BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaya tak pernah dijajah

kesian...Tok Janggut dulu dihukum bnuh pun dikira "melindungi" ke?
 
tak pernah kene jajah??
so membazir la tunku pegi menuntut kemerdekaan kalo tak kene jajah??
 
Betullah malaysia tak pernah dijajah sebab kita yg panggil British tadbir negeri melayu.
British tak pernah serang untuk takluk tanah melayu....
 
Pasal negara dijajah atau tidak,secara direct atau indirect, mesti dihalus berasingan bagi setiap negeri.

Negeri seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura memang dijajah, colonialised.SebagaiBritish colony.

Negeri seperti Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis adlah vassal states kepada Siam.
Vassal states (belajar balik sejarah tingkatan 4)hanya bayar ufti, dan kalau ada peperangan, kena sumbangkan sumber seperti senjata, tenaga manusia dan kewangan.
Day-to-day operation masih di bawah kuasa negeri, dan hak kutip cukai, agama, perniagaan, semua ditadbir dan di bawah kuasa negeri. Kira negeri negeri ni lagi bebas di bawah Siam dulu banding sekarang.
Cuma taat setia mesti kepada Siam,dan tak ada wakil ke pusat pemerintahan (Bangkok) banding sekarang (parlimen).Serta tak boleh ada hubungan dengan kuasa luar tanpa kebenaran Bangkok.

Selepas perjanjian Anglo-Siamese treaty 1909, semua negeri ni 'diserah' kepada British.
Diserah di sini bermakna Siam tak akan berkuasa lagi seperti sebelumnya di negeri negeri tersebut.

Tetapi British tak faham, bahawa kuasa Siam di 4 negeri ni tidak besar.British ingat, bila Siam serah, 4 negeri ni kena ikut cakap British.

Cuba ingat, pemberontakan Tok Janggut di Kelantan dan Haji Abdul Rahman Limbong hanya wujud setelah British ambil alih dari Siam.

Jelas di sini, masyarakat di 4 negeri ni, terutama Kelantan dan Terengganu, tiada masalah dengan pemerintahan Siam.


Satu negeri lagi yang saya suka tunjulkan di sini adalah mewakili satu lagi keris dari 5 keris dalam Jata Negara (lambang 5 negeri tidak bersekutu), iaitu Johor.

Johor boleh dikira negeri terakhir yang dijajah, tu pun sebab Malayan Union.

Walaupun Johor menerima penasihat British, Sultan Johor pada masa itu cukup bijak mengelk dari menerima arahan dari penasihat hatta Governor Genral sekalipun.
Sultan Ibrahim, contohnya, telah berkawan dengan King George.Kalau tak puas hati dengan penasihat British, atau kalau penasihat British report kepada governor general, Sultan Ibrahim akan terus ke London dan report terus kepada King George.

Malangnya, sultan ini adalah salah seorang yang tidak setuju dengan kemerdekaan Malaya.

Rujuk wikipedia dan buku The Reluctant Politician(Tun Dr Ismail).

Kalau secara teknikalnya, Malaya hanya dijajah semasa Malayan Union,siapa yang tandatangan Malayan Union?
Bukankah raja raja Melayu?

Yang sepatutnya bertanggungjawab mempertahankan negara/negeri.


Tepat sekali... Malaya di jajah hanya ketika british mansuhkan keistimewaan raja raja melayu... :)paid
 
Last edited:
huh bengong tu cuma bahasa yg digunakan utk mengelirukan masayarakat,,,, pada hakikat nya memang kita dijajah.. sbb kalau tak buat apa ssh2 gi naik kapal terbang g britain tuk mintak MERDEKA,, kalau tak dijajah kenapa perlu laung kan MERdeka,,,

kita dijajah dlm bentuk pemikiran,idealogi,budaya,agama..masih dikekalkan sampai sekarang..bersepah nak guna nama inggeris..sekolah2,hospital dikekalkan...bangga je orang british..mane de sape berani tutup..
 
Betullah malaysia tak pernah dijajah sebab kita yg panggil British tadbir negeri melayu.
British tak pernah serang untuk takluk tanah melayu....

baiknya brtisih nak tadbir sampai 60++ negara...lepas tu bagi merdeka??tadbir =bagi merdeka???tanda tangan perjanjian kemerdekaan bersyarat??
 
persoalannya..kenapa malaysia masuk british commonwealth yang ahlinya bekas jajahan british?:eek::eek::eek:
 
dh lama kne jajah dgn BN. PR tgh cri pluang nk jajah plk
 
kalu tak pernah dijajah, kenapa perlu laungkan "merdeka" "Merdeka" "merdeka". merdeka daripada sape??
:-?:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register