BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAS terdesak bantuan tunai

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
25 JUL 2014

Kerajaan dijangka menyelamatkan Malaysia Airline System Berhad (MAS)) dengan melakukan suntikan modal ke-4 selepas syarikat penerbangan itu dilanda dua tragedi dan masalah kekangan tunai, menurut 2 penganalisa institusi kewangan terbesar negara.

Khazanah Nasional Berhad perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM2 bilion untuk menjadikan MAS sebuah syarikat swasta dan menambah modal kerja untuk tempoh 12 bulan, anggaran yang dibuat oleh Hong Leong Investment Bank Bhd. dan RHB Capital Bhd.

Sayap pelaburan negara itu telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM5 bilion sejak menyelamatkan anak syarikat MAS, Penerbangan Malaysia Berhad pada November 2002.

"Bagi mana-mana syarikat pernerbangan yang menghadapi masalah disebabkan punca-punca yang tidak dijangka, penstrukturan semula adalah pilihan kepada para pemegang kepentingannya.

"Penstrukturan itu pasti dilakukan secara besar-besaran bagi pemegang saham seperti Khazanah yang memiliki pelaburan dalam ekonomi dan politik," menurut Mark Hyde, Ketua Global Penstrukturan Semula dan Amalan Insolvensi Firma Guaman Clifford Chance LLP yang berpangkalan di Hong Kong.

MAS sedang mencari jalan keluar selepas mencatatkan kerugian sepanjang tiga tahun berturut-turut, malangnya semakin sukar selepas kehilangan pesawat MMH370 yang masih belum ditemui dan nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu.

Usaha menyelamatkan MAS sudah melepasi jumlah yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menyelamatkan syarikat tol terbesar negara selepas krisis kewangan pada pertengahan tahun 1990.

"Usaha menyelamat MAS melepasi pengiraan kewangan.

"Moral dan daya tahan kerajaan sedang diuji. Bagaimana ia ditangani akan menggambarkan keazaman kerajaan mengendalikannya," kata Pengarah Pheim Asset Management Asia, James Lau.

Khazanah mempunyai kurang daripada satu tahun untuk menyelesaikan pelepasan hutang MAS yang dikuasainya sebanyak 69.4 peratus.

MAS dijangka kehabisan tunai pada Jun 2015 sekiranya operasinya tidak dipulihkan atau MAS tidak akan menerima pembiayaan baru.

Tunai MAS dijangka terjejas lebih tinggi pada suku kedua dan ketiga akibat kesan MH370, kata penganalisis penerbangan, Daniel Wong dari Hong Leong Investment Bank.

Berikutan itu, MAS perlu mengurangkan laluan yang tidak menguntungkan dan menjual aset bukan teras serta mengurangkan kos kakitangan.

Suntikan tunai keempat perlu digunakan oleh MAS untuk meningkatkan perniagaan dengan mengurangkan saiz pesawat dan jumlah pekerja, menurut Jerry Lee, seorang penganalisis di Kuala Lumpur di RHB Research.

Syarikat itu boleh mengurangkan kerugian sebanyak 80% pada tahun 2015 jika ia mengurangkan 10% kapasiti tempat duduk, 20% kos kakitangan dan 10% kos operasi.

"Saya melihat sebarang bentuk kebankrapan sebagai pilihan terakhir," kata Hyde Clifford Chance. - MalaysiaGazette



Read more: http://malaysiagazette.com/ekonomi/mas-terdesak-bantuan-tunai#ixzz38SpaZDGI
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook
 
napa air asia bleh untung mas pulak rugi??pengurusan yg x kena nih..jalan terbaik adalah swastakan..rombak semua pentadbiran mas..apa dia org buat dlm mas ni yer heran aku..rugi lak bilion2 x masuk akal..niaga apa sampai leh rugi ni..
 
duit rakyat tu suntik...buang la cukong2 dalam mas
 
-dapat info,dlm satu2 dept ramai manager dari org bawahan.gaji melampau2,tu yg ntah apa2 MAS skrg nie.
-Crew Cabin terbaik dunia beb.
-Management cam sampah.cOnsultant ntah apa2.
 
Day yg dok dalam tu banyak lintah.hadapla.
 
simpati aku dgn kebanggaan malaysia ni....
cilake yg mengambil kesempatan terhadap mas dan salah guna kuasa terhadap mas...
apa2 pun arak kasi buanglah dari itu flight...
 
KWSP mesti dalam perhatian kan ??? Kononnya wang dari rakyat utk kepentingan rakyat, tetapi yang kaya dan pelahap tahap cilanat adalah ???
 
Back
Top
Log in Register