BTC USD 83,589.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa ejen kad perubatan

menarik info nie...aku nk cari la kad perubtan yg bagus..leh cover penyakit n kemalangan
 
Pengguna skrang dah bijak..tak perlu menipu utk mengejar komisen..tak berkat nanti..
Kalau stay lama dlm insuran..buat cara halal
Prudential akan kasi rebate max rm500 kalau tak claim dlm 12 bln..
 
xde ke insurans yang tawarkan kad perubatan bersama dengan simpanan?prudential ada kan?maaf kalau salah info

yup...aku pon amek ngan prudential...
bulan ni xbayau ag ni:))
 
Salam...
Pasal tu kena carik agent macam kita org... Hehehe.. Yg betui2 fulltimer and understanding product knowledge...
 
RAMAI ejen syarikat insurans dan takaful kini berlumba-lumba mempromosikan kehebatan kad perubatan mereka, kononnya ia adalah yang terbaik dan terpantas dalam pasaran.

Antara ayat-ayat yang boleh mencairkan pengguna ialah kad mereka mudah untuk membuat tuntutan dan senang digunakan apabila kita ke hospital swasta.

Salah satu cara digunakan oleh ejen untuk menjadikan kad perubatan mereka mudah dipasarkan adalah kononnya akan ada pulangan apabila tempoh matang.

Sepanjang pengetahuan penulis belum ada lagi kad perubatan di Malaysia yang berbentuk ‘simpanan’ kecuali ia adalah manipulasi ejen untuk melariskan sesuatu kad perubatan yang mereka jual.

Oleh itu, penulis berharap semua pengguna tidak terlalu percaya kepada kata-kata ejen yang kadangkala meletakkan kepentingan komisen jualan di hadapan mereka tanpa rasa tanggungjawab menyampaikan maklumat yang telus dan jujur.

Jika kita masih berjimat untuk keperluan keluarga, adalah lebih baik kita membeli kad perubatan keluarga daripada mengambil kad perubatan individu yang terlalu mahal harganya.

Perlu diketahui, ramai pengguna kad perubatan akhirnya terpaksa dirujuk ke hospital kerajaan disebabkan kekurangan kepakaran dan kemudahan di hospital swasta.

LUKMAN MOIDIN

Kaunselor SMK Kuala Nerang, Kedah

sumber Utusan Malaysia

akhirnya ada thread kawan kita :)):))
 
tapi tak silap aku. untuk takaful keluarga hanya cover kemalangan bukannya penyakit. tolong betulkan kalau aku salah.

sebab ada ejen takaful call aku kata hanya cover kemalngan.

takaful keluarga ada juga cover 1 keluarga bro..AIA takaful ada pakej cover penyakit(hospital medical card) untuk 1 keluarga.
 
Jika kita masih berjimat untuk keperluan keluarga, adalah lebih baik kita membeli kad perubatan keluarga daripada mengambil kad perubatan individu yang terlalu mahal harganya.

[/URL]

Ini saya sokong 100%!

pilihlah AIA Takaful Family medical card untuk penjimatan satu keluarga..:)cgrock
 
RAMAI ejen syarikat insurans dan takaful kini berlumba-lumba mempromosikan kehebatan kad perubatan mereka, kononnya ia adalah yang terbaik dan terpantas dalam pasaran.

Antara ayat-ayat yang boleh mencairkan pengguna ialah kad mereka mudah untuk membuat tuntutan dan senang digunakan apabila kita ke hospital swasta.

Salah satu cara digunakan oleh ejen untuk menjadikan kad perubatan mereka mudah dipasarkan adalah kononnya akan ada pulangan apabila tempoh matang.

Sepanjang pengetahuan penulis belum ada lagi kad perubatan di Malaysia yang berbentuk ‘simpanan’ kecuali ia adalah manipulasi ejen untuk melariskan sesuatu kad perubatan yang mereka jual.

Oleh itu, penulis berharap semua pengguna tidak terlalu percaya kepada kata-kata ejen yang kadangkala meletakkan kepentingan komisen jualan di hadapan mereka tanpa rasa tanggungjawab menyampaikan maklumat yang telus dan jujur.

Jika kita masih berjimat untuk keperluan keluarga, adalah lebih baik kita membeli kad perubatan keluarga daripada mengambil kad perubatan individu yang terlalu mahal harganya.

Perlu diketahui, ramai pengguna kad perubatan akhirnya terpaksa dirujuk ke hospital kerajaan disebabkan kekurangan kepakaran dan kemudahan di hospital swasta.

LUKMAN MOIDIN

Kaunselor SMK Kuala Nerang, Kedah

sumber Utusan Malaysia


x da rasanya kad perubatan yg ada saving.betulkan sy kalau sy t'silap.jgn salah faham mengenai ins/takaful.x boleh jadi kaya kalau simpan duit dlm ins/takaful.diversify ur portfolio.taruk duit ins/takaful skit,unit trust skit,asb skit and main property skit.that is the best way to manage duit.skrg ni boleh dikatakan smua ins/takaful company m'promosilan product investment link/takafullink.boleh attach kad perubatan dlm policy t'sebut.after deduction all charges and t'msk charges kad perubatan(xde benda free dlm dunia ni) yg balance2 tu barulah nilai saving yg kita ada.long term insyallh boleh la ada saving jgk tp jgn menaruh harapan yg tinggi duit yg kita taruk dlm ins/takaful boleh b'lipat2 ganda byknya nanti kita sendiri yg frust.and 1 lagi kalau waktu kita sign up policy everythng kita declare properly insyallah waktu claim xde mslh.Aku sendiri baru ja reject sorg prospect sbb dah ada existing penyakit.Agent also hv a kuasa to reject customer.Hanya agent yg desperate ja duk kejar sales and komisyen ni abes lupa psl ethics as Insurance/Takaful consultant.:-)
 
Back
Top
Log in Register