BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malek Razak Mulakan Tugas Sebagai Panglima ATM Ke-24 Hari Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
10f9d0d374c55a7fb1a32ae11e15ca7669830e9096603

75743468399914d746837914e641670269830f0276620

f7c18c8d457dfc7dc6312483af10683e69830f1ae77f1

Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Datuk Malek Razak Sulaiman (dua, kiri) memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sempena Majlis Sambutan Mula Tugas Panglima ATM ke-24, di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman memulakan tugas secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24 hari ini.

Beliau tiba di Wisma Pertahanan, di sini pada 2.15 petang sebelum menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Malek Razak kemudiannya mengibarkan bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di hadapan pejabatnya sebagai simbolik memulakan tugas sebagai PAT ke-24.

Majlis Sambutan Mula Tugas itu turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Azhan Md Othman, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Pada 31 Jan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan mengumumkan pelantikan Malek Razak, yang sebelum ini memegang jawatan Panglima Medan Barat Tentera Darat, sebagai Panglima ATM berkuat kuasa 1 Feb.

Malek Razak, 60, memulakan kerjaya ketenteraan sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst, United Kingdom pada 1985 sebelum ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda pada 11 Dis 1987.

Sepanjang hampir 40 tahun perkhidmatan, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 RAMD.

 
Back
Top
Log in Register