BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanted KAD KIFAYAHCARE CUEPACS MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN PENGHOSPITALAN DAN PEMBEDAHAN DI HOSPITAL SWASTA

PARSI COMEL UTARA

Fun Poster
Messages
843
Joined
Feb 24, 2009
Messages
843
Reaction score
1
Points
25
Assalamualaikum wbt

Salam Hormat kepada seluruh warga CG dari PARSI COMEL UTARA :)cgrock

Bersama ini saya lampirkan borang maklumbalas permohonan taklimat KAD KIFAYAHCARE - PERLINDUNGAN PENGHOSPITALAN DAN PEMBEDAHAN HOSPITAL SWASTA

Taklimat ini boleh anda pohon dan team kami akan ke tempat anda seluruh Malaysia untuk menjayakan taklimat dan melakukan pendaftaran keahlian

Terima kasih, sekiranya berminat mendaftar terus secara individu juga di alu-alukan

Secara ringkas keterangan produk adalah seperti berikut

PENJAWAT AWAM SAHAJA (POLISI INDUK ATAS NAMA CUEPACS) :(paid

Pelan Individu​

Pelan Individu memberi perlindungan kepada ahli sahaja sebanyak RM40,000 setiap tahun. Kadar caruman bulanan adalah seperti berikut
18 – 50 tahun – RM30.00
51 – 60 tahun – RM50.00
61 – 65 tahun – RM100.00
66 – 70 tahun – RM170.00

Pelan Keluarga​

Pelan Keluarga memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak sebanyak RM80,000 setiap tahun.
18 – 50 tahun – RM102.00
51 – 60 tahun – RM141.00
61 – 65 tahun – RM191.00
66 – 70 tahun – RM301.00

JADUAL LENGKAP SKOP PERLINDUNGAN​

Manfaat-manfaatPelan Individu & Keluarga
1. Perbelanjaan Hospital
Bilik dan Penginapan - maksimum 150 hariRM150
Unit rawatan rapi (ICU) - maksimum 60 hariRM300
Bekalan dan perkhidmatan hospitalKos sebenar yang dikenakan
Bayaran AmbulansRM250
2. Perkhidmatan Pembedahan
Ujian Diagnostik Pra Pembedahan(dalam tempoh 30 hari sebelum penginapan hospital)Kos sebenar yang dikenakan
Bayaran Pembedahan (rawatan sebelum penginapan hospital sehingga 30 hari dan rawatan selepas pembedahan sehingga 30 hari dari tarikh keluar daripada hospital)
Bayaran Pakar Bius
Bayaran Bilik Bedah
3. Perbelanjaan Bukan Pembedahan
Ujian Diagnostik Pra Hospital (dalam tempoh 30 hari sebelum penginapan hospital)Kos sebenar yang dikenakan
Rundingan Pakar Pra Hospital (dalam tempoh 30 hari sebelum penginapan hospital)
Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital(maksimum sehingga 150 hari)(maksimum 2 lawatan sehari)
Rawatan Selepas Penghospitalan (dalam tempoh 30 hari dari tarikh keluar dari hospital)
4. Manfaat Lain
Rawatan Pesakit Luar bagi Kemalangan (dalam tempoh 24 jam dan rawatan susulan sehingga 30 hari)RM1,000
Bayaran Laporan PerubatanRM60
Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan(maksimum 150 hari)RM50
Pemindahan organ (penerima organ sahaja)(buah pinggang, jantung, paru-paru, hati, sumsum tulang)RM20,000(sekali seumur hidup)
Rawatan Kanser Pesakit Luar setiap bulanRM2,000
Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar setiap bulanRM2,000
Cukai Kerajaan (SST)peratusan semasa daripada perbelanjaan yang layak dibayar
Had Maksimum setiap Kemasukan ke Hospital dan setiap mana-mana satu hilang upayaRM20,000

  1. Bilik Dan Penginapan Hospital
  2. 2
    Unit Rawatan Rapi
  3. 3
    Bayaran Pembedahan
  4. 4
    Rundingan Pakar Pra Hospital
  5. 5
    Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital
  6. 6
    Rawatan Selepas Penghospitalan
  7. 7
    Bayaran Ambulans
  8. 8
    Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan
  9. 9
    Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan
  10. 10
    Bayaran Laporan Perubatan
  11. 11
    Cukai Ke Atas Perbelanjaan Yang Layak
  12. 12
    Pemindahan Organ
  13. 13
    Rawatan Kanser Pesakit Luar
  14. 14
    Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
  15. 15
    Had Maksimum Setiap Kemasukan Ke Hospital Dan Setiap Mana-Mana Satu Hilang Upaya
Sijil Takaful ini tidak melindungi sebarang Penghospitalan, Pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, oleh mana-mana satu (1) kejadian berikut:

  1. Penyakit sedia ada.
  2. Penyakit tertentu yang telah dihidapi dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan.
  3. Tempoh menunggu selama tiga puluh (30) hari bagi semua kecuali kecederaan kemalangan.
  4. Pembedahan pilihan kosmetik atau plastiktermasuk tetapi tidak terhad kepada dua kelopak mata, jerawat, keloid, parut,tag kulit, alopecia/keguguran rambut yang tersebar atau rawatan komplikasi mereka, kecuali pembedahan pembentukan semula yang diperlukan untuk memulihkan fungsi selepas kemalangan yang berlaku dalam tempoh perlindungan takaful.
  5. Pemeriksaan mata, cermin mata, kanta sentuh dan semua jenis kanta dan prosedur pembedahan untuk pembetulan ralat refraktif mata dan penggunaan atau pemerolehan peralatan prostetik atau alat pembetulan luaran seperti anggota tiruan, alat bantu pendengaran, perentak yang diimplankan, aerochambers dan peralatan semburan (nebulizing), pad ortopedik, dan preskripsinya.
  6. Penyakit gigi termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali yang diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku dalam tempoh perlindungan takaful.
  7. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dan semua jenis rawatan yang diterima terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-x, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tetapi tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.
  8. Apa-apa rawatan atau penilaian untuk penyakit kongenital, keturunan atau tumbesaran, kecacatan, dan hilang upaya atau komplikasi yang berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada sista dermoid, haemangioma, hidrosele.
  9. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan pranatal atau selepas bersalin, serta apa-apa pembedahan kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, menukar jantina, disfungsi seksual termasuk impotensi, ujian atau rawatan berkaitan pensterilan dan khatan yang dilakukan atas sebarang sebab.
  10. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau sengaja mencederakan diri sendiri ketika siuman atau tidak siuman.
  11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau penderhakaan tentera.
  12. Pengecualian Sekatan – Kami tidak akan memberikan perlindungan atau akan membuat apa-apa bayaran atau memberikan apa-apa perkhidmatan atau manfaat kepada anda atau tanggungan anda atau pihak lain sekiranya perlindungan, pembayaran, perkhidmatan, manfaat itu akan melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan sekatan perdagangan atau ekonomi yang berkenaan.
  13. Rawatan untuk sebarang keadaan perubatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung dari pencemaran radioaktif atau apa-apa bahan nuklear, termasuk pembakaran bahan api nuklear.
  14. Perbelanjaan yang anda tanggung untuk mendermabmana-mana organ tubuh dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.
  15. Penyiasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, imbasan PET, terapi sel stem, hiperhidrosis, terapi oksigen hiperbarik, gangguan psikiatri, psikotik, gangguan mental atau saraf, termasuk neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik, gangguan psikiatri seperti neuropsikosis, skizofrenia dan lain-lain.
  16. Terapi penggantian hormon dan terapi alternatifb seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma.
  17. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak diperlukan atau yang dibayar oleh mana-mana pengendali takaful lain atau indemniti yang melindungi anda termasuk hilang upaya akibat daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Workmen’s Compensation Takaful Contract.
  18. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan, barang bukan perubatan lain yang tidak layak dan barang-barang yang tidak berkaitan secara langsung dengan rawatan perubatan hilang upaya.
  19. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional, mendaki gunung dengan menggunakan tali atau panduan gunung.
  20. Sakit atau kecederaan akibat daripada aktiviti yang tidak dibenarkan.
  21. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual yang mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.
  22. Dadah terlarang, mabuk, penyakit veneral dan sekuelenya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan Aids) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.
  23. Apa-apa rawatan yang berkaitan dengan tumbesaran yang lambat atau/dan ketidakupayaan pembelajaran.


PENERANGAN
Penyakit Khusus Yang Tidak Dilindungi Dalam 120 Hari Pertama


Penyakit-penyakit di bawah dan komplikasi yang berkaitan dengannya adalah dikecualikan daripada perlindungan jika ia berlaku kepada anda dalam masa 120 hari yang pertama:

  1. Hipertensi, diabetes mellitus dan penyakit kardiovaskular
  2. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
  3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosel, varikosele
  5. Endometriosis termasuk penyakit sistem Pembiakan
  6. Gangguan spinal vertebra (termasuk diska) dan penyakit lutut
Penyakit Yang Sedia Ada

Penyakit sedia ada terhad kepada hilang upaya yang tersedia ada sebelum tarikh perlindungan berkuatkuasa dan yang sewajarnya diketahui oleh anda. Anda boleh dianggap mempunyai pengetahuan sewajarnya terhadap penyakit sedia ada di mana anda telah mengalami salah satu keadaan yang berikut:

  1. Peserta sudah menerima atau sedang menjalani rawatan
  2. Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan sudah disyorkan
  3. Simptom-simptom pernah atau masih ketara atau
  4. Kehadiran penyakit sememangnya ketara kepada seseorang di dalam keadaan tertentu
Mana-Mana Satu Hilang Upaya

Keseluruhan tempoh hilang upaya yang terhasil daripada sebab yang sama termasuk sebarang dan semua komplikasinya kecuali jika anda telah pulih sepenuhnya dan bebas daripada rawatan lanjut (termasuk dadah, ubat, diet khas atau suntikan atau nasihat tentang keadaannya) bagi hilang upaya itu selama sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari selepas tarikh terakhir keluar hospital dan hilang upaya yang berikutnya daripada sebab yang sama hendaklah dianggap sebagai hilang upaya yang baru.
 

Attachments

  • 121.3 KB Views: 11
Sponsored Post

Dalam kesibukkan kita bekerja..JANGAN SESEKALI LUPA...

Pakej pakej perlindungan takaful adalah salah satu bentuk mesin wang kita

Cuma bezanya mesin wang takaful ini kita dapat gunapakai sewaktu kita dalam kecemasan dan juga sewaktu tidak terjangka

Sebagai contoh tiba tiba disahkan sakit kritikal, tiba tiba tercedera perlukan rawatan segera dan pantas di hospital swasta kerana hospital kerajaan sangat sesak, tiba-tiba kemalangan sehingga menyebabkan lumpuh atau cacat kekal, atau paling tidak tiba tiba mati dalam keadaan hutang segunung everest

Di saat inilah mesin wang takaful akan memainkan peranannya boleh kita gunakan

Kepada kalian yang prihatin isu kewangan ayuh sama sama kita jadi agent dakwah cerdik kewangan, sama sama kita hebahkan kebaikan perlindungan takaful

Semoga ada kebaikan buat semua

See you all..lap youuu....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register