Article Discussion : Malaysia perlu bahasa kebangsaan baru

Recommended Brokers


Poll : CariGold new board 2019

  • Fonts terlampau besar, boleh kecilkan sedikit

    Votes: 24 22.4%
  • Warna terlampau terang

    Votes: 8 7.5%
  • Sidebar besar agak mengganggu

    Votes: 44 41.1%
  • Sangat berminat dengan theme baru ini

    Votes: 29 27.1%
  • Serius, tak minat langsung

    Votes: 34 31.8%

Latest Threads

wataktau

Permanently Banned
Joined
Feb 21, 2017
Messages
1,510
Reaction score
419
Points
0
Kami dah malas sebenarnya bercakap fasal peri pentingnya penduduk sesebuah negara itu mendaulatkan bahasa yang telah diputuskan sebagai bahasa kebangsaan.

Pertamanya adalah kerana, dari mana pun kamu datang, apabila membicarakan hal tersebut kamu akan dilihat sebagai seorang yang kuat berahi perkaumannya.

Kamu akan dilihat sebagai seorang yang mementingkan bangsa kamu sendiri sambil tidak mahu belajar bergaul dan menghormati bangsa lain dalam negara yang kononnya terkenal berbilang bangsa ini.

Dan tentunya yang paling malang apabila memang begitulah yang berlaku kepada sesiapa yang kuat menjerit memperjuangkan bahasa kebangsaan kita.

Pejuang bahasa Melayu giat mempertahankan bahasa kebangsaan hanya kerana ini - pada mereka - adalah negara Melayu. Semua orang perlu menghormatinya dengan tunduk berbahasa dalam lidah nenek moyang mereka.

Tidak ada keinginan untuk menjadikan semua warganegara ini tenang berbicara tanpa syak wasangka.

Apa yang mereka mahu ialah keesaan di atas bahasa Melayu itu sebagai lambang kekuasaan satu bangsa ke atas bangsa yang lain.

Sementara bangsa-bangsa lain pula enggan berbahasa Melayu kerana mereka berasakan, dengan berbahasa Melayu mereka seakan mengakui bahawa ini adalah sebuah negara milik orang Melayu semata-mata.

Kononnya bahasa ilmu dunia

Secara tidak langsung mereka akan dianggap pendatang yang selamanya tidak akan diiktiraf sebagai rakyat jelata yang memiliki hak yang sepatutnya.

Setelah merdeka enam puluh tahun, setelah datuk nenek kamu - yang entah datang dari mana - menjadikan negara ini buah hati belahan jiwa masing-masing, kamu masih takut dan berasakan kamu bukan sebahagian daripada isinya?

Memang bodoh yang tidak boleh diajar kamu iini semuanya apabila takut dengan bahasa sesuatu bangsa. Juga bodoh yang sama jatuh kepada kamu yang berjuang hanya kerana ini bahasa nenek moyang kamu.

Kita jadi negara cacamarba. Lihat saja papan tanda di sekeliling kita dan akan kamu dapati semuanya berlumba-lumba untuk menjadi lebih tinggi daripada yang lain.

Yang Melayu dengan bahasa Melayu alaf barunya dan bodoh, si Cina pula meletakkan bahasa mereka di atas segala bahasa yang ada.

Manakala bahasa Inggeris diagungkan kerana telah diajar bahawa ini ia adalah bahasa ilmu dunia.

Digunakan di sana sini bahasa mandarin kerana ia didakwa sebagai bahasa perniagaan yang paling banyak digunakan di dunia.

Sambil itu diselitkan sepatah dua perkataan bahasa kebangsaan sebagai hadiah kecil untuk mengambil hati jika pun tidak untuk mengaburi mata.

Semua mahu menonjolkan diri masing-masing dan langsung tidak ada yang mahu memberi laluan demi kelangsungan damai negara.

Kerana itu kami berikrar untuk tidak lagi menulis fasal pentingnya kita semua disatukan dalam bahasa yang sama dan mungkin - jika kita semua berlembut hati bersetuju - negara ini akan lebih bahagia.

Memang suka berkelahi

Atau dengan bersatunya kita dengan bahasa yang sama, sekurang-kurangnya apabila kita saling bermaki-makian semua akan faham apa yang dimarahkan.

Yang menteri pun sama bengapnya. Hanya kerana bencikan pimpinan lalu, ditukarnya nama tempat budak-budak belajar dengan nama berasal Inggeris. Tergesa dalam semua hal.

Jika sekalipun ingin memadam sejarah, pergi tanya orang pandai bahasa. Minta cadangan daripada mereka akan nama baru yang lebih berjiwa bangsa.

Ini tidak, mentang-mentang awak sekolah di Durham, awak hilang kecintaan kepada bahasa negara sendiri.

Ini belum lagi kita bercakap fasal ahli politik yang tergagap-gagap apabila berbahasa kebangsaan. Dah tahu diri itu mahu mewakili rakyat, dah tahu diri itu akan berdepan dengan orang banyak, pergilah belajar bercakap dengan betul.

Masuk kelas supaya nanti apabila bercakap tak adalah seperti anak tekak awak itu berbulu atau tertelan anak bulu-bulu.

Tapi itulah, seperti yang kami katakan tadi, kami sudah malas untuk menulis akan mustahaknya semua lapisan masyarakat bercakap dan faham bahasa kebangsaan.

Kerana apa, kamu bertanya?

Jawabnya, adalah kerana kamu semua jenis suka berkelahi menaikkan bangsa sendiri. Suka memaki-maki sesama sendiri di media sosial.

Sepatutnya apabila semua orang faham akan satu bahasa maka pertengkaran kamu semua itu akan menjadi lebih memberangsangkan.

Ianya akan jadi sangat-sangat menarik, dan mana tahu dalam pertelingkah kamu itu nanti akan terbit kosa kata baru.

Ini tentu saja akan memperkayakan lagi perbendaharaan kata bahasa kebangsaan kita ini, yakni bahasa yang hari ini hanya digunakan oleh para 'pariah'.

Lihat saja Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang baru berlalu tempoh hari.

Bahasa elak mudarat

Ia dipenuhi oleh orang Melayu. Tidak nampak bangsa lain yang datang sekurang-kurangnya untuk bersantai-santai apatah lagi untuk membeli-belah.

Yang kamu lihat hanyalah kumpulan pariah membaca yang datang. Lebih malang lagi ialah apabila diadakan pesta buku dalam bahasa lain, 'pariah' ini jugalah akan berbodong-bondong ke pesta berkenaan hanya untuk kelihatan muhibbah, tidak hanya mengagungkan bahasa sendiri.

Mereka mahu dilihat terbuka menerima apa saja yang elok.

'Pariah' berbahasa Melayu ini juga akan ke pesta apa saja - Songkran, Thaipusam atau apa saja - demi untuk perpaduan dan mereka gembira melakukannya.

Si 'pariah' memang begitu. Kerjanya adalah memuaskan orang walaupun seharian mereka dihina dan diperlekeh.

Sementara mereka mereka yang di kasta tinggi, yang geli berbahasa kebangsaan, dibunuh mati sekalipun tidak mahu mereka dilihat berbual bicara dalam bahasa kebangsaan.

Kerana itu juga seperti yang kami ulang-ulang, tidaklah lagi ingin kami menulis perihal pentingnya semua orang berkumpul dalam satu bahasa bagi mengelak kemudaratan.

Dan kami menyarankan agar kerajaan segera menukar bahasa kebangsaan kita daripada bahasa Melayu kepada satu bahasa yang difikirkan boleh menaikkan mertabat negara ini di dunia.

Kami mencadangkan agar kerajaan menjadikan bahasa binatang sebagai bahasa kebangsaan kerana pada pendapat kami, ianya adalah bahasa yang sangat sesuai dengan negara kita sekarang ini - jika persidangan parlimen diambil kira sebagai penanda aras.

ABDULLAHJONES ialah pelukis, penulis dan penyair yang pernah tinggal di Langley Moor, Durham untuk beberapa ketika.

https://www.malaysiakini.com/columns/472852?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
 
Sponsored Post

wataktau

Permanently Banned
Joined
Feb 21, 2017
Messages
1,510
Reaction score
419
Points
0
Kalau boleh berbahasa cina buat apa berbahasa melayu. Lagi pun ini negara bukan orang melayu sahaja yg punya. Kami juga ada hak untuk tidak berbahasa melayu. Lagi pun sekarang orang melayu dah ramai tahu cakap cina. Nanti lama2 semua orang boleh cakap cinalah. Kan lebih mudah dan harmoni bula semua cakap cina. Kami berasa sangat untung sebab dapat duduk dinegara melayu yang orang asalnya sangat lembut, bermurah hati dan sangat suka mengalah dengan kami dalam apa segi pun. Tidak ada negara lain seperti malaysia di dunia ini. Terima kasih orang melayu yang kami kasihi. Jadi buat apa kita mau cakap melayu kan?


.
 
Last edited:

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,476
Reaction score
1,730
Points
163
bahasa yg sesuai utk digunakan sebagai alat komunikasi antara kaum2 yg berbeza adalah bahasa yg senang dipelajari dan digunakan...

bahasa melayu adalah salah satu bahasa yg dah terbukti mmg bahasa yg sgt senang dipelajari...

bahasa cina termasuk dlm bahasa yg sgt payah dipelajari...so bahasa cina ni mmg tak sesuai utk negara berbilang kaum mcm Malaysia....

ini bukan racist....tapi fakta...jgn ckp aku racist plak..


bahasa adalah salah satu faktor berkembangnya sesebuah tamadun..
sbb dgn adanya bahasa, ilmu boleh dikongsi sesama manusia...
kerana bahasa ini adalah ALAT utk manusia berkomunikasi dan menyebarkan maklumat..
dan utk penyebaran ilmu yg berkesan, penggunaan bahasa yg sesuai sgt penting dlm perkembangan tamadun..
salah satu ciri bahasa yg sesuai adlaah, bahasa tu mestilah senang dipelajari..

fakta

dan bahasa ni mmg akan dikaitkan dgn tulisan...
so, tulisan pun sama, mesti senang ditulis dan senang dibaca utk penyebaran ilmu yg berkesan...

fakta
 
Last edited:

tsunami*

Active+ Member
Joined
Mar 22, 2011
Messages
2,804
Reaction score
196
Points
0
Pada aku, aku tak salahkan pada kaum pendatang sepenuhnya. Mereka hanya ambil kesempatan atas kelemahan orang melayu sendiri atau lebih tepat pemerintah melayu sendiri.

Terlalu lembut, lemah dan mengalah. Semangat hanya diperingkat slogan bukan diperingkat pelaksanaan.

Aku bagi contoh. Dulu aku masa kerja disebuah institusi kewangan ada seorang consultant dari australia yg kerja disana selama 6 bulan. Aku ditugaskan jadi buddy dia oleh CEO. Jadi 6 bulan tu aku jadi rapatlah dengan dia termasuk diansuruh aku teman dia pusing satu semennjung utk jalan2.

Satu hari dia cakap dengan aku dia pelik dengan malaysia. Dia dah pusing banyak negara didunia tapi hanya satu je kat malaysia dia jumpa. Dia tanya kenapa kita beriya2 benar nak guna bahasa inggeris untuk komunikasi sedangkan hampir 100% staff dalam company tu orang Malaysia? Lepas tu dia gelak. Dia cakap masa mula2 dia buka file2 susah dia nak faham baca bahasa inggeris yg kita gunakan sebab agak teruk tetapi lama kelamaan dia oklah boleg faham manglish. Dia kata dari tulisan yg dia baca dia dapat rasa betapa susahnya staff nak menyampaikan apa yg dikata dalam english. Sebab tu dia tak hairan bila dia dapati file2 tu kebanyakannya bahasa copy paste dari file2 lama. Dua kata rugi kita sebab staff tak dapat sampaikan sepenuhnya apa yg nak dikata. Dia tanya kenapa tak guna bahasa melayu yg semua orang faham dan kamu semua belajar dari kecil? Aku terus diam. Tak boleh nak jawab. Terus terasa yg apa yg dia nak kata adalah kita ni boddoh.

Orang luar sendiri tak faham cara pemerintahan kerajaan. Kita penuh dengan slogan je lah. Tapi takut nak bertegas. Sebab itulah sekarang jadi macam ni.
 

[email protected]

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 16, 2009
Messages
20,530
Reaction score
567
Points
0
Location
www.lelongbank.com
dlm hal bahasa ni..suka atau x kita kena respect jiran sebelah indonesia..smpi harini aku xfhm mcmner diorg boleh tundukkn org asing yg dtg indonesia utk berckp bahasa indon...pemain bola terutama xkisahlah dtg dri negara mana boleh fasih bahasa indonesia...giler!!!!:-?:-?:-?:-?
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
21,666
Reaction score
202
Points
0
bahasa melayu paling mudah dipelajari di dunia

tgk la bangla, pakistan, rohingya, vietnam

diorang dari negara mundur..pun pandai cakap. sekejap je
 

are_mer

Active Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
1,245
Reaction score
2
Points
38
bahasa melayu paling mudah dipelajari di dunia

tgk la bangla, pakistan, rohingya, vietnam

diorang dari negara mundur..pun pandai cakap. sekejap je
betui cuma ada bangsa di malaysia nie mmg dah lama duduk tapi tetap tak reti nak berbahasa melayu...bukan minta cuma lebih mudah difahami jika boleh berbaha melayu
 

mrvx

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
9,324
Reaction score
388
Points
0
Bahasa cina bahasa perniagaan, bahasa melayu bahasa orang hutan
 

wataktau

Permanently Banned
Joined
Feb 21, 2017
Messages
1,510
Reaction score
419
Points
0
bahasa melayu paling mudah dipelajari di dunia

tgk la bangla, pakistan, rohingya, vietnam

diorang dari negara mundur..pun pandai cakap. sekejap je
Dalam artikel dah dinyatakan sebabnya. Bukan pasal bahasa tu mudah atau susah. Sebab utamanya adalah depa ni tak nak akui mereka sekarang ni sebenarnya sedang duduk di Tanah Melayu. Kalau depa cakap melayu automatik mereka secara rohaninya akui ini tanah melayu. Mereka lebih rela duduk dalam kepompong yg dia orang ciptakan sendiri. Inilah yg menjadi akar kepada segala masalah dan perpaduan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register