BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ikhtiar Tingkat Peruntukan Pertahanan Bukti Komitmen Kerajaan Modenkan ATM - Panglima

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,712
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,712
Reaction score
97
Points
80

Ikhtiar Tingkat Peruntukan Pertahanan Bukti Komitmen Kerajaan Modenkan ATM - Panglima​

e8f71422d2865f801c226ae6951586e46a76a8cd682e4

Tan Sri Malek Razak Sulaiman

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan berikhtiar meningkatkan peruntukan sektor pertahanan negara menerusi Belanjawan 2027 menunjukkan kesungguhan kerajaan mendukung segala usaha pembangunan dan pemodenan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata ATM amat menghargai keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan, kesiagaan dan kesejahteraan ATM serta warganya termasuk keluarga anggota.

“Sesungguhnya komitmen ini menunjukkan kesungguhan kerajaan mendukung segala usaha pembangunan dan pemodenan ATM untuk menjadi sebuah angkatan yang unggul dan elemen jaminan cegah rintang berpadu sebagai benteng utama pertahanan negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata peningkatan peruntukan itu juga selaras dengan usaha memodenkan kelengkapan dan aset ATM, seiring dengan rancangan strategik pembangunan Angkatan Masa Hadapan.

Malek Razak berkata perhatian terhadap aspek kebajikan dan kualiti hidup warga ATM turut penting dalam meningkatkan moral anggota serta keluarga, sekali gus mendorong mereka melaksanakan tanggungjawab dengan komitmen yang tinggi, jujur, ikhlas dan tatakelola yang tuntas.

Terdahulu, Anwar ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan bersama ATM di Kem Terendak, Melaka berkata kerajaan berikhtiar meningkatkan peruntukan sektor pertahanan negara menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkasakan kesiapsiagaan ATM.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan peruntukan itu turut merangkumi aspek kebajikan anggota, termasuk usaha menambah baik kuarters perumahan, pembinaan hospital baharu serta penyelenggaraan kemudahan asas seperti bekalan air.

Pada majlis sama, Anwar turut mengumumkan kerajaan secara prinsip bersetuju supaya proses kenaikan pangkat melibatkan warga ATM dan Polis Diraja Malaysia dipermudah serta dipercepat, selari dengan skim perkhidmatan awam yang lain.

 
Back
Top
Log in Register