah sebagai pemimpin, pengikut dan pak turut sahaja.
Pandangan berdasarkan pengalaman saya PLKN wajar diteruskan untuk membentuk modal insan walaupun apa yang diperolehi oleh pelatih tidak sepenuhnya. dari TIADA baik ADA.
TQ