BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Pakistan Cadang Tubuh JWG Perkukuh Kerjasama KeselamatanÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia, Pakistan Cadang Tubuh JWG Perkukuh Kerjasama KeselamatanÂ​

83a8bd29f9e92dbf5b24b05212f7e4266aa28a0131d28

kredit: FB Saifuddin Nasution

Satu Kumpulan Kerja Bersama (JWG) antara Malaysia dan Pakistan dicadangkan ditubuhkan bagi memacu kerjasama dalam bidang keselamatan, kawalan narkotik, latihan kepolisan serta pertukaran risikan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata cadangan itu dicapai menerusi pertemuan dua hala bersama rakan sejawatnya dari Pakistan, Senator Syed Mohsin Raza Naqvi, bersempena dengan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global (GPSCF) 2026 di Lianyungang, China hari ini.

Beliau berkata pertemuan berkenaan merupakan kesinambungan langsung daripada lawatan kerja rasmi beliau ke Pakistan pada bulan lepas.

“Jika di Islamabad kita membina asas dan mencapai beberapa persefahaman penting, pertemuan kali ini memberi tumpuan kepada bagaimana persefahaman tersebut diterjemahkan kepada pelaksanaan dan hasil yang boleh diukur.

"Kita juga bersedia menerima delegasi pertama Pakistan ke negara kita bagi meneruskan agenda kerjasama yang telah dikenal pasti,” katanya dalam hantaran menerusi laman sosial rasmi beliau hari ini.

Selain itu, Saifuddin Nasution berkata perbincangan turut menyentuh pelaksanaan Perjanjian Pemindahan Antarabangsa Banduan yang ditandatangani pada 21 Ogos lepas.

Beliau berkata Malaysia telah mengenal pasti secara awal 52 banduan warga Pakistan yang berpotensi dipertimbangkan untuk pemindahan, tertakluk kepada syarat perjanjian dan proses individu yang ditetapkan.

“Tumpuan kini ialah mempercepat penyelarasan antara pegawai kedua-dua negara supaya perjanjian ini dapat dilaksanakan.

“Dalam aspek operasi, Malaysia dan Pakistan mahu memperkukuh kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agensi penguatkuasaan Pakistan, termasuk latihan kepolisan, keselamatan siber dan digital, pemerdagangan orang, siasatan kewangan serta usaha memutuskan rangkaian jenayah rentas sempadan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register