BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Terus Main Peranan Perkukuh ASEAN Sebagai Komuniti Berdaya Tahan - PM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Terus Main Peranan Perkukuh ASEAN Sebagai Komuniti Berdaya Tahan - PM​

9420744dbc92e46ca08ba50565d2643f6a4639b2ebc8c

28efe9d04f07e435f3401b20f42227f86a4639d2c63e0

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Malaysia akan terus memainkan peranan konstruktif dalam memperkukuh ASEAN sebagai sebuah komuniti yang berdaya tahan, inklusif dan mampu memenuhi aspirasi rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata komitmen itu dizahirkan ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn selepas menyampaikan ucaptama dan menghadiri sesi soal jawab pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-39 di sini hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan keutamaan kesatuan itu dalam mendepani landskap geopolitik dan ekonomi yang semakin mencabar.

“Kami juga menyentuh perkembangan di Myanmar, situasi di Laut China Selatan, kemajuan kecerdasan buatan, pascapenyertaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN, pelaksanaan ASEAN Community Vision 2045 serta implikasi konflik di Asia Barat terhadap rantau ini,” katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa ASEAN mesti terus berpegang kepada prinsip perpaduan, pemusatan dan kerjasama yang erat agar rantau ini kekal aman, stabil serta makmur.

 
Back
Top
Log in Register