BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jho Low Tidak Patut Diberi Pengampunan - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jho Low Tidak Patut Diberi Pengampunan - Fahmi​

894373a06eed8606135c984c123344986a05b23178dd0

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika bertemu pengamal media selepas hadir pada Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dan Sambutan Hari Guru Parlimen Lembah Pantai di IWK Ecopark hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil senada dengan Pengerusi Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Johari Abdul Ghani bahawa Jho Low, yang dilaporkan cuba mendapatkan pengampunan daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), tidak patut dimaafkan.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, sepatutnya pulang untuk berdepan dengan pengadilan di mahkamah Malaysia berkaitan skandal kewangan 1MDB.

“Jho Low tidak patut diberi sebarang pertimbangan memaafkan kerana dosa dan musibah yang telah dia bawa kepada negara kita ini terlalu besar.

“Dia kena balik dan dibawa ke mahkamah di Malaysia untuk diadili. Itu yang sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sambutan Hari Guru Lembah Pantai 2026 di sini, hari ini.

Fahmi berkata pihak kerajaan belum membincangkan lagi perkara tersebut kerana berita itu disiarkan ketika mesyuarat Jemaah Menteri sedang berlangsung, semalam.

Media antarabangsa melaporkan bahawa Jho Low, yang dituduh oleh AS sebagai dalang antara penipuan kewangan terbesar dalam sejarah, didakwa telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump beberapa minggu lepas.

Menurut laporan itu, sekiranya permohonan berkenaan diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah AS terhadap Jho Low.

Laporan itu turut menyebut laman sesawang Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan status permohonan yang dibuat atas nama Taek Jho Low dan difailkan tahun ini sebagai pending (belum selesai) bagi Pardon after Completion of Sentence (pengampunan selepas selesai menjalani hukuman).

Ahli perniagaan itu sebelum ini berdepan dengan pertuduhan menyeleweng kira-kira USD4.5 bilion (RM17.7 bilion) dana 1MDB pada 2018, namun hingga kini, beliau masih bebas dan menjadi buruan pihak berkuasa.

 
D.Rais kata Jho Low balik ke Malaysia tahun lepas bersama sama delegasi Presiden Cina Xi. betul ke?
 
Org yg tak ada di malaysia korang nk tangkap2 pulak,
Org yg 3r derhaka kpd sultan korang buat2 tak nampak pulak depan mata....
 
Back
Top
Log in Register