BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Marhamah Angkat Sumpah Senator Di Dewan Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
cedd0a79bb9f24e2abeb16956bad1f8069413e3321f7f

e52cdfb7a1777f70ae88a72e9b5ee75769413e4ea2c1a

3a08cf1442fb7e80e2a6d0c97881c24d69413e5e38a79

Marhamah Rosli

Penceramah agama Marhamah Rosli, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu, mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah petang ini.

Awang Bemee dalam ucapan alu-aluan berkata lantikan baharu itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 15 Dis 2028 selaras Perkara 45(3) dan 45(3A).

“Bagi pihak Dewan Negara diucapkan setinggi tahniah kepada Senator atas pelantikan ini, selamat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dan selamat berkhidmat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan perubahan dalam barisan Kabinet Kerajaan MADANI yang antara lain menyaksikan pertukaran portfolio beberapa menteri dan timbalan menteri selain pelantikan beberapa muka baharu sebagai timbalan menteri.

 
Di Dakwa Terlibat Penipuan & Gerakan New Age, Bapa Saudara Pertahan Marhamah
17.12.2025 - Bekas pemimpin PKR dan penceramah, Badrulamin Bahron mempertahankan anak saudaranya, Marhamah Rosli, susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baru. Ia berikutan kritikan terhadap Marhamah dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana membawa aktivis itu menyertai pentadbiran, dengan pelbagai dakwaan mengenai latar belakangnya dibangkitkan di media sosial. Dalam hantaran di Facebook, Badrulamin menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh orang ramai, khususnya peranan Marhamah dalam kempen “Justice for Zara ” serta kutipan derma untuk keluarganya.Marhamah turut dituduh terlibat dalam penipuan pelaburan emas dan gerakan ‘New Age’. Menurut Badrulamin, Marhamah dan NGO yang terlibat dalam kutipan derma bagi keluarga remaja perempuan berusia 13 tahun itu telah mendapat permit daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah, selain pihak polis turut dimaklumkan berkenaannya.

“Audit dalaman juga telah dibuat dan dilaporkan kepada pihak polis. Dana digunakan untuk membantu keluarga dan saksi hadiri persiapan dan mesyuarat berkaitan inkues dan prosiding mahkamah. Tiada nama Marhamah dalam akaun tersebut, sebaliknya nama para peguam, ibu zara dan wakil NGO,” kata Badrulamin.


‘Marhamah Juga Mangsa’

Berhubung dakwaan yang timbalan menteri baru itu terlibat dalam penipuan pelaburan emas — yang dikatakan menyebabkan kerugian berjumlah RM14 juta — Badrulamin mendakwa Marhamah turut menjadi mangsa dalam kes berkenaan. Dia berkata anak saudaranya bukan ejen skim tersebut dan telah memberikan kerjasama penuh kepada siasatan polis. Dia turut menyangkal dakwaan bahawa Marhamah mengamalkan ajaran ‘New Age’, yang diingatkan sejumlah tokoh agama sebagai bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Katanya, kaitan antara Marhamah dengan gerakan tersebut hanyalah soal persepsi dan “tidak ada bukti daripada mana-mana pihak, apatah lagi pengakuan daripada Marhamah sendiri bahawa dia penganut ajaran ‘New Age’.” Badrulamin menjelaskan isu itu timbul kerana penglibatan Marhamah dalam program dan dialog yang bersifat “kerohanian universal”.

“Penggunaan bahasa atau simbol yang ditafsir sebagai selari dengan konsep ‘New Age’ - pendekatan interfaith/liberal spirituality yang tidak jelas batas akidah. Kesimpulan - Islam mendidik kita agar mengamalkan konsep keseimbangan, namun Islam juga menekankan aspek hikmah dan tabayyun – semak fakta, elak fitnah - tegas dalam akidah, lunak dalam muamalah - menilai idea dan pendekatan, bukan menghukum niat tanpa bukti,” katanya lagi.

Malaysiakini telah menghubungi Marhamah untuk mendapatkan responsnya.

Semalam, Anwar mengumumkan rombakan kabinet besar-besaran yang menyaksikan dua menteri digugurkan manakala beberapa yang lain ditukar portfolio. Pengumuman itu turut menyaksikan beberapa muka baru dilantik, termasuk Marhamah, seorang ustazah dari Sabah yang memiliki ijazah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
1765954876887.png
 
Asyraf Wajdi Bangkitkan Sentimen Tentang Marhamah, Adam Adli

17.12.2025 - Umno membangkitkan sentimen seputar pelantikan Marhamah Rosli sebagai timbalan menteri agama dan Adam Adli Abd Halim sebagai timbalan menteri pengajian tinggi. Setiausaha agungnya Asyraf Wajdi Dusuki berkata Marhamah adalah personaliti yang penuh kontroversi, antaranya dalam isu kematian Zara Qairina Mahathir serta dakwaan ‘scam’ (penipuan) emas melibatkan nilai RM14 juta. Adam pula, katanya, lantang menuntut pemansuhan tabung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semasa era BN dahulu.

“Ini hanyalah sebahagian daripada sentimen yang kuat berlegar di ruangan media sosial sejak pengumuman semalam. Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Marhamah dan Adam berkaitan perkara ini.

‘Dia juga mangsa, bukan ejen’

Sementara itu, bekas pemimpin PKR dan penceramah Badrulamin Bahron, tampil mempertahankan Marhamah yang juga anak saudaranya. Badrulamin berkata Marhamah dan NGO yang terlibat mengutip sumbangan untuk keluarga Zara Qairina mendapat permit daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah. Katanya, polis juga diberitahu dan kutipan itu diaudit. Berkenaan tuduhan penipuan emas, Badrulamin berkata Marhamah bukan ejen tetapi juga mangsa dalam kes itu. Dalam kenyataan sama di media sosial, Asyraf turut membangkitkan isu pelantikan menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, yang kedua-duanya berbangsa Cina.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/763609
 
Back
Top
Log in Register