BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Ahli Dewan Negara Angkat Sumpah Senator Hari Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80
e6da0b3144ebf9802c178b3f41f2511268abf3e88038e

2d171dcbcd15fe81ebc6752cfd7d632368abf3d4a4ec0

94f329de267c45e0dbd64d7b1dcb110868abf3c30ae94

Tokoh aktivis belia merangkap Ketua Cabang PKR Rembau Dr Jufitri Joha mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah di Bangunan Parlimen hari ini.

Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Mereka ialah tokoh aktivis belia yang juga Ketua Cabang PKR Rembau Dr Jufitri Joha, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Datuk Wu Him Ven dan veteran DAP Datuk Leong Ngah Ngah.

Jufitri dan Wu adalah lantikan baharu oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan masing-masing bagi tempoh tiga tahun bermula hari ini manakala Leong adalah lantikan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh bermula hari ini hingga 24 Ogos 2028.

Awang Bemee dalam ucapannya mengucapkan tahniah atas pelantikan ketiga-tiga Ahli Dewan Negara itu dan mengingatkan agar institusi senat Dewan Negara dimartabatkan sebagai badan legislatif tertinggi negara dan melontarkan idea, pandangan serta cadangan yang benar-benar bebas daripada pengaruh peribadi dan politik dalam memutuskan sesuatu rang undang-undang atau usul.

“Pelantikan ini berlandaskan Perkara 45(1)(a) yang memperuntukkan setiap negeri memilih dua ahli untuk menganggotai Dewan Negara supaya mereka ada suara di badan legislatif tertinggi di Malaysia yang berperanan menyemak serta mengimbang pihak eksekutif dan Dewan Rakyat berasaskan prinsip pengasingan kuasa.

“Selamat menggalas amanah dan menjalankan tugas kepada kesemua ahli Yang Berhormat Senator baharu ini," katanya.

Sementara itu, Jufitri dalam sidang media berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk menyuarakan pelbagai isu bagi memastikan kesejahteraan rakyat manakala Wu berharap dapat menyuburkan semangat demokrasi melalui hujah yang jitu terhadap polisi dan dasar dalam persidangan.

Leong pula berharap dapat menggunakan pengalamannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Pahang selama 28 tahun bagi menyuarakan pelbagai isu bagi memastikan isu rakyat akan dapat terus diangkat.

 
Back
Top
Log in Register