BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mana Satu Betul Daaaa..!!

mydotnet

Active Member
Messages
1,155
Joined
Jul 5, 2006
Messages
1,155
Reaction score
6
Points
25
Dari Kosmo :

KOTA BHARU - Siti Nur Diyanah Azman yang terkorban terkena serpihan runtuhan di KB Mall kelmarin ketika kejadian sempat menjerit meminta tolong ketika suasana di sekeliling kelam-kabut.
Jeritan Diyanah dari Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat dekat sini didengari rakannya yang ketika itu sedang bercakap melalui telefon dengan mangsa sebelum talian tiba-tiba terputus.
Demikian cerita Masnah Hanafi, 45, ibu kepada arwah Diyanah, 23, seorang daripada dua mangsa yang maut dalam tragedi kereta 'terjunam' di pusat beli-belah itu kelmarin.
Ekoran itu, katanya, kawan Diyanah dari Kuala Lumpur itu terus menghubunginya di rumah dan memaklumkan apa yang dia dengar.
"Rakan Diyanah bernama Rozima hubungi saya pada pukul 5.10 petang dan memberitahu Diyanah tiba-tiba menjerit meminta tolong.
"Rozima mengesyaki Diyanah kena culik," katanya ketika ditemui Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) di sini semalam.
Masnah kemudian meminta suami dan anak lelakinya supaya mencari Diyanah.
Bagaimanapun, semasa suaminya, Azman Abdullah, 44, dalam perjalanan mencari Diyanah, Masnah dihubungi oleh pihak kolej yang memaklumkan anaknya ditimpa kemalangan dan memintanya pergi ke hospital.
Masnah memberitahu, dia difahamkan Diyanah singgah di KB Mall untuk membuat salinan fotostat nota pelajarannya.
Dalam pada itu, seorang lagi rakan Diyanah, Che Norli Nordiana Che Ibrahim, 23, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah pada Hari Raya Aidiladha lalu ketika arwah pulang bercuti ke kampung.

Petikan Berita Harian :

TUMPAT: Penuntut kejururawatan Kolej Masterskill, Siti Nor Dianah Azman, 23, yang terbunuh ditimpa kereta di KB Mall, kelmarin sering bercakap mengenai hasrat ingin mati muda.

Ibunya, Maznah Hanafi, 45, berkata, ketika pulang bercuti Aidiladha minggu lalu, anak sulung enam beradik itu, memberitahu jiran mengenai hasrat itu.

"Saya tidak menyangka gurauan itu menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui di
Maznah berkata, ketika kejadian, mangsa sedang berbual menerusi telefon bimbit dengan kenalan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Ismail.

"Tiba-tiba Ismail terkejut kerana mendengar dentuman kuat dan jeritan dia meminta tolong.

"Selepas terputus talian, Ismail segera menghubungi saya yang kemudian meminta suami mencari arwah kerana menyangka dia diculik," katanya.
Beliau berkata, ketika suaminya, Azman Abdullah, 45, mencari mangsa bersama anaknya, Mohd Rifarouk, 18, pengurusan Masterskill menghubunginya memaklumkan kemalangan itu.

"Suami terus ke hospital selepas dimaklumkan Nor Dianah di wad kecemasan. Arwah meninggal dunia akibat cedera parah di kepala," katanya yang reda dengan pemergian anak sulung yang menjadi harapan keluarga itu
 
tu yang ku manyak confuse lo dengan ini celita.. >:) >:) >:)
 
celita ini manyak selabut...keleta itu tu pon org kata fod laser,ade kata mazda ade kata satria....
 
adeeiih edit2 aje pnye kes ni.. :eek:
 
nama yg meninggal pun tak sama kedua2 paper...gitu gak nama mak dia...nasib baik umur sama....hehee
 
itu wartawan byk budus
 
tangkap muat jek kot..yg penting ade berita sensasi...:D
 
Wartawan ni x dpt maklumat yg btl. Mereka main tulis je
 
hahaha...lawak ni..satu member laki..satu member pompuan..
 
Back
Top
Log in Register