BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masa Depan Pendidikan Tinggi Negara Tuntut Keperluan AUKU Diteliti Semula - Zambry

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Masa Depan Pendidikan Tinggi Negara Tuntut Keperluan AUKU Diteliti Semula - Zambry​

ef3510a190ee7d9003d4add64fd9bcdc6a8efc5f1d63a

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika menjadi panel pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13 yang bertemakan Pendidikan Masa Depan Negara dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Masa depan pendidikan tinggi negara menuntut keperluan untuk melihat semula akta-akta berkaitan pendidikan tinggi secara menyeluruh, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata langkah meneliti serta menambah baik kerangka undang-undang sedia ada penting, bagi memastikan ekosistem pendidikan tinggi kekal relevan dan tidak terus dikongkong oleh peraturan lama.

“Kita perlu melihat semula keberadaan akta-akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi ini...antara akta yang sentiasa menjadi tumpuan sudah tentu AUKU itu sendiri.

“Kita akui ada kekangan dan kongkongan yang wujud sebelum ini. Sebab itu kita sedang meneliti aspek-aspek baharu, termasuklah dari segi jaminan kebebasan akademik, kebebasan bersuara serta pemberdayaan mahasiswa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13, Pendidikan Masa Depan Negara dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya malam ini, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Forum berkenaan turut menampilkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Presiden Akademi Sains Malaysia Tengku Datuk Mohd Azzman Shariffadeen sebagai panel, manakala Anwar bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Zambry berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut mempertimbangkan penggubalan akta baharu seperti One Higher Education Act, bagi menyelaraskan pelbagai akta berkaitan pendidikan tinggi di bawah satu kerangka yang lebih menyeluruh.

Bagi merealisasikannya, beliau berkata sebuah jawatankuasa bebas telah ditubuhkan, bagi mengumpul serta menilai pelbagai memorandum dan pandangan daripada golongan akademik serta wakil mahasiswa.

Sementara itu, Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) komited memperluas akses sistem pendidikan negara menerusi pendekatan “pendidikan manusiawi” bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pembelajaran yang saksama.

 
Back
Top
Log in Register