BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Sambut Baik Pelaburan PKS Jerman Dalam Teknologi Hijau - TPM Fadillah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Malaysia Sambut Baik Pelaburan PKS Jerman Dalam Teknologi Hijau - TPM Fadillah​

afed815c7767ac608ece156cd9c9ead86a3b851275f61

Kredit: Laman Facebook Fadillah Yusof

Malaysia mengalu-alukan kemasukan lebih banyak pelaburan daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Jerman, khususnya dalam bidang teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui serta pengurusan dan rawatan air.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelaburan dalam sektor-sektor berkenaan adalah selari dengan agenda pembangunan mampan negara.

Beliau berkata perkara itu dikongsi semasa menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jerman ke Malaysia Silke Riecken-Daerr, yang diiringi delegasi Persatuan Perniagaan PKS Jerman di Bangunan Parlimen, hari ini.

"Jerman adalah antara rakan dagang penting Malaysia, khususnya dalam sektor kejuruteraan mekanikal dan teknologi pembuatan.

"Kini terdapat lebih 800 syarikat Jerman yang beroperasi di Malaysia dalam pelbagai bidang, mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara," katanya menerusi hantaran dalam Facebook, hari ini.

Fadillah berkata pertemuan itu turut membincangkan potensi memperkukuh kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), memandangkan Jerman terkenal dengan sistem bertaraf dunia, yang berjaya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

"Pengalaman dan kepakaran tersebut boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan modal insan serta daya saing tenaga kerja Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan," katanya.

Fadillah turut menzahirkan keyakinan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Jerman akan terus diperkukuh melalui kerjasama strategik yang memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.

 
Back
Top
Log in Register