BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Saintis Mencipta Gentian Kalis Peluru Lebih Baik Daripada Kevlar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Kevlar dicipta oleh Stephanie Kwolek, seorang ahli kimia yang bertugas di DuPont pada tahun 1965. Ia pada asalnya dibangunkan sebagai pengganti jaringan besi di dalam tayar kenderaan. Tetapi ia kini lebih dikenali sebagai gentian yang kalis peluru sejak baju kalis peluru pertama dibangunkan pada tahun 1976. Status Kevlar sebagai gentian kalis peluru kini dicabar oleh gentian baharu yang dibangunkan oleh Jin Zhang, seorang saintis dari Peking University.
1762446309675.png

Gentian kalis peluru baharu ini mempunyai kemampuan menyerap tenaga dua kali ganda lebih naik dan kekuatan dinamik 10 GPa yang lebih tinggi berbanding Kevlar. Ia dibangunkan dengan menggabungkan rantaian aramid dengan tiub karbon nano yang disulam pada sudut tepat. Walaupun tahan lasak, gentian yang dihasilkan ini masih ringan dan lebih nipis berbanding rambut manusia.

Sumber asal https://phys.org/news/2025-11-scientists-bullet-proof-fiber-stronger.html
 
Back
Top
Log in Register