BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Tidak Akan Pertimbang Sebarang Permohonan Pengampunan Jho Low - Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80

Malaysia Tidak Akan Pertimbang Sebarang Permohonan Pengampunan Jho Low - Anwar​

e8118aa973b77d508e0c7cd03ca39c8e6a06a75b39ac0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menjawab pertanyaan wartawan semasa hadir pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 'Menggerak Belia MADANI' di X Park Sendayan hari ini.

Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pengampunan melibatkan ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bagi kerajaan Malaysia isu itu tidak timbul kerana prosiding mahkamah melibatkan individu berkenaan masih berjalan.

“Tiada isu, kita tidak akan mempertimbangkannya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026, di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan akan membantah secara rasmi sebarang tindakan oleh Amerika Syarikat (AS) berhubung perkara itu, Anwar berkata: “Bagi pihak kita, kita tidak akan mengambil pendekatan itu … namun sudah tentu apa jua keputusan AS ia urusan mereka sendiri.”

Perdana Menteri berkata beliau juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan yang dikemukakan oleh Jho Low.

“Kita telah menjelaskannya dengan sejelas-jelasnya, ia tidak menjadi isu. Walaupun dia (Jho Low) ada kemuka permohonan (pengampunan), ia bukan perkara yang perlu kita bincangkan kerana  dia masih melalui proses perundangan di mahkamah,” kata beliau.

Dua hari lepas, media asing melaporkan Jho Low yang didakwa oleh AS sebagai dalang satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah, dipercayai telah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Presiden Donald Trump beberapa minggu yang lepas.

Menurut laporan itu, kelulusan permohonan berkenaan akan menyebabkan pertuduhan jenayah di AS terhadap Jho Low digugurkan.

Laporan itu turut menyatakan laman web Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan permohonan atas nama Taek Jho Low sebagai “pending” bagi “Pardon after Completion of Sentence”.

 
Back
Top
Log in Register