Mantan peguam dan pengasas Beam Artistes, Samuel Seow meninggal dunia pada usia 53 tahun
Gambar fail Samuel Seow.
SINGAPURA: Mantan peguam Samuel Seow, 53, meninggal dunia pada Sabtu (25 Jul).
Penerbit filem tempatan, Kelvin Sng, mengesahkan berita itu dalam catatan Facebook pada Ahad (26 Jul).
IKLAN
"Terima berita paling mengejutkan malam tadi bahawa bapa angkat saya, Samuel Seow, sudah meninggal dunia," tulisnya.
"Beliau menjadi ibu bapa angkat saya pada tahun 2010 ketika saya diangkat sebagai seorang pengikut Katolik. Walaupun apa pun yang berlaku selama ini, saya memilih untuk mengingati saat-saat indah dan kebaikannya," tambahnya.
Menukil kenyataan daripada seorang rakan keluarga, The Straits Times melaporkan bahawa mendiang Seow meninggal dunia akibat serangan jantung.
"Dengan penuh kesedihan kami berkongsi pemergian mendiang Samuel, yang meninggal dunia dengan tenang dalam tidurnya malam tadi," menurut kenyataan itu.
Mendiang Seow mengasaskan firma pengurusan artis Beam Artistes pada tahun 2010, yang menganjurkan pertandingan Manhunt. Pertandingan terbaru syarikat itu, Masters of the World, dijadualkan bermula pada bulan September.
IKLAN
Mediacorp sudah menghubungi Beam Artistes untuk maklumat lanjut.
Mendiang Seow dikeluarkan dari senarai peguam pada Mei 2022 kerana mendera pekerjanya secara fizikal dan lisan pada tahun 2018. Mendiang kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara empat minggu dan didenda atas kejadian itu.
Mantan peguam dan pengasas Beam Artistes, Samuel Seow meninggal dunia pada usia 53 tahun
SINGAPURA: Mantan peguam Samuel Seow, 53, meninggal dunia pada Sabtu (25 Jul). Penerbit filem tempatan, Kelvin Sng, mengesahkan berita itu dalam catatan Facebook pada Ahad (26 Jul). "Terima berita paling mengejutkan malam tadi bahawa bapa angkat saya, Samuel Seow, sudah meninggal dunia," t