sepalola2008
Active+ Member
- Messages
- 3,212
- Joined
- Feb 8, 2008
- Messages
- 3,212
- Reaction score
- 5
- Points
- 25
kehebatan umno perosak bangsa dan agama takda ke?
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
kehebatan umno perosak bangsa dan agama takda ke?

![]()
Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas
KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.
Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.
Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.
Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.
“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.
sumber

Lagi koleksi fitnah2 dari paper Otosan....Prrrfghhhttt....![]()
![]()
Saturday, March 27, 2010
Ustaz PAS Tak Peduli Isteri Ada Bisul..... Nak menala Juga!
Labels: Parti PAS.
“Dia hanya pentingkan kepuasan seks semata-mata. Dia tetap mahu saya layan (nafsu) dia walaupun tahu ketika itu saya sakit sebab naik bisul di punggung,” kata Siti Rosmala Mohamad, 38, isteri kepada bekas Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Abdul Rashid Rahman, 60.
Kenyataan itu dimaklumkan Siti Rosmala, yang juga seorang ustazah di sebuah sekolah menengah di Kodiang, Kedah ketika memberi keterangan sewaktu prosiding tuntutan fasakh di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, di Kangar, semalam.
Tuntutan fasakh itu difailkan Siti Rosmala di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, melalui peguamnya, Shazril Khairy Mustafa, pada 15 Februari 2008, manakala Abdul Rashid selaku defendan diwakili peguam, Zulmi Sabri.
Siti Rosmala memaklumkan mahkamah bahawa suaminya itu hanya mementingkan kepuasan seks semata-mata, tanpa mengambil kira sama ada dirinya berada dalam keadaan sihat ataupun tidak.
Beliau berkata, pernah suatu ketika dia diminta melayani batin suaminya itu, sedangkan sebelum itu mereka sudah hampir seminggu tidak bercakap kerana bergaduh, apatah lagi sebelum itu dia dimarah dan dipukul suami.
“Malah, suami saya itu juga tergamak meminta saya melayani nafsu seksnya antara tempoh 30 Disember 2007 hingga 4 April 2008 lalu, sedangkan ketika itu kami sudah tidak bertegur kerana ‘perang besar.’
“Paling teruk, selepas selesai persetubuhan, suaminya itu terus mengarahkan supaya keluar dari bilik untuk tidur bersama anak,” katanya.
Sementara itu, Siti Rosmala berkata, demi memenuhi nafsu batinnya itu, suaminya tergamak mengheretnya dari ruang tamu ke bilik, walaupun ketika itu mereka tidak lagi bertegur sapa.
Paling menyeksakan katanya, suaminya juga mahukan seks sedangkan menyedari ketika itu dia terlalu sakit kerana dinaiki bisul pada punggung.
Hakim kemudian menetapkan 27 Mei nanti untuk sambung bicara. - seterusnya