BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Masalah dengan TM dan management apartment.

tt leh cube tunggu reply dari tm... bro kene explain yg cable luar rosak dan jmb tak nak repair... bagi bro hak bro didalam rumah.. sama ada isp selesaikan atau bro nak tm terminate kontrak tampa denda sebb bro tak guna pon perkhidmatan tu..

pastikan bro ada report n dpt support ticket dari tm.. selagi kes tak selesai jgn kasi tutup tiket support tu...

bro tak dpt guna internetkan ? jadi bro tak dpt guna facility tm tu.. leh setel ni.. nanti klu reply dari tm mcm sampah.. bro msg mcmc
 
tn tr4falgar, klu ikut kontraknya mcmana ye, sapa yg bertanggungjawab dengan kos wiring?
wiring internet ni tak termasuk dlm maintenance ke
jmb yg bertanggungjawab dengan maintenance kan
tang kontrak tu den kene baca balik agreement..wiring internet patut termasuk maintenance skali tu sbb blah luar bkn dlm umah den.

tiap2 bulan ada bayar mentenen fee..
 
Tapi mcm pelik kalau cable dari rumah ke riser under tuan rumah...sebab tu dah mcm kawasan bersama... Kalau kata masa tarik cable dari riser ke rumah berlaku kerosakan dinding ke..siling ke...sapa nak tanggung jawab?
 
tn tr4falgar, berikut ni info mengenai tribunal strata








3. Tribunal Pengurusan Strata​

Tribunal Pengurusan Stata (TPS) pula adalah satu badan khas yang ditubuhkan untuk mendengar dan menangani sebarang tuntutan berkaitan hartanah yang mempunyai hak milik strata.

Dalam erti kata lain, ia ditubuhkan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian di kalangan pemilik. TPS juga menguruskan tuntutan yang meliputi kos sehingga RM250,000.

Tuntutan di TPS juga tidak ada tempoh masa, bila-bila anda boleh buat tuntutan untuk kes berkaitan hartanah berstrata.



Adakah TPS boleh kenakan hukuman?​

Tribunal Pengurusan Strata TIDAK ada bidang kuasa menjatuhkan hukuman. Mereka hanya mendengar kes je. Sebarang hukuman akan dijatuhkan oleh Pesuruhjaya Bangunan atau mahkamah jika ia melibatkan jenayah!

Siapa ahli tribunal?​

Tribunal ini diketuai oleh Pengerusi dan Naib Pengerusi serta sekurang-kurangnya 20 orang pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 7 tahun.

Ini kerana ahli-ahli ini hendaklah yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan Akta Pengurusan Strata.

Siapa boleh buat tuntutan di Tribunal Pengurusan Strata?​

Bukan semua orang boleh bawa kes ke Tribunal Pengurusan Strata tau. Anda kena daripada salah satu kategori berikut:

  • Pemaju
  • Pembeli
  • Pemilik (termasuk pemilik asal)
  • Pengurusan hartanah berstrata termasuklah Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC) dan Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub-MC)
  • Mana-mana orang berkepentingan yang lain dengan kebenaran TPS
4228325_s-1.jpg




Jenis Tuntutan Boleh Dibawa Ke Tribunal Pengurusan Strata​

Bila cakap soal hak milik strata, memang banyak isu, tapi yang boleh dibawa ke Tribunal Pengurusan Strata hanyalah tuntutan tertentu.

  1. Kegagalan pelaksanaan Akta Pengurusan Strata
  2. Pertikaian berkaitan kos pembaikan petak, bangunan atau tanah sama ada di unit individu atau di kawasan/kemudahan yang dikongsi
  3. Tuntutan dapatkan semula caj, caruman, atau apa-apa jumlah yang diisytiharkan oleh Akta sebagai hutang
  4. Tuntutan mengadakan mesyuarat agung
  5. Tuntutan membatalkan prosiding mesyuarat dengan dakwaan peruntukan akta dilanggar
  6. Tuntutan pembatalan keputusan jika hak mengundi anda selaku pemilik dibatalkan
  7. Tuntutan pembatalan ketetapan mesyuarat agung
  8. Tuntutan pembatalan pindaan undang-undang kecil
  9. Tuntutan mengubah kadar bunga pembayaran lewat dikenakan JMB, MC atau Sub-MC
  10. Tuntutan berkaitan insurans unit berstrata
  11. Tuntutan mendapatkan dokumen daripada JMB, MC atau Sub-MC
  12. Tuntutan mendapatkan persetujuan untuk perubahan kepada harta bersama atau harta bersama terhad
  13. Tuntutan mengesahkan, mengubah atau membatalkan keputusan Pesuruhjaya Bangunan
Tetapi terdapat juga kes yang TIDAK boleh dibawa ke TPS sebagai contoh sebarang isu berkaitan pertikaian hak milik. Perkara seperti ini semestinya anda perlu terus bawa ke mahkamah.



Cara Buat Aduan Kepada Tribunal Pengurusan Strata​

Dah tahu kes mana boleh bawa ke TPS, mana tak boleh? Anda rasa nak buat aduan tuntutan? Ikuti langkah-langkah ni!

  1. Anda boleh dapatkan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) dan Borang Butiran TPS di kaunter TPPS, KPKT ataupun download je borang-borang ni dari laman web KPKT
  2. Anda juga perlu memfailkan 4 salinan Borang 1 (salinan tambahan diperlukan sekiranya terdapat lebih daripada seorang penentang) dan diisi dengan lengkap dan jelas seperti nama, I/C, nombor pendaftaran, alamat surat menyurat dan nombor telefon bagi penuntut dan penentang
  3. Anda hendaklah menyatakan butiran tuntutan dan amaun dalam Borang 1 yang ditandatangani atau dicap ibu jari.
  4. Borang Butiran TPS hendaklah diisi dan dilengkapkan dengan jelas dalam 2 salinan beserta maklumat pihak penuntut dan pihak penentang seperti nama, alamat nombor telefon dan alamat emel
  5. Semua berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
    • Bagi tuntutan berkenaan kebocoran antara tingkat
    • Borang 28
    • Gambar kerosakan berwarna
    • Bagi tuntutan untuk mendapatkan caj penyenggaraan dan caruman kepada kumpulan wang penjelas
    • Penyata akaun
    • Borang 11 untuk Pemaju / JMB dan Borang 20 untuk MC
    • Bukti serahan Borang 11 dan Borang 20 kepada pembeli / pemunya petak / pemilik secara serahan tangan / pos berdaftar
    • Bagi tuntutan lain
    • Semua dokumen berkaitan yang menyokong tuntutan
  6. Anda boleh memfailkan tuntutan melalui 2 kaedah iaitu sama ada hantar di Kaunter TPPS, KPKT ataupun melalui pos
  7. Pemfailan ni juga hendaklah disertakan bersama fi pemfailan sebanyak RM100.00 bagi kediaman dan RM 200.00 bagi komersial atau industri dalam bentuk wang tunai / wang pos / bank draf / kiriman wang
  8. Kiriman hendaklah atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Sebagai peringatan, bayaran melalui cek peribadi dan juga wang tunai melalui pos tak akan diterima.
116546878_s-1.jpg


Bolehkah saya abaikan keputusan Tribunal Pengurusan Strata?​

JANGAN! Sebab anda boleh diheret ke mahkamah, dah jadi kes lain.

Kebanyakan kes yang dibicarakan di Tribunal Pengurusan Strata melibatkan kegagalan pemilik unit membayar yuran penyelenggaran dan kumpulan wang pelepas.

Jadi, pengurusan bangunan selalu akan bawa kes ni ke tribunal. Jangan tak tahu lebih 90% kes di tribunal ni melibatkan isu duit.

Jika anda memang culas nak bayar, pengurusan pun dah bawa ke tribunal, eloklah ikut keputusan tu ya. Jangan jadi macam kes melibatkan pangsapuri di Seri Kembangan ni sampai kena heret ke mahkamah. Tak pasal-pasal jadi kes jenayah.



makna den boleh pi report kat TPS ni ke mek..
yg nmpok boleh nombor 1 tu je.akta pengurusan strara.
 
tt leh cube tunggu reply dari tm... bro kene explain yg cable luar rosak dan jmb tak nak repair... bagi bro hak bro didalam rumah.. sama ada isp selesaikan atau bro nak tm terminate kontrak tampa denda sebb bro tak guna pon perkhidmatan tu..

pastikan bro ada report n dpt support ticket dari tm.. selagi kes tak selesai jgn kasi tutup tiket support tu...

bro tak dpt guna internetkan ? jadi bro tak dpt guna facility tm tu.. leh setel ni.. nanti klu reply dari tm mcm sampah.. bro msg mcmc
yeah nmpk mcm pnjg sgt laluan kalo nak tuntut dgn jmb tu.

den tgh push tm pulak ni utk kecualikan penalti..den pelanggan setia unifi kot,

bertahun sblm ni den guna unifi, xde tunggak pon, takkan takleh skip utk kes yg bkn den sengaja nak terminate awal ni.
mmg den x dpt guna tenet, xkn buta2 nk bayar tiap bulan.

pi tm point lagi sedap, dia suh pindah rumah terus. mgkn maksud dia suh pindah line den ni kat alamat lain, tp ayat dia "encik pindah rumah la encik"
 
Tapi mcm pelik kalau cable dari rumah ke riser under tuan rumah...sebab tu dah mcm kawasan bersama... Kalau kata masa tarik cable dari riser ke rumah berlaku kerosakan dinding ke..siling ke...sapa nak tanggung jawab?
zaman covid ni sume nak lopeh tangan. kalo tau selok belok law ni sodap la lawan. tp taknak la sampai naik court, tak dan nak lawan sampai court utk kes rm380 ja huhu . tp amount tu besar gak la utk den
 
yeah nmpk mcm pnjg sgt laluan kalo nak tuntut dgn jmb tu.

den tgh push tm pulak ni utk kecualikan penalti..den pelanggan setia unifi kot,

bertahun sblm ni den guna unifi, xde tunggak pon, takkan takleh skip utk kes yg bkn den sengaja nak terminate awal ni.
mmg den x dpt guna tenet, xkn buta2 nk bayar tiap bulan.

pi tm point lagi sedap, dia suh pindah rumah terus. mgkn maksud dia suh pindah line den ni kat alamat lain, tp ayat dia "encik pindah rumah la encik"

bro masukkan sekali ayat org kaunter tm suruh pindah.. tu dalam report mcmc..."semasa di kaunter selepas saye memberitahu situasi saya pegawai dikaunter meminta saya pindah rumah.. adakah ini adalah penyelesaian professional pihak tm pada pelanggan? adakah pindah rumah tidak perlukan duit???"

ape ngok suruh pindah rumah.. dia igt pindah rumah tak guna modal brg kali..
 
dari riser ke rumah bro tu ikut laluan trunking yg disediakan atau trunking baru ? klu trunking disediakan maksudnya lalu laluan fiber jiran?
 
zaman covid ni sume nak lopeh tangan. kalo tau selok belok law ni sodap la lawan. tp taknak la sampai naik court, tak dan nak lawan sampai court utk kes rm380 ja huhu . tp amount tu besar gak la utk den
Betul mmg xnak sampai naik court ...tapi ingat JMB pn sama cam kita... diorang pn xnak sampai naik court...so kena tunjukkan kita serious & tahu hak...
 
makna den boleh pi report kat TPS ni ke mek..
yg nmpok boleh nombor 1 tu je.akta pengurusan strara.

tn tr4falgar, apa kata kalau kita tunggu dulu tindakan dari TM, tengok TM fix mcmana dan hasil siasatan dia
pastu kalau perlu, baru kita turn to tribunal pengurusan strata
 
Back
Top
Log in Register