BTC USD 81,519.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah EarWorms

Aku biasa je kene ni, selalu sebab dengar lagu dekat radio time drive. Lagu yg aku rasa melodi die sedap tp dengar sikit je. So aku akan ulang2 melodi tu walau tak tau sapa nyanyi and tak complete. Nak buang biasa aku akan carik lagu tu kat youtube dengar sampai habis sambil check lyric die....Lepas tu da ok balik.

Saya pun ada dengar lagu macam ni
Macam melekat pun ada sebab macam terngiang-ngiang je
 
Cacing dalam otak

Oleh Agensi

WORMS001a_1566979635.jpg


SEEKOR cacing sepanjang 10 sentimeter yang dikeluarkan. FOTO youtube


BEIJING: Seorang lelaki yang sering sakit kepala dan diserang sawan sejak 30 tahun lalu terkejut selepas doktor mengeluarkan seekor cacing sepanjang 10 sentimeter dari otaknya.

Zhang, 59, mula mengalami sakit kepala yang teruk dan sawan sejak 1989.

Dia disahkan menghidap epilepsi dan perlu bergantung pada ubat.

Walaupun mengambil ubat itu sejak 30 tahun lalu, Zhang masing mengalami sawan dan pitam termasuk pening kepala yang teruk.

Zhang berjumpa beberapa pakar dan menjalani pemeriksaan tetapi jawapan yang diterimanya tetap sama, dia menghidap epilepsi.

Bagaimanapun, pada bulan lalu dia menjalani imbasan MRI di sebuah hospital di Guangzhou dan doktor menemui kesan luar biasa pada bahagian depan otak kanan Zhang.

Ujian darah kemudiannya mengesahkan ada parasit dalam tubuh Zhang dan selepas pemeriksaan lanjut doktor cacing sepanjang 10 sentimeter di otaknya.

Seorang doktor pakar otak, Yan Xueqiang memberitahu Global Times, meminum air sungai yang tidak dimasak atau haiwan seperti katak atau ular secara mentah boleh menyebabkan jangkitan parasit.

Zhang yang dibesarkan di kawasan pergunungan mengaku meminum air sungai dan makan katak adalah amalan biasa di kampung halamannya.

Disiarkan pada: August 28, 2019 @ 4:05pm

Harian Metro
Owh faktor makanan atau minuman rupanya
 
Back
Top
Log in Register