BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masak bubur rumah terbakar

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
24hm005aa.transformed.jpg


Kuala Kurau: Kegembiraan tiga keluarga memasak bubur asyura secara gotong-royong berakhir dengan kedukaan apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Raja Badshah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, penduduk yang sedang mengagihkan bubur asyura di kawasan berdekatan terkejut apabila mendapati tiga rumah penduduk terbakar.

Salah seorang mangsa, Mohd Tarmimi Abd Hamid, 32, berkata, dia dan keluarganya yang berada berdekatan kediaman itu selepas selesai mengagihkan bubur lambuk terkejut apabila api marak begitu cepat membakar keseluruhan rumah mereka.

Katanya, penduduk cuba membantu memadamkan kebakaran menggunakan air paip berdekatan, namun kebakaran gagal dikawal kerana api merebak begitu cepat disebabkan keseluruhan rumah diperbuat daripada papan.

“Kebakaran berlaku begitu pantas dan semua barangan di dalam rumah gagal diselamatkan kerana api merebak dengan cepat ditambah keadaan cuaca berangin sewaktu kejadian.

“Mujurlah bomba datang cepat, jika tidak lebih banyak rumah penduduk musnah dalam kebakaran ini,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11309#sthash.j0J1D96y.dpuf
 
Susah jugak rumah bersmbung nih...satu terbakar merebak semua

Mse kecik2 dulu mak suruh tgok api kat dapur.. masak bubur...

Balik2 mak menjerit haha.. pasai bau hangus...

Hidung sye nih kdg sumbat so xde bau ape sbor jelah.. mujur xterbako umah :((
 
Sekejap bubur asyura sekejap bubur lambuk.

Wartawan metro nih...
 
rumah papan sekejap je la hangus..semoga ada bantuan nanti
 
teringt lak mse kcik2 dulu...rumah skampung terbakar dpn mate..
takziah..harap tabah..
 
Back
Top
Log in Register