BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai manusia dua serupa

x penah jumpe tapi bapak aku penah jumpe kembar aku kat mekah time bapak aku buat umrah... bapak aku kata time tu dia terdengar org mengaji.. bapa aku kata suara mcm penah dengar mcm suara seiras aku.. lepas tu bapak aku cari la sape yg mengaji tu.. sekali bapak aku kata muke budak tu serupa mcm muka aku.. hahahha

beza nya kat sini.. budak tu rajin mengaji.. yg aku plak... kelaut ................... haha
 
Salam..

Cerita ni dah lama aku simpan. Takda siapa yang tahu rahsia ni. Tapi hari ni aku gatal nak cerita mana tahu korang

pernah jugak lalui keadaan macam ni. Kisah ni berlaku enam tahun lepas sekitar tahun 2007. Aku ni cukup tak percaya

pelanduk dua serupa ni yang konon2nye ada 7 orang muka serupa dengan kita kat planet bumi ni. Bunyinya sangat kelakar

bagi aku. Kenapa mesti tujuh? 13 tak leh ke? kalau aku jumpa lebih tujuh camna? Persoalan ni wujud sebab aku anggap

pelanduk dua serupa ni benda yang tak logik kecuali kalau manusia tu dilahir sebagai kembar. Biasalah time2 remaja ni

otak letak kat lutut.


Aku ingat lagi hari itu hari isnin. Perut aku lapar bukan main lagi, aku plan nak pegi cari apa-apa yang boleh sumbat

dalam perut ni. Aku teringat hari isnin ade satu pasar malam dalam jarak 4km dari rumah aku. Pasar malam ni aku suka

pergi sebab besar dan panjang pastu ade sorang awek yang minat aku meniaga kat sana dia tolong mak ayah dia. Cun awek

ni, silap aku je tak layan dia dulu. Takpelah beli2 sambil cuci mata.


Aku ni kalau nak keluar mana-mana aku pastikan dah betul2 kacak baru aku capai kunci motor dan helmet arc aku. Walaupun

nak pergi kedai runcit sekalipun, kalau tak menepati standard piawaian memang aku tak pergi. Sesampainya aku di pasar

malam, aku pastikan motor aku berkunci dan helmet aku tak tinggal kat motor. Bukan apa, sini banyak betul mat ponek.

Semua benda dia nak rembat. Berbekalkan lima ringgit dalam dompet aku rasa cukuplah untuk beli kopok lekor, apam balik

ngan air asam masin.


Kanopi pertama yang aku usha tak lain tak bukan tempat awek cun tu meniaga. Tapak dia meniaga ni yang paling depan. Awek

ni jual sayur, saje aku tanya2 harga sayur kat situ. "Timun ni camna kira ye?Lobak?Terong?" pikir2 balik bukan main

nakal lagi aku tanya camtu macam takda sayur lain lagi boleh tanya. Tapi dia ni wat muka sombong lak macam tak pernah

tengok aku. Mungkin dia marah lagi dengan aku kot. Ahh lantak ko lah aku datang sini nak menketedarah. Entah macamna

sebelum aku blah aku beli 4-5 biji limau kasturi dari kedai dia. Nanti kalau tak beli apa2 dia ingat aku datang semata2

nak ngorat dia pulak. Aku pun blur ape aku nak wat ngan limau kasturi ni. Duit aku elok2 dari lima ringgit turun ke

rm3.50. Cisss!


Aku pun menapaklah mencari gerai menjual kopok lekor. Selang beberape gerai dari tapak awek cun tadi ade jual kopok

lekor. "Kak, kopok lekor kecik 2 ringgit." Aku usha dalam plastik bukan main sikit lagi kopok lekor boleh dibeli dengan

RM2. Aku pun membebel lah ngan kak ni. Alasan yang sama je aku dengar barang dah makin mahal. Tapi takpe janji sedap

sambil jalan satu persatu aku suap ke mulut. Mata aku duk melilau tengok orang kiri kanan. Cuci matalah katakan. Sambil

berjalan sesekali aku betulkan rambut menggunakan jari jemariku walaupun rambut dah setting kacak punya. AKu syak awek2

ni mesti kata aku poyo. Peduli apa aku korang lagi poyo sana sini terbukak, pakai baju adik pulak tu. Pergilah

meninggal. Kalau ada awek yang jenis berlitup lalu lalang sini pasti aku akan tundukkan pandangan. hahaha


Kopok lekor pun tinggal suku je lagi, tekak aku nak air. Dalam poket tinggal singgit lima posen cukuplah nak beli air

asam masin. Langkah aku terhenti seketika bila aku ternampak sorang mamat ni. Aku usha mamat ni dari jauh. Aku usha dari

sudut depan dan tepi. Aku mula garu kepala. Aku pernah tengok muka mamat ni, hari2 pulak tu. Eh takkanlah..takkan dia ni kembar aku.

Tak mungkin mak aku sorok cerita kalau memang betul aku ada kembar. Aku terkejut beberapa minit. Perlahan-lahan aku undur langkah kebelakang.

Ini tak boleh jadi, aku kena blah dari sini. Macam2 aku pikir time tu, aku tak nak mamat ni nampak aku pulak.

Aku takdalah pandai sangat math, tapi aku agak muka dia dalam 98% sama macam aku.


Segala ketidakpercayaan aku selama ini terhadap pelanduk dua serupa terus berubah. Dah kena batang hidung baru taw camna.

Aku start motor terus berambus dari pasar malam tu. Membebel aku atas motor. Macamna boleh ade muka sama macam aku. Sebijik pulak tuh.

Berpeluh aku memikirkannya. Kopok lekor yang sedap tadi terus takda mood aku nak sentuh. Air pun aku tak beli. Ape agaknya mamat ni akan pikir kalau dia tengok aku?

Aku blah bukan sebab apa, kalau boleh aku taknak lah ada dua orang yang kacak kat pasar malam tuh dalam satu masa. Kiranya aku blah ni sebab nak bagi peluang kat dia lah.

Jangan dia pergi kedai awek cun tu sudah lah. Arghhhhhh stress aku dibuatnya. Aku memecut 150km sejam honda ex5 ke rumah.

Sampai ke rumah terus aku masuk bilik tutup lampu, tarik selimut. Esoknya aku mulakan hidup baru.


Cakap banyak pun tak guna, korang ade jumpa ke muka sama macam korang? cerita kat atas ni memang real. tapi aku ade lah tambah nasi sikit. kasi korang kenyang.

Aku pun penah jumpe muke same mcm aku dlm fb tapi sorg aje la xde la sampai 7 org.
Mmg ade pun muke same tapi xde la 100% kot,kembar pun x sama% ,itu maknanye muke kita ni cukup sempurna mcm org lain jgk hehehe.
 
yang sebenarnya dragon ball ada 7 biji....
 
aku x pernah jumpe lagi, tp ramai yg tegur, eh muke ko mcm member akulah, eh muke ko mcm sepupu akulah, eh muke ko mcm brat pit la(yg nie tokok tambah je)
 
Mukadimah die,wala punye panjang..nasib baik ayat sempoi..sesuai dibace sambil mnm teh panas,layan plak cite kanak2 di tv..
 
Aku penah jumpa dua pelanduk yg muka hampir-hampir sama sampai aku tak boleh nak bezakan langsung masa aku pegi zoo tahun lepas
 
Rugi tt x amik gambar sama.
Kenangan beb,
 
Back
Top
Log in Register