imzza
Active+ Member
- Messages
- 4,248
- Joined
- Apr 17, 2014
- Messages
- 4,248
- Reaction score
- 59
- Points
- 45
Alasannya, kerana kewujudan beberapa taman perumahan sekitar yang dibina beberapa tahun lalu.
Keputusan menutup ladang ternakan yang diusahakan sejak 10 tahun itu terpaksa dipatuhi walaupun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM2 juta.
Namun, bagi pemilik ladang, Mohd Redwan K Gobee Abdullah, dia akur dengan arahan atas faktor kepentingan orang ramai, selain kerajaan negeri sendiri berjanji mahu memberi pampasan.
Namun, sejak ladangnya itu tutup pada Jun 2012, pampasan dijanjikan entah ke mana, malah tiada jawapan diberikan jabatan terlibat menyebabkan dia rasa seolah-olah dipermainkan.
“Saya patuh dengan arahan apabila mereka berjanji akan membayar ganti rugi selepas ladang ini ditutup.
“Janji tinggal janji saja. Selepas dua tahun menunggu, saya pergi sana-sini, rujuk jabatan terlibat, tapi apa pun tiada jawapan.
“Modal untuk ternakan ini cukup besar. Bayangkan ternakan yang boleh dilakukan untuk 12 kali pusingan dalam tempoh dua tahun ini, berapa banyak kerugian saya kena tanggung,” katanya ketika ditemui di ladang berkenaan, semalam.
Menurutnya, dia mempunyai rekod bersih dengan menggajikan 16 pekerja tempatan dan warga asing yang mempunyai dokumen sah untuk bekerja di negara ini, selain reban mempunyai kelulusan pelan pembinaan.
Berikutan itu, Mohd Redwan merayu kerajaan negeri untuk segera membayar pampasan seperti dijanjikan bagi menampung kos kerugian.
“Kerajaan tolong ambil perhatian serius hal ini. Saya tiada masalah melakukan ternakan di sini.
“Jika tidak boleh tunaikan janji, mungkin saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
