Cuaca di Kemboja boleh dibahagikan kepada 3 musim. Musim sejuk, ialah antara bulan November hingga Februari. Terkadang-kala, suhu boleh mencecah dibawah 15 darjah celcius pada waktu malam. Biasanya pada siang hari, suhu berlegar dipertengahan 20-an darjah celcius. Pada musim ini, biasanya hujan jarang turun.
Cuaca mulai panas dari bulan Mac hingga Mei. Bukan sahaja panas, udara akan dipenuhi dengan debu tanah terutamanya jika kita bergerak di luar bandar. Terkadang-kala, suhu boleh mencecah sehingga melebihi 35 darjah celcius. Hujan masih tidak turun.
Musim hujan dengan udara monsun bertiup dari bulan Jun hingga Oktober. Hujan biasanya turun pada petang hari terutamanya hujan renyai-renyai.
Oleh kerana itu, Kemboja sering dilanda musim kering. Terkadang-kala terdapat 4 hingga 5 bulan tanpa hujan. Ini merupakan cabaran bagi kehidupan orang kampung. Biasanya, bagi penduduk kampung yang tinggal di tebing-tebing sungai akan mengambil air daripada sungai. Ini menjadi masalah kerana tebing sungai Mekong biasanya curam. Bagi penduduk kampung yang dapat bergotong-royong akan berusaha untuk mendapatkan pam air. Air dipam daripada sungai ke tempat pengumpulan yang mudah diambil oleh penduduk kampung ataupun air sungai ini dipam terus ke palong-palong yang ada pada tepi rumah. Masalahnya ialah harga diesel untuk menggerakkan pam itu mahal disamping harga pam itu sendiri sememangnya tidak mampu ditanggung oleh penduduk kampung.
Jadi, penduduk kampung di tebing-tebing sungai Mekong juga akan menggali perigi. Perigi di tebing-tebing sungai biasanya dalam kerana paras tanah yang mengandungi air di tebing-tebing sungai agak dalam. Masalahnya, palong-palong perlu dibeli untuk mengelakkan tanah runtuh. Jika palong tidak digunakan, perigi hanya berfungsi sekejap sahaja.
Bagi penduduk kampung di darat iaitu jauh daripada sungai, biasanya akan menggali perigi untuk keperluan air. Juga kolam-kolam air akan digali sebagai takungan air semasa musim hujan. Apabila masuk musim kemarau, air inilah yang digunakan untuk keperluan harian.
Kerajaan Kemboja setakat ini tidak mampu untuk menyediakan bekalan air berpaip ke seluruh Negara. Bekalan air berpaip ini biasanya ada di bandar-bandar besar sahaja. Itupun mendapat peruntukan daripada Negara luar. Jepun misalnya telah menyediakan bekalan air berpaip untuk sebahagian penduduk Phnom Penh, ibu Negara Kemboja.
Program Wakaf Perigi ini dilaksanakan untuk menampung keperluan air penduduk-penduduk kampung. Hanya dengan peruntukan RM700, kita dapat menyediakan sebuah perigi palong ataupun pam untuk kegunaan penduduk Kampung. InsyaAllah, ini merupakan sumbangan yang besar pahalanya.
Haji Hazwan Lee, Peserta Ziarah Kemboja sedang membantu mengorek perigi yang diwakafkannya.
Ustaz Iskandar daripada Singapura bersama anak-anak di Kampung Potien, Wilayah Kg. Cham, Kemboja
Perigi Pam sumbangan Jepun berdasarkan teknologi dari India. Dalam perigi sehingga 60 meter. Masalahnya, jika rosak, orang kampung tidak tahu membaikinya.
Ustaz Haji Mokhtar Mohd Zain bersama Cikgu Mohd Tap Yakob, peserta Ziarah Kemboja sedang mencuba perigi Pam yang telah diwakafkan.
Perigi Pam dengan teknologi tempatan Kemboja. Dalam mencapai sehingga 15 meter dan jika rosak, mudah dibaiki. Harganya pun agak murah.
Memang ada orang kampung yang membuat bisnes menyiapkan perigi. Biasanya, perigi ini boleh siap dalam tempoh 7 hari.
Mufti Kemboja akan menentukan penduduk kampung yang layak mendapat perigi yang diwakafkan. Biasanya, dipilih keluarga yang miskin, misalnya Ibu tunggal.
Masalah air di Kemboja menyebabkan rumah rakit masih banyak di tebing-tebing sungai.
Ayuh warga CG yang pemurah.
Kita mulakan Tahun 2010 dengan sedikit amal jariah.
Sumbanglah seberapa yang anda mampu janji ikhlas.
No akaun untuk sumbangan akan dimaklumkan nanti.
Ya...seperti biasa akaun bank Insyi atau Mr K. 

okay...updatekan no akaun...
cimb : 07090045562521 (Rohaiza binti Ismail)
maybank : 164016913847 (Khairuddin Md Zin)
as usual.....slps transfer duit tu....tlg PM kan details transaction and akpd insyi atau Mr.K...
email notification, sila letakkan email ini : [email protected]
Hanya jumlah sumbangan yang diterima oleh pemilik akaun akan diupdatekan disini.
Nama penyumbang akan dirahsiakan.
Tarikh tutup 01/02/2010.
Semua sumbangan akan disampai kan selepas tarikh tersebut.
UPDATE SUMBANGAN....
1) izan_88 (RM70.00 to maybank) - 29/12/09
2) oimates (RM70.00) 30 Dec 2009