BTC USD 81,761.0 Gold USD 4,138.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa ejen kad perubatan

abuyah

Active+ Member
Messages
2,697
Joined
Dec 28, 2009
Messages
2,697
Reaction score
202
Points
33
RAMAI ejen syarikat insurans dan takaful kini berlumba-lumba mempromosikan kehebatan kad perubatan mereka, kononnya ia adalah yang terbaik dan terpantas dalam pasaran.

Antara ayat-ayat yang boleh mencairkan pengguna ialah kad mereka mudah untuk membuat tuntutan dan senang digunakan apabila kita ke hospital swasta.

Salah satu cara digunakan oleh ejen untuk menjadikan kad perubatan mereka mudah dipasarkan adalah kononnya akan ada pulangan apabila tempoh matang.

Sepanjang pengetahuan penulis belum ada lagi kad perubatan di Malaysia yang berbentuk ‘simpanan’ kecuali ia adalah manipulasi ejen untuk melariskan sesuatu kad perubatan yang mereka jual.

Oleh itu, penulis berharap semua pengguna tidak terlalu percaya kepada kata-kata ejen yang kadangkala meletakkan kepentingan komisen jualan di hadapan mereka tanpa rasa tanggungjawab menyampaikan maklumat yang telus dan jujur.

Jika kita masih berjimat untuk keperluan keluarga, adalah lebih baik kita membeli kad perubatan keluarga daripada mengambil kad perubatan individu yang terlalu mahal harganya.

Perlu diketahui, ramai pengguna kad perubatan akhirnya terpaksa dirujuk ke hospital kerajaan disebabkan kekurangan kepakaran dan kemudahan di hospital swasta.

LUKMAN MOIDIN

Kaunselor SMK Kuala Nerang, Kedah

sumber Utusan Malaysia
 
Mereka ini adalah sebilangan golongan yang desperate untuk dapatkan sales...
 
perkongsian berguna...
 
saya stuju... saya pun jual insurans juga. tp byk saya jumpa ejen yg x beretika. contohnya bila klien dah ada insurans esp yg dah bayar bertahun2 disuruhnya klien itu utk surrender policy n kemudian membeli policy yg baru dgn mereka. ini merugikan klien. saya anti kpd ejen insurans yg berperangai seperti ini, sanggup menggadaikan kepentingan org lain demi mengejar sales dan keuntungan sendiri...
 
Cayalah bro, ejen yang berintegriti
 
xde ke insurans yang tawarkan kad perubatan bersama dengan simpanan?prudential ada kan?maaf kalau salah info
 
Dulu pun ada pengalaman dalam insuran dan juga takaful..

Janganlah kita terlalu mengejar sales..

Nama yang baik perlu juga dijaga.. :)cgrock
 
xde ke insurans yang tawarkan kad perubatan bersama dengan simpanan?prudential ada kan?maaf kalau salah info

ada, insurans skrg ni byk yg menawarkan perlindungan perubatan bersama pelaburan atau nama saintifiknya investment-link product. sy agen pru dan public mutual. alhmdulillah medikal card pru antara yg terbaik. sbab tu u kena tau tujuan apa u amik insurans. klo utk mengumpul kekayaan, insurans bukan tempat yg terbaik. u can try unit trust or property utk pelaburan jangka masa sederhana-panjang. call me for free consultation :)
 
Back
Top
Log in Register