balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
HARGA makanan laut di restoran-restoran di sekitar Kuala Perlis kini mahal 20 peratus ekoran kenaikan nilai matawang bath berbanding Ringgit Malaysia.
KANGAR – Kenaikan nilai matawang baht Thailand berbanding Ringgit Malaysia (RM) menyebabkan harga makanan laut di restoran sekitar Kuala Perlis di sini meningkat sehingga 20 peratus.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perlis, Khairul Amin Talib berkata, kenaikan harga itu berlaku kerana bekalan hasil laut yang digunakan di restoran-restoran di negeri ini diimport dari Thailand.
“Kebanyakan ikan, sotong dan udang diimport daripada pembekal di Thailand dan apabila matawang bath meningkat, ia secara tidak langsung menaikkan kos bahan mentah seterusnya kepada pelanggan yang makan di restoran,” kata beliau di sini semalam.
sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm