BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makin ramai tuan rumah di SG sewakan rumah ikut bilik demi pendapatan lebih tinggi

Bob_SG

Fun Poster
Messages
721
Joined
Jun 14, 2025
Messages
721
Reaction score
2
Points
25

Makin ramai tuan rumah di SG sewakan rumah ikut bilik demi pendapatan lebih tinggi​

screenshot_2026-07-24_115730.jpg

Cik Josephine Liu mengubah suai rumah atas tanah miliknya yang berusia 30 tahun di Pasir Panjang menjadi lapan unit sewa. Kebanyakan unit itu mempunyai dapur kecil, bilik air, dan mesin basuh sendiri.

SINGAPURA: Semakin ramai tuan rumah di Singapura mengubah suai hartanah mereka menjadi model sewaan berbilang penyewa dalam usaha mereka untuk meningkatkan pendapatan sewa.

Beberapa pengendali kediaman bersama menyatakan bahawa mereka mendapati pertanyaan daripada pemilik hartanah mengenai model ini meningkat sehingga empat kali ganda berbanding tahun lalu.

IKLAN

Peralihan ini berlaku apabila pasaran sewa hartanah persendirian mula stabil selepas bertahun-tahun mengalami kenaikan kadar sewa, sekali gus mendorong sebahagian tuan rumah untuk memikirkan semula model sewaan keluarga tunggal secara tradisional.Cik Josephine Liu merupakan antara pemilik hartanah yang membuat perubahan tersebut.

Beliau membelanjakan S$200,000 untuk mengubah suai rumah berhalaman miliknya yang berusia 30 tahun di Pasir Panjang menjadi lapan unit sewaan.

Kebanyakan unit kelihatan seperti apartmen studio yang dilengkapi ruang dapur kecil, bilik mandi, dan mesin basuh sendiri.

Cik Liu berkata beliau memutuskan untuk beralih kepada model berbilang penyewa selepas mendapati bahawa menyewakan rumah kepada satu keluarga sahaja tidak dapat menghasilkan pendapatan yang mencukupi bagi menampung ansuran pinjaman perumahan.

"Saya pernah memiliki satu unit kondominium dari tahun 2020 hingga 2023 yang disewakan kepada satu keluarga. Pendapatan sewa itu sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus tidak mencukupi untuk menampung pembayaran pinjaman perumahan saya," kata beliau.

IKLAN

Memandangkan beliau mempunyai pekerjaan tetap, Cik Liu mengupah syarikat pengendali kediaman bersama untuk menguruskan hartanah berkenaan.

Sebelum meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian, beliau mengira perbelanjaannya dengan teliti bagi memastikan pendapatan sewa yang lebih tinggi itu dapat menampung kos pelaburan dan pengurusan.

"Saya mengira angka-angka tersebut berulang kali, dan selepas membayar kos syarikat pengurusan, jumlah selebihnya masih jauh lebih baik berbanding jika disewakan kepada (satu) keluarga sahaja," katanya.

Cik Liu berkata model ini terbukti berhasil, dengan hasil sewanya meningkat kira-kira 50 peratus.

Pelabur hartanah, Encik Arthur Lim, turut memilih model berbilang penyewa selepas menemui sebuah kondominium di pinggir bandar dengan susun atur yang membolehkan beliau membina dua bilik tambahan dengan hanya kerja-kerja ubah suai kecil.

IKLAN

"Saya nampak potensi untuk menambah bilik di kawasan ruang tamu yang luas, cukuplah sekadar untuk meletakkan kemudahan asas seperti katil, meja belajar, dan almari baju," kata Encik Lim.

Unit sewa enam bilik miliknya kini hampir sentiasa dipenuhi penyewa sepanjang tahun.

ADAKAH PULANGAN LEBIH TINGGI TERJAMIN?

Penganalisis hartanah menyatakan bahawa permintaan tinggi terhadap bilik sewa yang berpatutan, fleksibel, dan dilengkapi perabot, ditambah pula dengan kehadiran pengendali co-living yang berpengalaman, telah mendorong lebih ramai tuan rumah mempertimbangkan model ini.

"Kami melihat kadar sewa hartanah persendirian meningkat kira-kira 50 peratus sepanjang lima tahun lalu," kata Encik Josh Rose-Nokes, Ketua Penyelidikan Kediaman Rantau Asia Pasifik di Cushman & Wakefield.

IKLAN

"Kemampuan kewangan adalah aspek yang sangat kritikal, dan menyewa satu bilik merupakan titik permulaan yang jauh lebih mampu milik bagi penyewa untuk masuk ke dalam sektor sewaan persendirian."

Encik Rose-Nokes menambah bahawa model kediaman bersama mungkin memberikan pendapatan sewa yang lebih tinggi, tetapi ini tidak semestinya bermakna tuan rumah akan meraih lebih banyak keuntungan kerana ia turut melibatkan kos operasi dan pengurusan yang lebih tinggi.

Bespoke Habitat, yang menguruskan lebih 600 unit kediaman bersama di Singapura, menyatakan pertanyaan daripada pemilik rumah yang mahu memaksimumkan pendapatan sewa telah meningkat dengan ketara sepanjang tiga tahun lalu.

Pengasas dan CEO syarikat berkenaan, Encik Ernee Ong, berkata syarikatnya sebelum ini menguruskan kurang daripada lima hartanah bagi pihak tuan rumah, namun kini mereka menguruskan kira-kira 50 hartanah.

BUKAN SEMUA HARTANAH SESUAI

Namun, bukan semua hartanah sesuai untuk model sewa berbilang penyewa, kata Encik Ong.

"Ramai orang berfikir ia satu perkara yang mudah - dapatkan unit, sewakan kepada penyewa individu, dan terus dapat duit. Ia tidak beroperasi semudah itu," kata beliau.

Beliau menambah pihak pengendali perlu menilai pelbagai faktor seperti lokasi, jarak dengan sekolah serta taman perniagaan, dan kadar permintaan penyewa sebelum menerima sesebuah hartanah.

Undang-undang kecil pihak kondominium juga merupakan satu lagi pertimbangan, memandangkan sesetengah Perbadanan Pengurusan Hak Milik Strata (MCST) tidak membenarkan aturan berbentuk kediaman bersama.

"Kami biasanya akan turun ke padang dan bertanya tentang syarat-syarat permohonan. Setiap MCST mempunyai garis panduan mereka sendiri. Jika MCST kata tidak boleh, kami menghormati keputusan itu," katanya.

Profil penyewa juga mula berubah, dengan semakin ramai golongan muda Singapura bertanyakan tentang konsep kediaman bersama kerana mahukan lebih kebebasan, jelas Encik Ong.

"Mereka yang baru mula bekerja dan sudah berdikari dari segi kewangan mahu mencuba pengalaman bagaimana rasanya hidup sendiri tanpa tinggal berdekatan dengan ibu bapa mereka."

 
Back
Top
Log in Register