combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,139
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,139
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Malaysia Perlu Jadi Hab Pelancongan Islam Global - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian Sidang Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sempena Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Malaysia perlu bergerak melangkaui daripada sekadar menjadi destinasi mesra Muslim terkemuka dunia kepada sebuah hab global bagi ekonomi pelancongan Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata negara perlu membangunkan ekosistem yang menghubungkan sektor pelancongan dengan inovasi halal, perdagangan, teknologi dan perusahaan tempatan, selain mewujudkan peluang kepada usahawan, perusahaan kecil dan komuniti.
“Seseorang pelancong menyumbang lebih daripada sekadar tempahan hotel. Setiap perjalanan mewujudkan permintaan terhadap pengangkutan, makanan, peruncitan, hiburan, perkhidmatan digital, produk tempatan dan pengalaman kebudayaan. Oleh itu, pelancongan perlu dilihat sebagai pengganda ekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola WITEX 2026 Datuk Seri Dr Mohd Khalid Harun.
Ahmad Zahid berkata jumlah pelawat Muslim antarabangsa mencecah 196 juta pada 2025 dan dijangka meningkat kepada 262 juta orang menjelang 2030, dengan perbelanjaan perjalanan dianggarkan berjumlah USD310 bilion.
Beliau berkata pelancong Muslim kini bukan setakat mahukan makanan halal, kemudahan solat dan penginapan yang sesuai, sebaliknya mereka turut melakukan perjalanan untuk urusan perniagaan, kesejahteraan, kebudayaan, alam semula jadi serta pengembaraan.
Malaysia juga, katanya, perlu mengguna pakai teknologi baharu, membangunkan bakat menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta memperkukuh piawaian halal dan mesra Muslim bagi kekal berdaya saing dalam pasaran pelancongan Muslim global.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ahmad Zahid berkata Malaysia perlu mempelbagaikan produk pelancongan Islam dan menawarkannya sepanjang tahun bagi memenuhi perubahan cita rasa pelancong Muslim.