BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Mana Lebih Baik: Beli Atau Sewa Rumah?

sapit87

Legendary Member
gem
Messages
10,327
Joined
Oct 4, 2012
Messages
10,327
Reaction score
1,121
Points
201
Keputusan beli rumah selalu jadi dilema. Patut ke beli? Atau sewa rumah lebih baik? Sebenarnya keputusan sewa atau beli rumah ni bergantung kepada beberapa faktor. Ada beberapa keadaan, sewa rumah lebih baik dari beli. Mari saya terangkan.

1) Bila Harga Rumah Terlalu Mahal Berbanding Kadar Sewa

Harga hartanah sekarang memang mencanak termasuklah harga pangsapuri dan kondominium.

Rumah teres lagi lah! Tak kurang setengah juta ringgit dengan bayaran bulanan sekitar RM2,500.

Untuk orang muda yang baru sahaja bekerja atau berkeluarga, mesti terasa beban nak bayar.

Ini pun belum lagi campur kos sampingan macam cukai pintu, cukai tanah dan boleh jadi yurang penyelenggaraan.

Jadi, apa kata sewa dulu.

Untuk rumah teres dua tingkat di Lembah Klang sekarang, kadar sewa hanya sekitar RM1,500 sahaja berbanding beli, dengan bayaran bulanan RM2,500.

Jimat sekitar RM1,000 sebulan! Setahun RM12,000! Banyak tu.

Duit tu anda boleh guna untuk kegunaan yang lain atau menyimpan.

Walaupun ada yang kata “Takpe, rugi seribu sebulan awal-awal. Tahun depan harga naik puluhan ribu”…

..tapi, realiti pasaran sekarang…

2) Harga Hartanah Bukanlah Selalu Naik

Antara sebab kita beli rumah cepat sebab takut harga semakin naik. Contoh, rumah RM500,000 sekarang, boleh jadi RM550,000 tahun depan.

Tapi trend hartanah sekarang tak sama macam 10 tahun dulu. Banyak tempat harganya kekal dan ada juga kawasan semakin turun kerana masalah tawaran lebih dari permintaan.

Banyak rumah tak terjual.

Kalau anda beli rumah sekarang, belum tentu harganya akan naik dalam jangka pendek. Jadi, sewa rumah mungkin lebih berbaloi.

Cuma ingat. Janganlah menyewa terlalu lama. Pasaran mungkin perlahan sekarang, tapi bukan selamanya.

Jangan sampai harga hartanah melonjak tinggi tanpa kita sedar.

3) Anda Masih Belum Mampu Beli Rumah

Beli rumah melibatkan banyak belanja.

Deposit dan kos lain boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Contoh untuk rumah RM200,000. Anda kena sediakan sekitar RM26,000.

Besar jumlah tu. Apatah lagi kalau anda baru berkeluarga. Sesetengah kita ada juga komitmen untuk bantu mak ayah dan adik-beradik.

Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang, tidaklah salah kita sewa dulu.

Bila menyewa kita hanya perlu sediakan sekitar 2.5 kali sewa bulanan untuk deposit. Deposit tu pun akan dikembalikan bila kontrak tamat.

Yang penting, kita menyimpan sedikit demi sedikit dan tanamkan azam untuk memiliki rumah suatu hari nanti.

4) Anda Belum Pasti Menetap Di Mana Dan Tidak Mahu Terikat

Sewa rumah berikan kita kebebasan untuk berpindah. Ideal untuk anda yang selalu kerja berpindah randah atau anda belum pasti dekat mana anda bakal menetap.

Berbeza dengan beli rumah, anda tak ada fleksibiliti. Kalau terpaksa berpindah, satu hal pula terpaksa sewa atau jual rumah yang anda dah beli.

Ini belum campur risiko beli rumah di lokasi yang salah.

Mungkin anda tak jangka tiba-tiba ada pembangunan yang jadikan tempat tu tak sesuai untuk duduk. Atau anda tak suka dengan suasana kejiranan.

Selain itu, kalau menyewa anda tak perlu fikir tentang kos ubahsuai rumah dan juga penyelenggaraan. Cari je rumah yang dah elok. Semua kos pemilik yang tanggung!

5) Anda Rasa Pelaburan Hartanah Bukan Untuk Anda

Rumah yang anda beli boleh jadi pelaburan jangka panjang. Rumah tu juga anda boleh sewakan kalau tak duduk.

Tapi realitinya nak uruskan rumah sewa ni bukan senang.

Kalau tak bernasib baik, bersedialah dengan karenah penyewa. Ada yang culas nak bayar sewa. Ada yang cerewet. Dan macam-macam ragam lagi.

Saya pernah urus rumah sewa sampai bateri remote TV pun dia minta kita ganti! 😅

Ada seorang klien saya, jual semua rumah sewa beliau sebab tak tahan renyah. Selepas jual dia fokus kepada peluang bisnes yang dia lebih mahir.

Yang jelasnya, pelaburan hartanah ni bukan untuk semua orang dan ianya bukan satu-satu cara untuk kita bina aset.

Kalau ada peluang bisnes atau pelaburan lain yang beri pulangan lebih tinggi, kenapa tidak?

6) Kurang Risiko Kewangan

Sewa rumah juga jadikan anda kurang terdedah dengan risiko kewangan.

Beli rumah melalui pinjaman ni besar tanggungan kewangan tu. Mungkin bakal menyebabkan perubahan gaya hidup dan kita tak lagi mampu menyimpan.

Kadar keuntungan bank juga tak tetap dan bayaran boleh meningkat bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

Kalau kita tiba-tiba tak mampu bayar akan jejaskan profil kewangan.

Lebih parah kalau bank ambil tindakan lelong dan saman kebankrapan.

7) Anda Masih Belum Cukup Ilmu Beli Rumah

Beli rumah bukanlah terlalu susah, tapi anda perlu faham selok-beloknya!

Sebelum beli, uruskan kewangan peribadi anda. Pastikan anda beli rumah yang anda mampu bayar.

Dan mustahak juga anda kaji betul-betul apa yang anda beli. Dalam pasaran sekarang, ramai ‘jerung’ yang menunggu anda beli rumah dari mereka.

Sedangkan rumah mereka tu sebenarnya terlalu mahal dan tak ada masa depan pun. Terutama rumah ‘under-construction’.

Oleh itu, kaji dulu sebelum bertindak. Elak scammer. Elak terjerat. Kalau belum yakin, tak salah menyewa dahulu sambil kumpul ilmu.

Kesimpulan

Walau apa pun poin saya di atas, saya masih nak tegaskan, untuk jangkamasa panjang, beli rumah adalah lebih baik.

Tapi soal bila anda patut beli tu, timbanglah masak-masak. Jangan beli sebab orang lain beli. Tapi beli sebab kita dah bersedia.

Buat Rumah lebih baik..

Tp mindset kena betul..Kita bkn nk jdi kaya..Bukan nak manipulate sistem..Bukan nak buat hutang bnyk2..

Utk buat rumah sendiri kena ada tanah..
Utk beli tanah, kena cari kwsn luar bandar yg murah..

Buat rumah basic 60x20ft.. Hidup je mcm biasa.. Total bajet tanah + rumah basic 150k..

10 tahun akan dtng.. Rumah tu boleh upgrade..slow2 la upgrade..

So ianya bukan investment.. Tp sekadar ada rumah.. Sebab kita bukan nak hidup lama pun..

yg kekal lama tu 3ft x7ft.. kemudian nk kne soal jawab pulak.. peninnnnnnng.. :ROFLMAO:
 
based on objektif n planning msing2. bnda nie subjektif.ada yg beli rumah byk2 so die willing utk sewa jer which cost lagi murah sbb slalu migrate. ade yg jenis makan gaji tp xnak fening so beli n stay jer asal dekat dgn tmpat krja, ade yg mnyewa bile dah retire dah stnby buat rumah kat kg n etc
 
Last edited:
mcm sy sndri sblum ni duduk flat 2 bilik rumah org tua sy.duduk la dlm 10y.dlm masa tu gaji rendah hutang pun setakat bayar saga BLM manual je dan boleh menyimpan setiap bulan.

dah ada rezeki lebih cari rumah landed dlm linkungan rm3XXk,ada jumpa tp jauh dr tpt keje..beli la sebab nk jd aset utk hr tua esok.sejak beli mmg dah x boleh menyimpan,duit gaji mmg habis bayar rumah dgn expenses yg lain2.tambah plak opr naik mse lpas pkp dulu ni lg la beban.pernah jgk nk sewakan,rate sewa kat situ murah.kalu dpt pun penyewa, kita kene topup jgk tiap2 bulan dan kategori penyewa area sana pun jenis kerja sendiri,x ramai yg jnis mkn gaji duduk sana. so risiko penyewa x bayar sewa tu tinggi.mls nk pening xyah bg sewa,pindah duduk je la berulang tpt keje jauh

so pd aku x judge pun kepada sesiapa yg masih menyewa,sebab harga rumah skrg dgn pendapatan kita x sepadan.yg tetap untung bank bg loan.beli rumah bila rasa dah ready sebab nk hutang rumah ni ibarat hutang sepanjang hayat,30-35y ni mcm2 boleh jd dan umur pun ntah sempat ke x habiskan hutang rumah ni
 
den penah lalui zaman tu, tang takde simpanan langsung. Den paham situasinya gimana..

Takpe jang, teruskan bersedekah. Tak dapat bahagian di dunia, insyaallah dekat akhirat dah ada saham.
 
Buat Rumah lebih baik..

Tp mindset kena betul..Kita bkn nk jdi kaya..Bukan nak manipulate sistem..Bukan nak buat hutang bnyk2..

Utk buat rumah sendiri kena ada tanah..
Utk beli tanah, kena cari kwsn luar bandar yg murah..

Buat rumah basic 60x20ft.. Hidup je mcm biasa.. Total bajet tanah + rumah basic 150k..

10 tahun akan dtng.. Rumah tu boleh upgrade..slow2 la upgrade..

So ianya bukan investment.. Tp sekadar ada rumah.. Sebab kita bukan nak hidup lama pun..

yg kekal lama tu 3ft x7ft.. kemudian nk kne soal jawab pulak.. peninnnnnnng.. :ROFLMAO:
bile fikir2 balik kenapa org dulu2 walaupun dok kg tp banyak tanah,ada rumah,mak2 x keje,wlupun pendapatan x tinggi tp makan x pernah catu, sebab org dulu2 teroka tanah buat kebun buat sawah.munkin dpt free atau beli pun murah je dulu2..org zmn skrg je la xdenye mcm ni,nk beli rumah hutang lajak 35y pun masih tinggi bulananye
 
orang dlu sebab xde pelajaran..
jdi diorang buat keje kmpng, teroka, dll..

Org skrng ada pelajaran..
jdi cara berfikir lain..

Org dlu, nk buat hutang susah..
Org dlu, ada kemudahan pinjaman konventional shj..

So x ramai nk gi pinjam dkt bank sbb riba bagai..Yg terdesak gi pinjam ceti.. ada yg jual/pajak/gadai tanah, emas dll..

Org skrng dh lain..
Tp aku kira.. Tak kisah la korang ada pelajaran ke pe..

Korang nk hidup mcm mana ?
Nak hidup selesa ? kemudian buat hutang ? Keje keras ? Terikat dgn hutang ? Cycle dia duduk dlm hutang utk survive..

Ada orang dia nak hidup selesa kemudian manipulate sistem..

Apa benda pun pilihan korang..

Bila korang join dan manipulate sistem..

Akan ada yg terkesan dibawah..

Pilihan masing2..
 
Back
Top
Log in Register