terima kasih pada semua yg memberikan input.. ini kronologi situasi den dari awai sampai kini..
pada rabu 2/3/22 den pi ke tm utk buat report, so masa tu den bwk skali modem semua kot2 kene pulangkan sbb masih ada kontrak.
pada khamis 3/3/22 den dijangkiti covid 19, Alhamdulillah hanya demam dan batuk je simptom nya.. dan den sorg je yg kene, anak dan bini tak kene. den kuarantin kat umah je, duk bilik asing dengan family.
7/3/22 den buat ujian kendiri dan hasil telah menunjukkan negetive covid 19.
9/3/22 last day kuarantin, atas cadangan bini den, dia suh den pi turun kat kete utk amik modem semula, utk try kot2 dah ok internet, dan Alhamdulillah, tiba2 line internet sudah ada semula. cuma ada masa dia akan hilang kejap ..
masa mentenen tm datang aritu, dia tunjuk dah kat den guna alat dia tu.. bila cucuk je cable kat modem, line internet trus drop, dan kat alat dia pon tunjuk lampu merah.. makna mmg tenet ada masalah..
hikmah yg den dapat semasa tempoh mengalami ujian ini adalah, lebih byk masa dgn anak den, dan anak pon dah suka mewarna buku, abis pensel warna semua dah kontot.. dari sblm ni ngadap utube ja huhu..