BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Tidak Akan Beri Tumpuan, Pertimbangan Isu Pengampunan Jho Low

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Tidak Akan Beri Tumpuan, Pertimbangan Isu Pengampunan Jho Low​

20dca20737e3482a5ff8b9f8670785626a0850ddaa8d2

Low Taek Jho (Jho Low)

Malaysia tidak akan memberi tumpuan atau pertimbangan terhadap isu pengampuan membabitkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sebarang permohonan pengampunan membabitkan Jho Low tidak sepatutnya menjadi isu memandangkan tindakan jenayah yang dikaitkan dengannya amat berat dan menyebabkan kerugian besar kepada negara.

“Tetapi (semalam) timbul kekeliruan mengenai soal Jho Low... (bila) saya katakan tidak berbangkit bukan maknanya tiada isu... saya kata tidak akan pertimbangkan sama sekali kalau dia memohon pengampunan.

“Terlibat dalam kecurangan, jenayah (sehingga menyebabkan) kerugian kita berbilion, takkan pula nak mohon pengampunan,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima kepada Kontraktor Kecil Bumiputera di Kompleks Pendidikan Negeri Perak di sini hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beberapa laporan media semalam menimbulkan kekeliruan terhadap pendirian Malaysia mengenai perkara itu.

“Bila saya sebut tidak diberi pertimbangan, ada setengah media lapor cara lain... maksud saya, bila saya sebut tak berbangkit, maknanya (ia) bukan isu untuk kita beri tumpuan dan pertimbangan,” katanya.

Pada Selasa lepas, media asing melaporkan bahawa Jho Low yang didakwa oleh pihak berkuasa Amerikan Syarikat (AS) sebagai dalang penipuan kewangan terbesar dalam sejarah, dipercayai mengemukakan permohonan pengampunan kepada Presiden Donald Trump beberapa minggu lepas.

Menurut laporan itu, sekiranya permohonan tersebut diluluskan, pertuduhan jenayah di AS terhadap Jho Low akan digugurkan.

 
Back
Top
Log in Register