BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Masalah dengan TM dan management apartment.

klu umah kurg 2thn dpt kunci... klu da lebih dari tu report mcmc je
kalau diorang x feedback pn senang bro kalau nak panjagkan kes...sebab prove ko follow up dah ada...nak up sikit lagi nak viralkan pn senang...

kalau call maunya diorang cakap pusing2
dia update gini ja. nak fight guane ni.
IMG_20220308_133032_329.jpg
 
yg last ni pihak pengurusan apartment yg reply. itu je email yg den bleh dapat. developer pnya email takdak.
biasa lepas abis warranty (2 tahun) developer akan handover ke JMB...kena check agreement dgn JMB betul ke mcm tu..kalau dalam agremeent mmg mcm tu tipis la nak fight...rumah sendiri ke sewa bro?
 
biasa lepas abis warranty (2 tahun) developer akan handover ke JMB...kena check agreement dgn JMB betul ke mcm tu..kalau dalam agremeent mmg mcm tu tipis la nak fight...rumah sendiri ke sewa bro?
rumah sendiri ni.
oh kene buka angreement balik ni.
kang den cuba baca.
tm lom reply lagi arini. dpt diskaun sparuh pon ok la kalo xleh fight huhu
 
rumah sendiri ni.
oh kene buka angreement balik ni.
kang den cuba baca.
tm lom reply lagi arini. dpt diskaun sparuh pon ok la kalo xleh fight huhu
sebab kalau nak bawak tribunal kena owner...bukan penyewa...tapi x silap aku dia ada minimum kes baru provide lawyer...kena tanya orang mahir undang2 kot...try tanya lawyer CG @cek mek molek..ni under PBT ke tribunal pengguna ...biasa dia x charge consultation fee :ROFLMAO:
 
sebab kalau nak bawak tribunal kena owner...bukan penyewa...tapi x silap aku dia ada minimum kes baru provide lawyer...kena tanya orang mahir undang2 kot...try tanya lawyer CG @cek mek molek..ni under PBT ke tribunal pengguna ...biasa dia x charge consultation fee :ROFLMAO:
harap @cek mek molek dapat memberikan pandangan. kalo nak cas jgn mahai2:)
 
sebab kalau nak bawak tribunal kena owner...bukan penyewa...tapi x silap aku dia ada minimum kes baru provide lawyer...kena tanya orang mahir undang2 kot...try tanya lawyer CG @cek mek molek..ni under PBT ke tribunal pengguna ...biasa dia x charge consultation fee :ROFLMAO:
harap @cek mek molek dapat memberikan pandangan. kalo nak cas jgn mahai2:)

tn Maestro dan tn tr4falgar yg dua dua saya hormati, nanti saya cek tengok dulu deh

takde charge apa apa insya Allah :D
 
salam.

situasinya begini. den duk apartment, dah setahun guna unifi lite ni, skang ni tiba2 line internet takde.
dah call tm dan mentenen dia pon dah dtg check. bahagian tm takde masalah, yg masalah pada wiring management.
so igt nak terminate trus, bila pegi tm point check, den masih ada kontrak lagi setahun. kalo nak terminate kene bayar penalti rm380, masalah sekarang management kata wiring tu owner yang kene tanggungjwb utk semua kos wiring tu.

apo mmg rules mcm ni ka? atau den boleh pi wat report kat mana2 ya?

dia update gini ja. nak fight guane ni.
IMG_20220308_133032_329.jpg

tn tr4falgar, klu ikut kontraknya mcmana ye, sapa yg bertanggungjawab dengan kos wiring?
wiring internet ni tak termasuk dlm maintenance ke
jmb yg bertanggungjawab dengan maintenance kan
 
harap @cek mek molek dapat memberikan pandangan. kalo nak cas jgn mahai2:)

tn tr4falgar, berikut ni info mengenai tribunal strata








3. Tribunal Pengurusan Strata​

Tribunal Pengurusan Stata (TPS) pula adalah satu badan khas yang ditubuhkan untuk mendengar dan menangani sebarang tuntutan berkaitan hartanah yang mempunyai hak milik strata.

Dalam erti kata lain, ia ditubuhkan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian di kalangan pemilik. TPS juga menguruskan tuntutan yang meliputi kos sehingga RM250,000.

Tuntutan di TPS juga tidak ada tempoh masa, bila-bila anda boleh buat tuntutan untuk kes berkaitan hartanah berstrata.



Adakah TPS boleh kenakan hukuman?​

Tribunal Pengurusan Strata TIDAK ada bidang kuasa menjatuhkan hukuman. Mereka hanya mendengar kes je. Sebarang hukuman akan dijatuhkan oleh Pesuruhjaya Bangunan atau mahkamah jika ia melibatkan jenayah!

Siapa ahli tribunal?​

Tribunal ini diketuai oleh Pengerusi dan Naib Pengerusi serta sekurang-kurangnya 20 orang pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 7 tahun.

Ini kerana ahli-ahli ini hendaklah yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan Akta Pengurusan Strata.

Siapa boleh buat tuntutan di Tribunal Pengurusan Strata?​

Bukan semua orang boleh bawa kes ke Tribunal Pengurusan Strata tau. Anda kena daripada salah satu kategori berikut:

  • Pemaju
  • Pembeli
  • Pemilik (termasuk pemilik asal)
  • Pengurusan hartanah berstrata termasuklah Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC) dan Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub-MC)
  • Mana-mana orang berkepentingan yang lain dengan kebenaran TPS
4228325_s-1.jpg




Jenis Tuntutan Boleh Dibawa Ke Tribunal Pengurusan Strata​

Bila cakap soal hak milik strata, memang banyak isu, tapi yang boleh dibawa ke Tribunal Pengurusan Strata hanyalah tuntutan tertentu.

  1. Kegagalan pelaksanaan Akta Pengurusan Strata
  2. Pertikaian berkaitan kos pembaikan petak, bangunan atau tanah sama ada di unit individu atau di kawasan/kemudahan yang dikongsi
  3. Tuntutan dapatkan semula caj, caruman, atau apa-apa jumlah yang diisytiharkan oleh Akta sebagai hutang
  4. Tuntutan mengadakan mesyuarat agung
  5. Tuntutan membatalkan prosiding mesyuarat dengan dakwaan peruntukan akta dilanggar
  6. Tuntutan pembatalan keputusan jika hak mengundi anda selaku pemilik dibatalkan
  7. Tuntutan pembatalan ketetapan mesyuarat agung
  8. Tuntutan pembatalan pindaan undang-undang kecil
  9. Tuntutan mengubah kadar bunga pembayaran lewat dikenakan JMB, MC atau Sub-MC
  10. Tuntutan berkaitan insurans unit berstrata
  11. Tuntutan mendapatkan dokumen daripada JMB, MC atau Sub-MC
  12. Tuntutan mendapatkan persetujuan untuk perubahan kepada harta bersama atau harta bersama terhad
  13. Tuntutan mengesahkan, mengubah atau membatalkan keputusan Pesuruhjaya Bangunan
Tetapi terdapat juga kes yang TIDAK boleh dibawa ke TPS sebagai contoh sebarang isu berkaitan pertikaian hak milik. Perkara seperti ini semestinya anda perlu terus bawa ke mahkamah.



Cara Buat Aduan Kepada Tribunal Pengurusan Strata​

Dah tahu kes mana boleh bawa ke TPS, mana tak boleh? Anda rasa nak buat aduan tuntutan? Ikuti langkah-langkah ni!

  1. Anda boleh dapatkan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) dan Borang Butiran TPS di kaunter TPPS, KPKT ataupun download je borang-borang ni dari laman web KPKT
  2. Anda juga perlu memfailkan 4 salinan Borang 1 (salinan tambahan diperlukan sekiranya terdapat lebih daripada seorang penentang) dan diisi dengan lengkap dan jelas seperti nama, I/C, nombor pendaftaran, alamat surat menyurat dan nombor telefon bagi penuntut dan penentang
  3. Anda hendaklah menyatakan butiran tuntutan dan amaun dalam Borang 1 yang ditandatangani atau dicap ibu jari.
  4. Borang Butiran TPS hendaklah diisi dan dilengkapkan dengan jelas dalam 2 salinan beserta maklumat pihak penuntut dan pihak penentang seperti nama, alamat nombor telefon dan alamat emel
  5. Semua berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
    • Bagi tuntutan berkenaan kebocoran antara tingkat
    • Borang 28
    • Gambar kerosakan berwarna
    • Bagi tuntutan untuk mendapatkan caj penyenggaraan dan caruman kepada kumpulan wang penjelas
    • Penyata akaun
    • Borang 11 untuk Pemaju / JMB dan Borang 20 untuk MC
    • Bukti serahan Borang 11 dan Borang 20 kepada pembeli / pemunya petak / pemilik secara serahan tangan / pos berdaftar
    • Bagi tuntutan lain
    • Semua dokumen berkaitan yang menyokong tuntutan
  6. Anda boleh memfailkan tuntutan melalui 2 kaedah iaitu sama ada hantar di Kaunter TPPS, KPKT ataupun melalui pos
  7. Pemfailan ni juga hendaklah disertakan bersama fi pemfailan sebanyak RM100.00 bagi kediaman dan RM 200.00 bagi komersial atau industri dalam bentuk wang tunai / wang pos / bank draf / kiriman wang
  8. Kiriman hendaklah atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Sebagai peringatan, bayaran melalui cek peribadi dan juga wang tunai melalui pos tak akan diterima.
116546878_s-1.jpg


Bolehkah saya abaikan keputusan Tribunal Pengurusan Strata?​

JANGAN! Sebab anda boleh diheret ke mahkamah, dah jadi kes lain.

Kebanyakan kes yang dibicarakan di Tribunal Pengurusan Strata melibatkan kegagalan pemilik unit membayar yuran penyelenggaran dan kumpulan wang pelepas.

Jadi, pengurusan bangunan selalu akan bawa kes ni ke tribunal. Jangan tak tahu lebih 90% kes di tribunal ni melibatkan isu duit.

Jika anda memang culas nak bayar, pengurusan pun dah bawa ke tribunal, eloklah ikut keputusan tu ya. Jangan jadi macam kes melibatkan pangsapuri di Seri Kembangan ni sampai kena heret ke mahkamah. Tak pasal-pasal jadi kes jenayah.



 
Back
Top
Log in Register